Friday, December 19, 2014

My family is here, in the UK!

Assalamualaikum. wbt...

Esok dah mula cuti Christmas and New year specifically cuti sekolah Aufa..Sangat menunggu masa ni..sebab di UK tak banyak cuti panjang..setakat cuti sehari adalah,  namanya Bank Holiday.

Pelajar PhD ni manala ada cuti spesifik. Kerja kerja kerja even holiday.. Tapi pandai pandailah curi masa nak berholiday.. .Takkan nak buat kerja PhD je kan? Kena la bercuti juga nanti sampai satu tahap otak dah tepu dan tak boleh nak berfikir dengan cemerlang..

By the way, nak bagitahu ni! Half of my family members ada kat UK! Maca mimpi rasanya... Sekarang ni mak, nasuha (adik after me) and hayani (my adik bongsu) ada kat rumah.. Mereka sampai UK 8 Disember lepas..

Kesian diorang, so far tak bawa diorang jalan jauh lagi..Paling jauh pun Liverpool.. So esok nak pusing pusing selatan UK..Harap harap everything going smoothly..

Yeay dah nak start holiday..gembiranyaaaa....walaupun kerja PhD tak siap lagi and coming master exam on 13th January.. Tapi boleh tak nak lupakan semua itu dulu...Nak kosongkan minda...Nanti 10 days later kita jumpa lagi ye, komputer and buku kesayangan....Aci tak?Bagi can la sikit....

Bye...today dah la last day...rasa nak balik awal...hehe...nanti kalau rajin update blog lagi...


Sunday, September 21, 2014

Sudah setahun di Manchester

Assalamualikum wbt.
Alhamdulillah sudah setahun dah aku dan family berhijrah ke Manchester.
Epic sangat tau last post sudah SEBULAN di Manchester lepas tu terus hilang dari radar..Dah setahun baru muncul!! Dahsyat betul sampai lupa camne cara nak buat new post.

Awal pagi lagi mak dah send mesej dekat LINE siap dengan mesej yang aku hantar sebaik sahaja sampai kat Manchester..Mak siap gabung pic lagi..Pandai sungguh mak aku skang main edit gambar tau!


Allah, syukur di beri nikmat yang amat banyakkk kepada aku dengan family sepanjang setahun berada di sini. Alhamdulillah aku summary kan sajelah ye.. Bukannya apa takut lupa apa yang dah terjadi..Pengalaman setahun di sini sangat mahal tak dapat di jual beli..Ini pun rasa dah rugi sangat sebab tak 'rekod' each story di sini. Sebab utama ialah aku ni not 'in' sangat dalam bidang penulisan so nak menulis ni pun rasa macam berat juga..jadi di sebabkan beban belajor ni banyak sangat, aku hilang kata nak menulis..yang kedua sebab setiap kali rasa teringin sangat nak mencoret kat sini tetiba teringatkan kerja sekolah daku..so aku lupakan hasrat tu..maka terkubur 11 bulan blog aku ni...

Oklah, nak cerita ni..Last week kan aku baru je habis oral exam for first year progression. Alhamdulillah aku lepas..Allah syukur tak terkata berkat doa mustajab ibu bapa, ibu bapa mertua, keluarga, kawan kawan dan suami tak lupa juga doa Aufa..sebab setiap kali lepas solat aku panggil dia suruh tadah tangan doa sama sama aku..Mungkin bagi orang lain, alaa first year ni nothinglah..takde apa apa. Janganlah takut sangat.. Tapi banyak kejadian yang menimpa kawan kawan terdekat di school aku menyebabkan aku sentiasa berada dalam ketakutan dan kebimbangan..

Eh tadi kata nak summary terpanjang pulak cerita nya...

1. Semasa winter last year, salji ilekkk..Pernah sekali je turun itupun lima minit je kot salji turun..Lepas tu takde langsung.

2. Almost sepanjang winter Aufa selsema dan batuk. Asal baik seminggu lepas tu dapat balik..So dengan aku sekali tak baik-baik batuk..Jadinya winter lepas asyik tak sihat je.

