Friday, May 22, 2015

Aufa got a compliment card from her class teacher.

This week Aufa dapat satu kad dari guru kelas dia.
Sebelum ni, masa parents meeting cikgu dia cakap Aufa ni kurang bercakap takpun macam certain words dia tak berapa faham. Jadi cikgu dia suruh kitaorang cakap Bahasa Melayu je dengan Aufa. Bagi Aufa kuasai betul-betul bahasa ibunda dia.

Sebab cikgu dia kata ada kajian ni menunjukkan budak budak akan lebih senang belajar dan menguasai bahasa kedua jika dia telah cekap dan menguasai bahasa ibunda..

Aufa ni dia tak pandai cakap Bahasa Melayu. Boleh la setakat nak sebut

nak susu..
sakit...
apa tu..
sini..

Nak buat ayat complete memang tak pandai..huhu..kesian Cik Pa.

Pening juga kami dibuatnya, dalam kes Aufa ni masa dia sampai di UK Aufa masih belum bercakap.
Yang dia boleh cakap pun Ibu, papa, nak, susu, itu, ini.

Sampai je kat UK dia terus masuk nursery di UK. Jadinya dia start belajar English. Disebabkan takut Aufa confuse kitaorang pun cakapla English dengan dia.

Bila cikgu dah tegur macam tu baru kita orang perasan yang sebenarnya masalah tu datang dari kitaorang. Bukannya sebab Aufa tak pandai bahasa melayu ke apa.

First
Kita orang tidak banyak encourage aufa bercakap pun..Hari hari  akan bercakap benda yang sama so jadinya Aufa tak develop speaking skill dia dan tak develop vocabulary dia. Lagi satu,kitaorang both husband and wife jenis tak banyak cakap so menjadi masalah juga tu.

Second
The big problem is Aufa suka tengok video dekat youtube. Dia sangat fokus menonton video jadi dia kurang bercakap. Bila kita sembang dengan dia, dia tak pedulikan sangat pun..Dok haa haaa je. Salah kitaorg -.- sebab yelah bila sibuk tu memang ipad lah jadi jalan penyelesaiannya.

So lepas dah tahu masalah tu, kitaorang cari jalan penyelesaian.

1. Kitaorang pastikan Aufa fokus  bila kitaorang ajar aufa complete sentences. Dia bukannya tak boleh cakap. Boleh...Cuma ayat dia tak complete and simple.  Kalau boleh dalam umur dia dah nak masuk 4 tahun ni boleh cakap dengan sentence yang penuh. So bila kitaorang make sentence untuk dia Aufa kena sebut berulang kali sampai perfect10! Ha ha kesian Aufa.

2. Other than that, ada new rule. Sebelum ni kitaorang agak sambil lewa sikit. Tak tegas.

'Please stop watching the video while ibu and papa are talking to you! '

Paling win kalau papa dia kata

'I'll throw your ipad into the dustbin if you are still looking at the ipad'.


So minggu ni Aufa dapat kad dari teacher dia..Dia bagitahu 'Ibu, only me got the card'. Dari raut wajahnya dia nampak bangga sangat.



Bila aku baca kad ni..terus rasa sebak..usaha kitaorang telah membuahkan hasil..Alhamdulillah..

But this project is never ending project. Kena teruskan sampai bila-bila.

Aufa pun dah boleh cakap Bahasa Melayu tapi ayat Allahurabbi berterabur sangat...

Contoh nya : Saya letakkan pensel warna dia sebelah televisyen.

Aufa nak bagitahu la kat saya : Ibu tengok! colour situ ni.

p/s : Bukan senang nak mendidik anak bila dah makin membesar lain cabarannya. Gajet dan applikasi yang mucul bak cendawan tumbuh juga adalah salah satu cabaran dalam mendewasakan anak-anak. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita take for granted dalam banyak hal.

Nilah cabaran bila suami isteri buat PhD . Sigh    -.-

2 comments:

  1. tahniah aufa, k.nisa, kes aufa ni sama dengan khalid jugak. bezanya sikit je khalid boleh cakap melayu dalam ayat yg penuh. kat rumah mmg kitorang cakap melayu dengan dia sbb health visitor dh bgtau jgn campur sbb takut khalid confuse. ayatpenuh ni baru khalid kuasai bila kitorang sorok tab. khalid pon bila tgk video dekat tab dia dh x buat benda lain. sejak dh sorok ni (3 bulan dah) byk perkembangan dia. terutama bab dia guna ayat penuh tu la. pastu khalid dh kenal warna. sebelum ni eta introduce warna langsung dia x faham. ni dh boleh dh. huuu lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kat khalid juga! banyak yang khalid dah belajar...berjaya eta sorokkan tab 3 bulan tu! pencapaian yang sangat baik...akak pernah sorokkan juga tapi sebulan jerla..tapi hp pulak jadi mangsa. huhu..

      Delete