Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt dan selamat hari Jumaat semua. Semoga di hari yang baik di bulan yang baik ni kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.Aminn.
Alhamdulillah hari ni special sikit..Aufa dah berumur 11bulan dan kebetulan memang Aufa lahir hari Jumaat.
Ibu dan papa sangat bersyukur kerana Allah kurniakan Aufa buat kami berdua. Penyeri hidup kami. Sejak ada Aufa life kami tak pernah ada perkataan bosan. Sekejap betul rasanya Aufa membesar, erm satu bulan je lagi nak berumur setahun..
Ok, bila saya asyik perhatikan perangai Aufa ni kan..rasa macam tak percaya dia sebesar sekarang ni. Perkembangan motor dia makin lama makin maju..Seronok sangat tengok..
Setakat ni
1. Aufa dah ada gigi sebatang. Lewat kan dia tumbuh gigi?
2. Berjalan dah laju dah. Setakat nak main kejar kejar tu boleh dah kot..Alaa..kejar cara budak budakla..
3. Pandai main peak-a-boo.
4. Pandai cakap 'dog'.Everytime dengar anjing menyalak jer mesti ckp dog,dog,dog sambil mulut muncung.
5. Still tak nak orang lain ambil dia. Kecuali orang tu pandai ambil hati dia.
6. Dah pandai goyang goyang badan dan kepala bila dengar lagu.Hari tu pergi tahlil untuk arwah Cikgu Badri, masa orang sebut Lailahaillallah kan goyang goyang kepala kan..dia pun sama siap goyang goyang badan...
7. Suka dengar lagu kat youtube from SuperSimpleSong esp Twinkle2 Litle Star , A little Snowflakes
8. Suka dengar lagu Alif Ba Ta
9. Dah tahu bila papa balik. Dengar je bunyi kereta mesti nak pergi ke pintu. Setiap kali papa balik, belum
sempat papa nak letak beg or so whatever dia dah mintak dukung..So manjaa...
10. Aufa dah pandai gunakan sesuatu benda tu untuk apa.. Contoh kalo dia ambil sikat mesti dia sikat rambut dia walaupun sebenarnya dia tak pandai sikat pun tapi dia tahula sikat tu gunanya di rambut. Lagi satu kalau ambil spec mata mesti letak kat mata..hehe
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku anak yang baik dan mendengar kata..seorang anak yang kuat dan jarang sakit..seorang anak yang sentiasa membuatkan aku dan suami tertawa melihat keletahnya..
Friday, June 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment