Walaupun dah dinyatakan camtu syaratnya saya tetap buat pinjaman dengan PTPTN. Sebabnya:
1- Saya adalah pelajar B.Ed maka JPA tiada sediakan scholarship untuk B.Ed
2- Scholarship yang banyak adalah KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia - kontrak 5 tahun jadi guru)
dan juga KPT ( pensyarah di politeknik )
3- Saya taknak bond dengan mana mana pihak sebabnya saya punya aim nak sambung master and phd
terus.
4- Saya bukan anak orang kaya yang mak bapak saya mampu nak tanggung pengajian saya 4 tahun. Kalau
mampu sekalipun saya kasihankan mereka.Saya ada empat orang adik lagi yang masing masing sedang
belajar.
Alhamdulillah, setelah empat tahun belajar, saya mendapat keputusan yang cemerlang. Itu memang target saya. Setiap semester saya pastikan saya capai target saya ni.
Apabila saya mula bekerja, saya mula membayar ansuran PTPTN.
Sehinggalah bajet 2010 dibentangkan, PM menyatakan peminjam yang meminjam SEBELUM Julai 2005 dan tamat pengajian SELEPAS 1 Januari 2010 akan mendapat pelepasan bayaran balik jika mendapat Ijazah kelas Pertama.
Saya adalah peminjam PADA Julai 2005 dan tamat pengajian pada Mei 2009 maka saya TAK LAYAK.
Sedih sangat masa ni. Ianya memang TIDAK ADIL!! Kecewa betul dengan bajet 2010. Start daripada hari tu saya tak pernah bayar PTPTN sebabnya saya rasa GERAM dan ini tak adil bagi saya.
Bayangkan kami semua adalah peminjam dan masing masing struggle nak dapatkan ijazah yang baik tapi hanya mereka yang meminjam dalam tempoh masa sekian sekian sahaja yang diberi pengecualian. Bukan sikit tau. Basic pinjaman saya RM28K belum masuk kos perkhidmatan 3%.
Ini tidak adil! tidak adil! tidak adil bagiku! (ekh lagu Yuna pulak)
Saya ada nyatakan hal ini di FORUM Anjung PTPTN. Ramai lagi yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka di sini. Sudah dua tahun pihak PTPTN nyatakan benda yang sama berulang ulang kali. Takda berita baik pun untuk kami yang tertindas ni.
Namun Jun 2012 lepas, barulah orang orang berkenaan ni buka mata sikit kot hal ni. Akhirnya semua peminjam tak kirala dia meminjam start julai 2005 ke dan bergraduat sebelum oktober 2010 ke, semuanya diberi pelepasan jika mendapat ijazah kelas pertama.
Saya terima berita tu dengan rasa syukur sangat.
Terus buat surat, hantar sijil dan transkrip semua ke PTPTN.
Dan 2 hari lepas.....
Saya terima ni!
PTPTN dah bersetuju tukarkan pinjaman saya kepada biasiswa! |
Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh.Syukur Ya Allah..Syukurr.
Cara-cara nak buat permohonan boleh klik sini :-)
Saya masih menunngu surat dari PTPTN. dah dekat 2 bulan masih belom dapat jewapan :(
ReplyDeleteYeke..memang lambat..hehe biasala bab tuntut duit mmg lambat sikit prosesnya tu..
DeleteSaya dulu hantar surat 29Jun akhir Oktober baru dapat surat jawapan..lama jugakkan...takpela awak tunggu sikit lagi tp kalau dah lama sangat boleh call atau emel PTPTN.
Saya dah call sebab x tahan tunggu. Jawapan dia, sangat menyedihkan. Dorang kata x dapat surat saya (pos). Last2, saya kena buat lain. Ni terus nak ke HQ, cakap tak dapat jugak siap! Hehe
DeleteSaya dah call hari tu sebab tak tahan tunggu.Saya pos guna pos laju.Diorang kata tak dapat surat tu.Sangat sedih. So terpaksa buat lain. Ni baru nak hantar ke HQ, kalau diorg kata tak dapat jugakkk...SIAP! Heheheh :P
DeleteYeke...guna pos laju pun diorang boleh kata gitu...isk isk isk...
DeleteBoleh trace kan PTPTN dapat ke tak?
Tapi tula malas nak bising2 ye terpaksa ke HQ jugak..
Semoga awak berjaya Syuhada, dipermudahkan urusan PTPTN ni..once dah setell..lega!no more hutang PTPTN.hehe
Saya ada pertanyaan, untuk pengecualian bayaran PTPTN tu bergantung kepada pointer ijazah kelas pertama setiap U atau ditetapkan oleh PTPTN 3.75?
ReplyDeleteBergantung pada universiti masing-masing.Bukan PTPTN tetapkan..so boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik di universiti. sebab setiap universiti berbeza-beza.
Deleteassalamualaikum ingin brtnye..tips atau step2 ini boleh digunakan untuk semua universiti kah??
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteUntuk IPTA semuanya boleh..
Untuk IPTS ianya bergantung kepada Ijazah tu sendiri sama ada diiktiraf MQA atau tak..Kalau diiktiraf baru boleh...
Untuk diploma dan master tak boleh ye..hanya degree sahaja..
assalamualaikum. saya nak tanya.
ReplyDeletedalam tempoh menunggu keputusan pengecualian ni, kita kena bayar ke pinjaman kalau tarikh pinjaman perlu dibayar tu bermula?
contohnya, saya dah dapat surat daripada ptptn mengatakan perlu bayar bermula Mac 2014 dan sekarang baru nak uruskan salinan-salinan yang perlu untuk urusan pengecualian. kalau lambat dapat jawapan pengecualian tu dan jawapan yang kita terima tu bulan Mei. saya perlu bayar ke pinjaman bagi bulan Mac dan April?
terima kasih :)
Waalaikumsalam...
DeleteKalau menurut PTPTN memang dia akan suruh bayar dahulu selagi kita tak dapat kelulusan pengecualian bayaran...
Tapi ini pendapat sayalah (hope PTPTN tak marah, :-) )
Kelulusan pengecualian saya rasa paling lama pun 3 bulan...tak sampai setahun pun..jadinya awak tak perlu bayar kerana awak tak akan disenarai hitam pun...Biasanya sy tengok kawan kawan saya yang lebih dari setahun tak bayar apa apa baru disenarai hitamkan...
Bukan apa, kalau awak dah bayar..nanti bila awak dapat pengecualian awak kena pulak buat surat tuntutan bayaran yang awak dah buat...Then kena tunggu lagi duit masuk akaun...Lagi leceh..
Kalau awak tak buat bayaran apa-apa...nanti bila dah dapat surat kelulusan pengecualian...after that settle dah...no more hutang...and no more ptptn hutang kat awak...so settle di situ terus..
Tapi kalau awak nak bayar tak salah..ni cuma pendapat saya..hehe
Minta tolong..
ReplyDeleteSaya nak tanya awak boleh kasih saya satu contoh surat penegsahan tak? atau apa source yang tentang surat pengesahan ..Terima Kasih
Pengesahan apa ye awak..MQA ke..atau pengesahan ijazah kelas pertama..
DeleteBoleh emel saya directly
nissa_410@yahoo.com
saya nk tanya..sy grad 18.11.2013
ReplyDeleteso bru skrg nk buat pengecualian.sy bru perasan dlm syarat mesti buat permohonan pengecualian 12 bulan dr tarikh konvo..jadi boleh lg tak nk pohon pengecualian tu?/
Salam. Adakah ptptn memulangkan semula bayaran yg telah dibuat setelah permohonan biasiswa diterima?
ReplyDelete