Ok kita sambung kembali bersiaran tentang Langkawi
Ahad, 30 September 2012
Mula mula memang rancang nak pergi Pantai Cenang awal-awal pagi..Tapi biasala bila dah ramai-ramai ni, macamanala nak awal..Sudahnya dah hampir pukul 10 baru nak bertolak..30 minit juga bru sampai..Hah matahari dah hampir tegak atas kepala ni. Mata memang dah takleh nak bukak luas..Terik betul!
Pantai pun takde orang..lengang je..Yerla biasakan orang memantai petang-petang..Haish ni kira plan sudah salahla ni.. Aufa dah siap pakai swimming suit dah tau dari apartment.
Maka tukar plan kita pergi membeli
celah belah. So balik semula ke pekan kuah, pergi ke Idaman Suri dan Haji Ismail Group dan kedai kedai sekitar Kuah.Saya beli kuali Tefal 28cm tanpa penutup- harga RM 99, nonstick pan 17cm
tefal buatan China, coklat coklatan, tuala 2 helai, tempat letak sudu. Habis membelilah ( baca: membeli-belah) sy banyak habiskan masa dalam kereta je jaga Aufa tidur.
Pukul 3.30 balik semula ke apartment, rehat, solat, mandikan si kenet Aufa.
Dalam pukul 4.30 petang gerak semula ke Pantai Cenang. So layan gambar jerla yer..Banyak gambar
ibu Aufa.
|
Budak toncet, lawakan saya nyer swimming suit? |
|
Erkkk...nak yak kew? |
|
dengan abang ajam |
|
dengan Kak Ros Upin Ipin Auni |
|
Happynyer lari lari dengan Kak Auni |
|
Dah jadi uncontrolled ini budak, so kena tangkap dia! |
|
Fewwwiitttt! |
|
Aufa mula mula takut air terus nyorok belakang Kak Auni |
|
Kak Auni dan Abang Ajam dah tak takut air dah |
|
Ajam dan Auni |
|
Ibu interprame |
|
Kami di Permata Kedah - Auwww papa cekci!
Papa ada jugak main jetski. Dia letak harga 30minit RM100, papa nak main sejam dia bagila RM170. Boleh dapatkan harga lagi murah but dia akan beri jetski yang kecil sikit and agak lama..So tak bestla..Ibu dapatla merasa naik dalam 10minit..Mujur Aufa tak nanges ditinggalkan bersama Cik Wan dia.
Tapi gambar papa naik jetskit nan ado sebabnya papa main jauh sgt tengah laut..Ibu dah tak sanggup nak pegang DSLR gabak tu lama lama.Nak jaga Aufa lagi, nak cover camera dari kena air laut lagi..Sudahnya ibu simpan jerla camera canggih tu.
Habis main air dalam pukul 7 malam, mandi di bilik air, then dinner kat pantai tu jugak..
Harga boleh tahan la..rasa makanan biasa biasa jer..Mungkin diorang tak cekik darah sangat sebab bukan musim holiday..Kalau musim holiday siapla sume tourists, memang harga apa apa pun naik mencanak canak.
Balik semula ke apartment di Kuah dalam pukul 8.45malam..
Sesampai jer, trus mandi semula, solat and REST!!!
Nasib Aufa dah selamat tidur dalam kereta.
Isnin, 1 Oktober 2012
Hari ini adalah hari terakhir di Langkawi.
Awal pagi kami pergi ke Dataran Lang untuk mengabadikan kenangan di sana.
So kita layan gambar lagi yer..
Selepas bergambar sakan di Dataran Lang, kami terus menuju ke pekan Kuah untuk membeli belah lagi. Saya dah takde pape nak beli. So tinggal lagi dalam kereta jaga Aufa tidur. Disebabkan lama sangat menunggu orang membeli belah, aku jadi bosan juga..Makanya keluar la sekejap borong coklat lagi dan beli kain batik 2 helai lagi untuk Ummi Aufa ( baca : babysitter) dan reward untuk diwi sendiwi ( walaupun jarang pakai kain batik).
Pukul 2 petang kami pulang semula ke apartment. Packing barang, mandi dan solat.
Pukul 4 petang kami check out dan menuju ke airport pekan Kuah semula. Haha sempat lagi shopping! Ajam dan Auni nak beli beg sebenarnya..Aku duduk dalam kereta lagi.
Shopping dalam 30 minit jer...terus ke Langkawi Airport. Pulangkan kereta sewa untuk dapatkan deposit. Dan terus check in..
Flight take off pukul 6pm dan sampai di Subang pukul 7.15pm.
Tamatlah pengembaraan kami sekeluarga ke Langkawi kali ini.
Alhamdulillah semuanya selamat seperti dirancang..
Semoga ada rezeki lagi untuk bercuti.Aminn..Murahkan rezeki kami Ya Allah.
|
0 comments:
Post a Comment