Semalam kan cuti sempena Maal Hijrah. Selamat datang tahun baru 1434H. Apa azam uoll semua?
Ok balik semula tentang cerita Zoo ni kan. Actually semalam saya tak plan ke mana pun. Ingat nak duduk rumah jer. At last FIL call ajak ke Zoo Negara sebabnya family Along (kakak ipar saya) bawa anak anak nya ke sana. So FIL teringin agaknya nak pergi. Kami pun pergila bertolak dalam pukul 11am dari Tg Malim.
Sampai di Zoo Negara around 12pm lebih lebih gitu..
Tiket
Zoo Negara dibuka pukul 9am - 5pm.
Tiket masuk from Zoo Negara Website |
Gadis Kaunter. eceh. |
Hot papa! |
Bus Comel dalam Zoo
Harga bus ni Dewasa RM3, Kanak kanak lebih 2 tahun RM2.
Bus no plat ZOO 2 |
Dia akan bawa kita dari pintu masuk sampai satu checkpoint. Kat checkpoint ni boleh pilih nak berhenti atau nak terus jer duduk dalam bus.
Kalau tak berhenti kita hanya dapat tengok 20% je dari keseluruhan zoo ni.
Kalau nak turun berhenti jalanlah sukati korang berapa lama pun. Nak lawat 'kawan kawan' kat dalam ni.
Nanti nak balik pergi balik tempat checkpoint and boleh naik balik bus ni. Tapi makesure SIMPAN TIKET!
Satu bus kami conquer |
Animalia
Kita layankan gambar jerla yer
Si leher jinjang aka giraffe |
Bangau Oh Bangau |
Tengok tu ha ha ha ri mau datang! Tekun Aufa tengok harimau |
Garangkan? Aktif harimau ni ke hulu ke hilir. Yang kat Zoo Melaka asyik tidur dan nampak tua. |
Masuk air pulak nak sejukkan badan |
LEMBU. Takut Aufa time ni kotla ibu nak campak kan dia kat lembu. Tengok jeling semacam je |
Rhinoceros |
Zebra and giraffe |
Takut tengok badan Bull berketoi ketoi ni |
Penguin pun ada |
Banyak lagi binatang macam Unta, Monyet, Butterfly Park pun ada. Tapi saya tak pergi. Penat dah hoi!
Animal Show
Show ada pukul 11pm dan pukul 3pm. Patotnya buatla selang 2jam ye Zoo Negara.
Rehat time
Melawat Zoo ni memang penat kan.. Tambah pulak cuaca panas. So rehat la kejap sambil makan eskem. Kat dalam zoo ni ada booth jual makanan. Tapi harga memang la 'UP'.
Macam aiskrin 2 scoops ni lapan hengget ko tau.
Ada jugak disediakan bilik bilik kecil. Dalam bilik tu beraircond. Yerla kalau anak anak kecil meragam panas boleh masuk bilik tu. Maaf takde gambarla.
Takde pun rasa sejuk sejuk hutan tu
Cuba you all tengok gambar kat bawah ni. Nampak bumbung rumah orang kan?
Kesian kan haiwan kat sini :(
Ada yang betul betul dah nampak sebuah rumah dekat dengan kandang Tapir.
Bila agaknya Zoo Negara nak dipindahkan. Ada dengar ura ura tentang hal ini.
Bukan apa kesian kat haiwan haiwan ni.
Paling best dekat tempat harimau. Dia nampak garang sangat!Grrrrr. And cantik betoi bulu dia.
0 comments:
Post a Comment