Friday, January 4, 2013

Flashback 2012

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua..

Haii dah bape hari bulan dah masuk 2013 ni baru sebok la ko nak cite pasal 2012 khenn..
Orang len nak cite ko pun nak cite jugak..Haha biaqpila den nak cite jugak..Tak kira! Kalau takde orang nak baca biarla jadi kenangan buat den niha..Ni lagi setengah tahun confirm den dah lupa dah cite cite ni..Baik tulis at least ada lah reminder. Ye dak?

2012

Tahun lepas (bunyi macam dah lama je kan) alhamdulillah tahun yang boleh dikatakan biasa biasa jerla..Banyak lagi hajat yang tak tercapai actually tapi takpe kita boleh continue untuk this year plak kan..As long as masih bernyawa ni boleh jerla sambung sambung azam tu every year (orang yang TAK tercapai azam macam nila gaya cakapnye hehe)

Ok ok tahun lepas alhamdulillah aku dapat convo Master akhirnya..Cuma nye sedih kalau ikutkan hajat tu nak konvo sekali dengan suami tersayang kita tu tapi apakan daya tak dapat mungkin ada hikmahnya kan. Its ok this year pulak dia konvo insyaAllah...

And aku terbebas dari hutang PTPTN akhirnya..Yang ni memang syukurrr sangat. Terasa beban hutang ni memang berat sangat..

Anak makin membesar alhamdulillah..Sorang tu jerla..Takde yang lain lagi.

Tapi tahun lepas mungkin tahun melawat Malaysia lah bagi aku..Memang berjalan jalan jer..Kadang kadang tu insaf dah cakap oklah after this STOP makan angin sebab terlampau penat tapi lepas tu ada jer plan nya..Kalau plan bukan dari husband, dari parents. Kalau tak dari parents, plan dari family Along (my kakak ipar). So mananya tak asyik berjalan jer..

22 Januari 2012
G Sg Klah. Mandi manda kat situ. Gambar takdak sebabnya ramai sgt orangnya haih..Aufa pon takut nak mandi. Pasaipa pun taktau.

13 Februari 2012
Hantar adik aku yang kedua Nasuha ke Australia. Eh tapi hantar sampai ke KLIA jerla takdelah ke Australia kan. She further her study at Uni of South Australia, Adelaide. Bakal pharmacist le gamaknya nanti. Lama gila bertapa di KLIA dari kol 3 petang kot sampailah 9 malam camtu.



19 Februari 2012 - Port Dickson
Ada family day keluarga bapa mertua kami. So menginap di PD World Marina Resort



Teluk Kemang, Port Dickson



21 Februari 2012 - Operation ganglion kat left hand wrist
Dapat coti sakit 2 minggu..Hoyeahhh!Tapi sakit jugak ingt minor operation tak sakit.Huhu

 


25 Februari 2012 - Hubby birthday Celebration
Surprise utk husband tersayang celebration kat Dorsett Regency Hotel, KL. KL je ponn malas g jauh jauh.Tidur la sana semalam.





10-11 Mac 2012 - Ke Batu Pahat dan Melaka
Ada Walimatul urus nak attend. Kat BP tu kawan husband masa belajar kat Germany dan kat Melaka tu anak kawan papa semasa menunaikan haji. Kami tidur kat rumah sepupu husband kat Melaka.



7 April 2012 - Bandar Baru Bangi
Kak Pija wedding (my cousin)



10-12 April 2012 - Singapore
Ok first time Aufa g over-the-sea. Nak tau cite boleh ke sini.

10-13 Jun 2012 - Aufa admitted di DEMC Shah Alam
Cerita ada di sini

Kesian nya anak ibu ni



30 Jun 2012 - Wet World Shah Alam
Boring punya pasal, Wet World Shah Alam pun jadila kami terjah

JULAI and AUGUST - rehat sebab puasa and raya kan...

16 September 2012 - Impiana KLCC dan Aquaria
Anniversary perkahwinan ke 2. Citenye boleh klik sini

28-29 September & 1 Oktober 2012 - Langkawi
Ceritanya ada di sini dan sini

Dalam flight ke Langkawi


4 Oktober 2012
My birthday celebration di Zam Zam Restaurant Shah Alam
Otw ke Shah Alam tayar kereta meleTOP sebab terlanggar apa ntah tengah jalan. Terpaksa tunggu peronda lebuh raya nak tukar tayar sebab nya keadaan masa tu bahaya sangat. First time stranded tepi highway waktu malam gelap plak tu dengan anak kecil nye.Kecut perut wooo kereta lori laju laju..


21 Oktober 2012 - My Convocation dan atuk meninggal
Atuk meninggal hari yang sama aku konvo. Gembira plus sedih bercampur campur. Sebelum atuk meninggal ni pun dah ulang alik banyak kali ke Raub. Esoknya baru kami balik ke Raub ziarah pusara atuk. Memang tak sempat jumpa. Al fatihah buat arwah atuk.

15 November 2012 - Zoo Negara
Sumpah ni pertama kali aku datang Zoo Negara yer.

1-2 Disember 2012 - Lumut dan Teluk Batik
Actually nak attend kenduri anak kawan lama ayah yang almost 20years tak jumpa di Teluk Batik. So last minute plan nak tidur sana so bilik hotel sume penuh yerla cuti skeolah kan. Akhirnya dapat jugak bilik di Lead View Hotel Manjung. Pukul 1pagi booked through Agoda.

Aufa dan maksu Yani


22 Disember 2012 - Genting Highland
Actually g genting memang tak dirancang..Bangun bangun tidur jer rasa nak jalan jalan. Husband memang ok jer kalau bab berjalan ni. So g genting sebab tak jauh sangat n takyah bayar TOLL. Angkut adik aku dua orang pergi. Just main-main kat Indoor jer.

And the lasttttt vacation bagi tahun 2012 ni memang betul betul akhir tahun dah...

30 Disember 2012 - Bukit Tinggi Resort Pahang
Haaa yang ni plan Along jugak..This is my second time datang sini..Yang lain sume first time..

Fuiyooohhhh bila dah list banyak jugakla yer...Ni kira balas dendam ni tahun 2011 memang kami sefamily tak kemana pun berjalan. Betul tak tipu ni..Dengan aku tak sihat sebab mengandung (mabuk sampai 7 bulan) then bersalin then berpantang then anak kecik lagi so 2012 balas dendam lah yer..

 Ni jerla suka duka aku sepanjang 2012. Nampaknya banyak yang suka yer..Yang duka pun ada jugak tapi aku dah tak ingat sangat dah its just a small matter. Life memang macamtula kan ada ups and down. Yang penting selalu berdoa agar hidup kita seharian dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. AMin..

BYE

2 comments:

  1. salam..ok x marina resort??? org ckp berhantu..betul ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..pernah dgr cerita ni..tapi masa saya pergi tu ramai orang. so far ok takde apa apa gangguan alhamdulillah..

      Delete