Saturday, January 17, 2015

PhD kat UK pon kena ambil exam?

Assalamualaikum semua.

Hari pertama aku mendaftar di School of Math, The University of Manchester itulah kali pertama aku dapat tahu bahawasanya salah satu requirement untuk dapatkan PhD kene lengkapkan 100 jam credit kursus.

Sumpah diorang tak tulis dalam mana mana surat tawaran ke apa...Sv pun tak mention...

Nak menangis aku rasa time tu. Bukan sahaja kene ambil subjek. kena ambil exam pulak tu...dah tu kene lulus pulak...rasa nak balik Malaysia time tu juga..hah ni tipu!

Even kawan-kawan satu uni tapi lain school pon tiada requirement ni. Husband pon takde kene amik exam bagai..Sume pelik kenapa kau ada exam ya?

Hanya school math ni je spesial sangattt..eii nyampah mak..

Nak cerita ni aku baru je habis exam tiga hari lepas..syahdu nye la sebelum exam tu...boleh pula homesick nak blk mesia...padahal mak baru je balik tak sampai dua minggu..ada satu malam tu siap mimpi lagi yg mak masih ada kat UK.. mak tengah vacuum carpet kat tingkat bawah (mak memang suka vaccuum carpet).

Lagi satu requirement dia..untuk first year at least kena completekan 60 jam credit..the rest nak ambil bila bila pon boleh sebelum viva Phd.

So far first year aku dah lengkap 70+ credit..so paper yang exam 3 hari lepas lagi 30 credit..it should be the last paperrrr...kalauuu aku lulus...the problem is ...erm malas nak mention kang masin mulut...

Study math kat sini sangat susah...lain sangat cara pembelajaran math kat malaysia...kat sini banyak belajar teori..
kat malaysia banyak kira kira..kalau takpun 50-50...Sini teori lagi bnyk dari application...Asyik nak proof proof proof je...Maths is abstract. Kadang kadang aku tak nampak apa la yang dok proof proof ni..pening kepala...Ni orang math yang pening..kalau bukan buat Math lagila tak paham...Kalaula aku sebijak Einstein....arghhh..

Oh ya yang kene ambil course and exam ni bukan yang ambil math di manchester shj..ada 20 school of math di universiti serata Uk ni yang tetapkan peraturan macam ni.

Yes it is good actually. Sebab math ni tak macam bidang sains sosial...boleh baca n application dia libat manusia so kita nampak n boleh bayangkan..

Math is abstract so memang kena ambil class untuk mentapkan teori teori supaya boleh buat research. Tapi aku tak nafikan sedikit sebanyak kelas yang kita ambil membantu juga research..cuma masa tula kurang sikit..

Kalau kat uni ni kita boleh pilih modul apa yang kita nak ambil:

1)MAGIC

It is abbreviation for Math Access Grid Instruction and Collaboration.

Kelas magic ni ada 10 credit dan ada 20 credit. kelas  2 kali seminggu bagi 20 credit and 1 kali seminggu untuk 10 credit.

Kelas ni memang kelas dalam talian jarak jauh.dia ada system yang connecting dgn uni lain. Lecturer on air dalam video conferencing. Boleh nampak video uni lain juga..so memang ada satu bilik khas untuk kelas ni.

Exam best..take home exam. Boleh jawab dalam masa dua minggu..nanti scan jawapan n submit through system.

Ni aku bagi link dia..
maths-magic.ac.uk

Nota,nama student yang join,lecturer,universiti semua ada. Boleh je korang nak download nota dia.

2) Master class
Haa master class ni bnyk sikit creditnya 30 credit. Tapi kalau ko register untuk kelas ni memang ko jadi student masterla...kene g class..kene ada assignment...kene g final exam..

Kalau tgk memangla MAGIC lagi senangkan...tapi subjek yang ditawarkan MAGIC ada yang tidak bersesuaian dengan bidang kita..so kene ambil subjek Master...Ni macam kes aku la ni..Sengsara oiii ambil kelas master ni...

Dahla subjek last ni aku ambil dgn seorg Prof ni..asal aku g ladies je mesti dia ada...dahle asyik tanya aku ok ke subjek tu..apa aku rasa..everytime jumpa dia tanya ko tau...mak stress...seari sebelum exam pon jumpa..dia tanya dah prepare ke for tomorrow..lepas exam ni aku takut takut nak masuk toilet sebab aku jawab exam macam pehapa jeee. kang terserempak aku nak jawab apa...takdir aku memang selalu jumpa dengan dia di ladies.

Aku sebenarnya nak promot kawan kawan yang berminat nak buat research dalam bidang math mehle datang ke sini...best sangat tau kat sini...tak best tu part nak exam je...yang lain best...

Mehle meramaikan PhD Melayu kat school aku ni..Aku sorang je Melayu perempuan yang tinggal kat sini...Sian aku takdak kawan nak sembang puas puas luahkan perasaan ke.. tak syokle kalau nak luahkan perasaan ckp english..tak de feel gitu orang kata..

Kalau ada apa apa nak tanya feel free email je aku k..By the way bidang aku adalah applied math specifically numerical analysis..konon kena pro computing programme tapi aku tak pro lagik niha...bila nak pro pun taktahula..

doakan la aku jadi seorang yang mudah memahami ilmu ilmu Allah ni ye..ilmu Allah ni luas sangat.semoga apa yang aku belajar ni dapat dikongsikan dan dimanfaatkan sebaiknya sebagai bekalan buat aku nanti...

Wassalam




4 comments:

  1. Mak ai, mmg stress kalau kena ambil kelas.... siap ada credit hour lagi... baca pun dah rasa berpeluh, apatah lagi yg merasainya... Apa2 pun, semoga segalanya dipermudahkan :)

    Saya pun buat applied maths jugak, but not under school of maths... that why tak perlu ambil course kot...

    Hahhaa, boleh faham sgt bila kita sorang2 terkontang kanting kat school... sama lah saya pun... Dulu lagi lah, saya sorang2 jer yg gegirl dalam bilik tu.... Lagi lah malas nak bercampur gaul.. Tapi skrang dah ada dua org kawan org tempatan... adalah kawan utk bergossip... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak nur doakan saya yg baru merangkak ni.jauh lagi perjalanannya..mmg stress sgt ambil kelas n exam.

      Laa kak nur pon applied math jugak ke...hehe..sy tgk uni bradford takde dlm list 20 uni tu mungkin sbb tu takperlu ambil courses..so kak nur under school mana?

      Syokla kak nur ada kwn dah sekarang..saya masih menunggu juga kot kot ada org baru nak dtg ni...bilalah agaknya..

      Delete
    2. School of engineering and informatik...
      Walau tak dapat gossip dalam melayu, at least ada la juga kwn utk hilang sunyi :)
      Sebab tu asyik meroyan jer kat blog sendiri... Berkawan ikut blog pun jadilah :)

      Delete
    3. Oww lupa saya..kak nur bnyk buat programming kan..
      Tula kak..saya ni nak tulis blog pun malas..skarang ni kene rajinkan diri juga tulis..takut lupa experience kat sini :-)

      Delete