Friday, June 15, 2012

Demam Panas + Ulcer

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Jumaat, semoga kita semua dilindungi Allah SWT di hari yang penuh keberkatan ni..

Baru hari Jumaat lepas Aufa genap sebelas bulan kan. Boleh baca di sini

Sabtu, 9hb Jun 2012

Awal pagi Sabtu tu badan Aufa panas, so Parmol 250 ( ala ubat demam warna pink tu) memang ada standby je dalam peti ais. So bagila Aufa makan ubat then surutla demam tu..Alhamdulillah dia pun tido balik around 11.30pagi camtu..Bangun tido dalam pukul 3 badan Aufa ok lagi. Then dalam pukul 5 badan dia makin lama makin panas pulak.

Tak boleh jadi ni.cek suhu badan dia around 38-38.5 degrees. After Asar bergegas juga kami ke Klinik Syifa berhadapan dengan UPSI. Dr masukkan ubat melalui bo*to* tu..Then dia berila ubat antibiotik dan ubat demam. Dr kata tekak Aufa merah ada ulser.

Jam dah pukul 8.30malam dah tapi malangnya suhu badan Aufa tak surut.Jenuh dah basah kan badan dia, lap guna kain la. Still tak turun juga. Ibu memang tak leh sabar dah ni risau kalau terlambat buat tindakan perkara tak baik terjadi. So papa decide pergi emergency Klinik Tg Malim. Sampai di emergency suhu Aufa dah 39 degrees. Masuk ubat  bo*to*  lagi sekali. Tak lama lepas tu Aufa ok. Riang gembira bermain dengan lasaknya di rumah..Kemudian dia tidur sampai ke pagi...

Malam tu papa and ibu bergilir gilir jaga Aufa risau tiba tiba suhu badan naik kan.. Dalam pukul 4pagi tu ibu masukkan ubat di bo*to* lagi. Aufa was being fine sampai la ke pagi. Alhamdulillah...

Ahad, 10hb Jun 2012

Bangun je pagi pagi, Aufa ok lagi. Tapi menjelang tengahari macam nak demam balik...Tryla bagi Parmol 250 tu dia mengamuk sakan taknak telan..Bagi susu taknak..Bagi air masak taknak.. Naseb baik makan nak..Ibu dapat bayangkan kesakitan yang Aufa alami sebab tekak dia ada ulcer. Kesian Aufa mesti perit dia nak menelan..Masalahnya, Aufa taknak makan ubat so bila nak baik kan..Dengan taknak minum nya, bile cek pampers kering jer means dia tak kencing..Ibu ngn papa takut sangat Aufa dehydrate.

So papa decide nak bawa Aufa g private hospital jer.. Kami pergi DEMC Shah Alam. After Asar packing packing barang. Then dalam pukul 6.45 petang macamtu kami gerak ker DEMC. Aufa lemah sangat time tu. Dia tidur sambil ibu dukung dia.kepala terlentok kat bahu ibu. Dia tidur sampai DEMC. Huh lenguh jugala tangan ibu dukung dia sambil duduk...Takpela asal Aufa selesa tido macamtu...

To be continue...



0 comments:

Post a Comment