Wednesday, November 2, 2011

The Birth 1

Assalamualaikum wbt.

Ok dah tamat cerita pasal kehamilan Aufa, sekarang saya nak cerita pula detik2 kelahiran puteri saya tu.

Aufa dilahirkan pada 8 Julai 2011, 7 Syaaban 143, hari Jumaat pada usia kandungan 40bulan 3 hari. Aufa lahir menjangkaui EDD. Saya berdebar debar sejak minggu ke 38 lagi sebab nak rasakan tanda tanda bersalin tu macam mana. Tapi saya tak mengalami sebarang contraction kuat pun. Setakat sakit pinggang dan Aufa yang menendang nendang tu adalah.

5 JULAI 2011

EDD jatuh pada tarikh ni. Pada hari tersebut, saya tetap pergi ke klinik kesihatan dan doktor memberikan lanjutan 8hari lagi. Jika dalam masa 8hari tak bersalin saya kene induced. Bermula hari tu, saya tak lena tidur malam,konon konon nak rasa tanda bersalin tu. Tapi yang membuatkan saya terjaga bukannya sakit nak bersalin, cuma tak tahan nak terkencing sahaja. Hehehe.

6 JULAI 2011, 5pm

Saya menerima sms dari suami, menurutnya dia akan dihantar bekerja ke Korea Selatan selama dua minggu bermula hari ahad 10 Julai 2011. Ya Allah, saya sedihnya tapi dalam hati tetap berdoa supaya majikan suami bertimbang rasa terhadap kami. Suami kata, esok (7 Julai) dia bincang lagi dengan majikan. Mohon gantikan dia dengan pekerja lain.

7 JULAI 2011

Pagi
Saya pergi beli sarapan roti canai sebab teringin sangat.Heheh.Suami masa tu dah pergi kerja (Shah Alam)
Dah kenyang, saya prepare barang barang saya, barang barang baby untuk dibawa ke Pahang. Saya nak berpantang di Pahang lah, sebab suami saya takda.

Tengahari
Suami telefon, dia kata kena pergi Korea jugak. Saya redha dan saya dah dapat agak pun keputusan ni.

Petang
4.30pm, saya bertolak ke Shah Alam. Kami berdua dah setuju nak induced sahaja. Orang kata induced tu sakitnya berganda2, saya kene cekal. Saya kena hadap juga sakit macam mana pun sebab saya taknak bersalin suami takda kat sisi.
8.00pm, jumpa Dr Ummul ( agak lewat sikit sebab Dr ada case).

Saya: Dr, saya ni dah overdue 2hari. Saya nak induced

Dr: Ok biar saya cek dulu ye.Ok baring dan angkat kaki.

Saya: Eh, Dr nak cek apa? Cek 'bawah' ke? [ saya cuak ]

Dr: Iye, mesti kene check puan. Saya nak tahu bukaan macamane. Jangan risau. Tak sakit tapi puan kene relax.

Saya : [ mode pasrah + malu + takleh relax ]

Dr: Okey puan, bukan baru 0.5cm. Hari sabtu atau ahad ni kite induced ye.

Saya: Eh Dr. Saya nak induced MALAM NI jugak! Boleh ke Dr?

Dr: Kenapa?

Saya: Ahad ni suami saya nak pergi Korea.

Dr: Ok, boleh. Saya masukkan ubat buang najis yer dulu yer. Malam nanti datang balik pukul 11.

Hehe, yes! Dr bagi induced. Yea yea. Suka sangat!
Kemudian Dr Ummul scan perut saya. Ketika itu saya dah tak boleh fokus apa yang dr cakap. Yang saya ingat dr kata berat baby 2.5kg. InsyaAllah senang nak bersalin baby just nice. Dr cakap lagi bla bla bla.

Saya: Dr saya dah tak tahan dah ni nak ke toilet!

Dr: Oh ok ok ( dia berhenti scan). Nanti datang balik pukul 11 yea!Jangan tak dtg!

Saya: Ok Dr, tq!

Saya terus turun katil, pakai selipar berlari mencece ke tandas. Suami kene tinggal dalam bilik Dr. Sakitnya perutttku. Lama jugak saya dalam tandas.20minit ada kot.

Selepas tu saya balik ke rumah kakak suami di seksyen 15 Shah Alam. Kat sana, saya memang duduk dalam tandas je. Sakit perut tak berkesudahan.

Nak bersalin pun dah give up sebab sakit perut. Camnala nak tahan sakit bersalin kalo sakit perut macam ni pun dah takleh tahan. Saya takut!

Rasa macam dah ok sikit, tapi perut tu still rasa cam nak period.Kemudian saya mandi dan solat isya' dan solat sunat.

Pukul 10.50pm, saya turun dari rumah kakak iparl. Rumah kakak ipar saya adalah apartment jadi sesampai je saya kat kereta saya sakit perut balikk! Nak naik atas balik macam buang masa jer. Jadi saya tumpang tandas surau. Memulas-mulasnya perut saya.

Habis buang hajat, saya masuk ke kereta balik. Tenaga saya dah tinggal separuh je kot. Sob sob sob. Suami pun bawa saya ke hospital UMRA.





Nanti kita sambung lagi dalam The Birth 2 yer!

Jumpa lagi!

This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment