Monday, October 24, 2011

The Pregnancy 2

Sebenarnya dari dulu lagi saya nak blog kan kisah kehamilan ini, tapi keadaan saya semasa hamil tidak menambat hati saya untuk berblog! Memang dah terlambat pun untuk nak ceritakan satu persatu pengalaman saya. Mungkin ada yang saya telah terlupa rentetan kisahnya, tapi bak kata pepatah omputih Better late than never!

...................................

Saya meneruskan kehamilan saya.

Trimester Pertama

Kehidupan saya sepanjang trimester pertama tidak begitu menyeronokkan. Saya demam - lemah - asyik nak tidur - muntah - tiada selera - buat apa pun tak kena - pening - hidup macam bosan je

Apa pun perkara yang melibatkan makanan buat saya rasa nak termuntah! Contohnya, peti ais (ada makanan didalamnya), tong sampah(ada sisa makanan), singki dapur, bau makanan, rancangan masakan kat tv (masterchef), even suami tanya nak MAKAN ape pun saya dah loya loya.Isk kalo teringat balik kisah ni, lemah je saya rasa. Lagi satu, saya jarang jarang sekali basuh pinggan sebabnya nanti saya termuntah kat sinki pulak. Untuk basuh tangan sebelum makan saya akan basuh di sinki bilik air! Saya tidak akan ke sinki dapur.

MEMASAK TAK SAYA? Erm memang taklah kan. Kesian suami saya, dia sangat memahami keadaan saya ketika itu.

Saya bersyukur suami saya sentiasa ada dengan saya. Kadang kadang dalam hidup ini kita tak akan dapat semua benda yang baik pada satu masa kan? Mungkin ada orang yang langsung tidak mengalami alahan tapi duduk berjauhan dengan suami tercinta. Apa pun bahagian masing masing, kita terima dengan redha..

Trimester Kedua

Keadaan saya sama sahaja, tak banyak berubah pun. Masih tiada selera makan. Sebut pasal makanan je nak termuntah! Dan saya rasa tak seronok tinggal di rumah sendiri apatah lagi melihat dapur rumah saya. Saya alergik!

Masih lagi kuat tidur sampai tengahari ( jangan tiru saya ye).

Menu utama pelbagai jenis roti beserta air mineral - Berbotol botol air mineral suami saya beli sebabnya saya tak minum air paip rumah sendiri. Alergiklah katakan, haha..Terukkan saya ni! Bukan apa pernah sekali, air tu keluar macam air teh tarik, trus saya rasa geli geleman.

Tapi saya dah kuat sedikitla, boleh pergi ckeckup sendiri di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Klang. Pastu pergi Shah Alam semata mata nak g kedai Paksu Seksyen 16 nak cari bubur gandum!

Di hujung2 trimester kedua, saya dah mula boleh makan. Saya tak rasa nak muntah lagi. Dan saya dah cuba cuba nak masak.

Trimester 3

Saya dah mula kembali bekerja di UPSI. Saya rasa seronok bila bekerja sebab boleh pergi makan dengan officemate. Dahla ada tiga orang mak buyong termasuk saya. Berjalan lah kami berlenggang lenggok bila ke kedai makan. Masa ni saya dah berselera nak makan. Dah nak bersalin baru lah berselera. Tapi saya sering diserang heart burn. Setiap pagi dan selepas makan. Gavisconlah peneman sakit saya. Takdelah hilang sepenuhnya tapi dapatlah kurangkan kepedihan ulu hati tu.

Namun, suami saya tak duduk sekali dengan saya. Dia kerja di Shah Alam. Saya rasa agak pressure sebenarnya bila dia tiada. Tapi saya tabahkan hati dan tak mahu sedih sedih sangat sebab saya fikirkan ada orang yang lebih susah dan suami nye lebih jauh lagi menyeberangi Laut China Selatan.

Masalah kesihatan lain, saya sakit pinggang. Itu biasakan? Tiada kaki bengkak, tiada kencing manis, hemoglobin berada pada paras normal, tiada rasa contraction. Cuma malam susah sikit nak tidur lena. Ini pun benda biasa kan?

Post selepas ini, saya akan ceritakan detik2 kelahiran puteri saya ye!

Bye!


0 comments:

Post a Comment