Wednesday, January 9, 2013

Aufa dah setahun setengah

Assalamualikum wbt.

Aufa dah menginjak umur ke 18 bulan aka 1tahun setengah.

Ni petang ni nak bawa dia henjett..hihi hopefully janganla nangis jerit jerit. Dia tu pantang kalau jumpa nurse ngn doktor. Fobia tak habeh lagi masa admit DEMC dulu.

Nanti petang nanti kita update cerita Aufa yer sebab tak dan nak masuk kelas 5minit lagi . Ni pun tak sabar nak publish padahal cerita tak habis sebab takut lupa nak blog pasal Aufa ni..Nanti belated tak best pulak kann..

Ok.tatatititutu

*****************************************************************

Hai, bertemu lagi kite hari ini..
Baru sampai ofis ni (kol 4pm) Lama betol lah kat klinik arini. Sampai klinik tadi orang ke empat tapi lama sangat prosedurnya.

Aufa?

Hermmmm paling kuat nanes la kat klinik tadi sampai kecoh nurse kat sana sebab Aufa nanges.

Baru nak checkup masuk jer bilik nurse menangis punya kuat. Nak timbang lagi nanges kuat so nurse suruh hantar kat papa dia kat luar so ibu jerla dok dalam bilik.

Nak enjet nurse tu dah siap panggil lagi sorang nurse nak control Aufa.

Haiyoooo anakkuuuu!

Dia kalau boleh nak suruh keluar dari klinik tu takmo duduk dalam klinik lama lama.

ok abeh dah la cite kat klinik yer...

Tadi last henjet la after ni bila masuk sekolah t baru henjet pulak...Kalau nak dos tambahan pape tu lain la pulakkan..Selamatlah pasni tak mo dahla nanges nanges..Tapi kena dtg checkup jugak every 3 months..

Oklah Aufa semoga membesar dengan baik yer..After ni ibu nak cuba kurangkan Aufa tu tengok Upin Ipin. Try tengok orang ngaji pulak..Setakat ni boleh jer tengok bacaan al Quran tu tapi tak selama Upin ngn Ipin la..Kalo yang hat tu memang fokusssss betui dia nengoknya..

Now nak alihkan perhatian dia..Moga moga berjaya lah..Tengah nak menambah ilmu mendidik anak ni. Kena banyak membaca kan nak mendidik anak anak ni. Bukannya mudah nak jaga amanah yang Allah beri ni.

Oklah setakat ni je membebel today. Nak semak Quiz student.

Bye bye!

0 comments:

Post a Comment