3. Pak Usu Aufa dari Mesir datang dua minggu masa bulan December.

4. Hari Pak Usu nak balik ke Mesir, Aufa dapat demam campak yang ada air tu. Selamat dua minggu tak pergi nursery.

5. Sepanjang Pak Usu ada jer barulah kami berjalan-jalan sikit. Bawa Pak Usu jalan London, Llandudno dan Liverpool. 3L gitu. Lepas tu terus tak pergi mana-mana

On the way to Llandudno, Dec 2013

6. Kawan matrikulasi Papa Aufa, uncle Saddiq and boss dia ziarah kami..Sebenarnya nak tengok game bola di Old Trafford.

7. Oh ya! Old Trafford lebih kurang 10 minit dari rumah..Nice, dekat sangat! Tapi aku tak pernah tengok satu pun lagi game..Maklumlah Manchester United kalah season lepas.

8. Aku sangat sibuk dengan belajar aku ni..Research masih bukan di tahap Phd (tahap Master mungkin) sebab kena ambil coursework..Isk subjek math di sini susah sangat. Nangis tak berlagu..Nanti aku cerita pasal PhD Maths kat Uni of Manchester ok.

9. Kami kat sini jarang sangat pergi carboot..tak sampai sepuluh kali kot pergi..Syabas jimat duit dan takde lah banyak barang sangat kat rumah. Tapi rasa lepas ni aku nak cuba aktif ber-carboot lah.

10. Cikgu Zaitun dari SKTM (SK Tg Malim) aka cikgu aku masa darjah 1 = kawan mak dtg UK. Jadi dia satu family datang ziarah kat rumah. Seronok!




11. Alhamdulillah dikelilingi dengan kawan kawan yang baikkkkk sangat. Banyak perkara yang aku susah nak dapat di Malaysia tapi alhamdulillah niat aku dimakbulkan Allah. Bertemu dengan orang yang betul gitu..Orang putih kata you meet the right person.

12. Abang sepupu husband datang Manchester sebab nak tengok game bola..Orang laki kalau datang Manchester ni memang tak sah tak tengok bola..Tambah tambah lagi kalau peminat fanatik MU.
GGMU.

13. Selain London, kami bercuti ke Scarborough. Percutian di caravan.  Ni jerla dua tempat yang kami berjalan jauh sikit. Ntah apala kami buat bz sangat tu setahun ni.

Scarborough, June 2014
14. Raya Aidil Fitri kat sini meriah...banyaknya open house..sejarah dlm hidup aku open house banyak macam ni sekali..Tapi tak dpt nak enjoy sangat sebab memang tengah bz writing report.

15. Dah selamat pindah rumah baru 30 Ogos lepas. Allah dalam banyak banyak nila rasa dugaan paling hebat. Di kala aku dan suami sangat sibuk (kami jumpa dalam 4 jam je sehari) dengan submission kena pula pindah. Nanti aku akan ceritakan kenapa ya?
Rumah lama kami

 16. Aufa dah mula bersekolah di state school..Jadi 11 bulan juga Aufa duduk di Nursery Echoes. Selama 11 bulan di sana, yurannya adalah 5,159 pound bersamaan RM 27-28K . Jumlah ni aku rekodkan supaya senang buat rujukan aku nanti..Sama jumlahnya duit PTPTN aku dapat masa buat degree. Dengar tu ye Aufa..jadi anak yang solehah nanti ye.

17. Officially dah seminggu jadi 2nd year student. Habis je viva, kunci ofis hilang, dugaan lagi.  Boleh aku lupa ingatan langsung pasal kunci. Totally otak aku takleh fikir mana kali terakhir aku letak kunci. But now dah jumpa, dalam poket seluar jeans.What?? Cari 4 hari. sekali laa dlm poket seluar boleh tak cari.

18. Bukan setakat kena pindah rumah. Kena pindah ofis juga..Ni SV punya arahan sebab nak semua supervisees
dia dok dalam ofis yang sama. Tapi kan...aku sangat suka ofis lama ku. Tak nak pindah ofiss :-(

19. Pastu supervisor suruh ambil Master class next semester which is starts tomorrow. Huwa...nangis lagi..I DON'T WANT. tapi cakap dalam hati jela...Bukan apa..allocation masa nanti banyak habis ke kelas, assignment, final exam. Dahla wajib lulus. Dan nak lulus bukan senang tau.

 20. Husband di saat ini masih menulis progress report untuk di hantar esok..Semoga beliau lepaslah first year ni..Ameen...

21. Future plan : Cuti sekolah autumn term nak g jenjalan...Tak larat rasanya bertapa di Manchester ni. Kena tunggu cuti sekolah sebabnya anak den nak masuk sekolah..Kalau ponteng kang tak pasal pasal kena fine 120 pound.

Ok nak tidur dah ni..Esok den tempek gambar ye..

Bye..Assalam