Wednesday, November 23, 2011

The Progress| 4 months 1 week

Sekarang Aufa dah berumur 4 bulan setengah. Tapi saya nak ceritakan di sini perkembangan Aufa ketika 4 bulan 1 minggu

- Aufa demam pada hari Selasa sebabnya hari Ahad (13/11/11) bawa Aufa ke kenduri lepas tu jalan jalan g Carrefour Shah Alam beli stroller Aufa. Mungkin sebab duduk dalam aircond saje, jadinya Aufa tak tahan kot. Sian anak ibu.

- Aufa dah lama dah boleh meniarap. Takde lagi terjerit-jerit seperti sebelum ni bila nak meniarap dan bila muka tertumus tumus. Sekarang ni setakat nak pusing badan nak meniarap kacang jerla.Letak jer terus pusing.

- Apa yang penting Aufa dah boleh pusing 360 degrees less than 5 minutes!!

- Aufa dah boleh tahan tangan untuk tampung kepala dia bile ditegakkan.

Dah makin besar anak ibu, sekejap jer..Rindu Aufa time baby baby dulu...

Thursday, November 10, 2011

Happy Belated 4 months old sayang ibu!

Cayang ibu nih dah besar, comel, manja.

Sayang ibu dah mula kenal orang. Kalau nak main dengan orang lain tak kisah asal ada ibu dan papa kat tepi. Kalau ibu dan papa takde siapla!!! Aufa jerit kuat kuat kuat gilerrrr...

cube teka aufa tengah tengok apa?
haaa tengok tu aufa tengok orang sembelih lembu
raya haji di umah onyang

aufa dah terror meniarap ang pusing pusing

masih sikit lagi rambutnya

happy smpi tutup mata

ni pun sama..comeyhnya

aufa ngn onyang

aufa with ibu n papa

This entry was posted in

AUFA 3 months old

Anak ibu dah pandai meniarap pap pap pap. Tapi bila dah meniarap sebelah tangan mesti bawah badan. Haha susah nak lepas. Dia menjerit jerit nak lepaskan tangan die.

Kepala pulak dah semakin keras. Bile meniarap sesekali angkat kepala. Sesekali dia tumuskan kepala dia dekat tilam lepas tu jerit jerit sebab lemas. Aduh anak ibu ni.

Bila di akhir tiga bulan dah boleh meniarap dengan cekap. Kadang kadang kita tidurkan die terlentang, tak lama lepas tu tengok dia tidur tertiarap!

Aufa jugak boleh pusing pusingkan badan dia 180 degrees. Tapi slow sikitla geraknye..




AUFA 2 months old


Kaki Aufa sangat kuat. Dia lebih suka berdiri, bukan dia berdiri sendiri yer tapi kita la yang dirikan dia. Kaki die tegap, keras. Tak mahu duduk. Nak berdiri jugak baru diam.

Di akhir umur 2 bulan, Aufa dah boleh mengiring ngiring. Dia nak mula belajar meniarap la tu!

The Birth 2

Ok kita sambung lagi pengalaman saya bersalinkan Aufa..

11pm , 7 Julai 2011

Ok,saya sampai jer UMRA dah pukul 11pm lebih.Hospital pun dah ditutup dah..Habis setelkan hajat, nurse bawa saya naik ker bilik. Bilik tu ada 2 katil. Saya dan husband yang conquer kedua-duanya haha. Jadi bilik tu kami yang punya!

Nurse tanya saya, Dr Ummul ada masukkan ubat induce tu tak? Saya kata takda..Then nurse keluar dengan muka pelik jer. Yang saya pulak tengah risau, camnela rasanya bila ubat induce masuk kejap lagi..Tak lama selepas tu, nurse masuk lagi. betul ke Dr. Ummul tak masukkan apa apa. Saya kata ada tadi ubat berak jerla...yang untuk induce takde..Then nurse senyum, dia kata sebenarnya Dr Ummul ada masukkan juga ubat induce sekali tadi. La yeke!! Patotla saya rasa tak sedap perut jer dr tadi. Padahal dah membuang habis dah..Rasa tak sedap tu macam rasa period hari pertama..Sengal jer tak selesa. Saya pun mengadu sakit sakit tak selesa kat husband. Husband pulak perli, oooo dah tahu masuk jer ubat terus sakit sakit yer..Tadi ok jer..

Bagus jugak Dr tak bagitahu awal awal kan..sebab kita ni kadang kadang emosi lebih..bila tahu jer dah diinduce, mulala saki sakit tak sudah..Patutla dr ada bagitahu saya sebelum keluar bilik.."Puan datang pukul 11pm yer.Jangan tak datang pulak tau". Mana tahu kot kot patient dia berubah fikiran, tak dtg hospital..naya jer terbesalin kat rumah pulak.

12am, 8 Julai 2011

Pada malam tu saya kira saya boleh lagila tidur dengan perut tak selesa tu. Walaupun terjaga jaga juga sebab every hour nurse cek bp la, ctg la...Husband pun terjaga juga.

6am, 8 Julai 2011

Then pukul 6am, Dr Karamjit datang cek bukaan..Dia cek bukaan punyala sakit.Bukaan stil 1-2cm. Aku memang tak leh tahan..yerla Dr ni memang besar orangnya..Then dia masukkan lagi ubat induce kali ke dua.
Selepas tu bermulala sakit perutku semakin kuat tapi contraction kuat tu takde lagi..Still macam senggugut jer...Hari pun dah pagi dalam pukul 7-8am, sy pun bersarapan roti and air milo.

9am, 8 Julai 2011

Dalam pukul 9am, Dr Ummul datang cek bukaan lagi..huhu baru 2,3 cm kot..Seboleh bolehnya sy taknak langsung tahu berapa bukaan sebab sy takut kecewa dengan rate bukaan serviks sy sendiri. Tengok! sekarang ni pun rasa kecewa sebab bajet dah buka 5cm...Then Dr Ummul masukkan lagi tangan dan di godek2. Aduh sakitnya. Tujuan dia macam nak cepatkan bukaan tu. Dia suruh pakai pad untuk tengok stain yang keluar. Dr jugak inject saya dengan pethidine. Dia kata ubat ni takkan kurangkan sakit but dia buat kita rasa mengantuk.

Start je pukul 10am, ha time ni baru contaction betul betul datang. Time ni pulak saya mengantuk sebab pethidine tadi. So bila contarction jer automatik saya terjaga.Then tertidur balik tanpa disedari. Then terjaga sebab contraction then tertidur balik.Macamtula seterusnya..

12pm-2pm, 8 Julai 2011

Pukul 12pm, sakit dah makin kerap..Dalam hati tak habis habis berzikir dan baca doa nabi yunus tu. Tapi kadang kadang ke laut jugak bacaan saya. Sebab nya saya mamai. Tertidur then bila jaga, eh aku dah baca sampai mana eh? Husband pulak kat sebelah saya jer, dia diam jer agaknya tak tahu nak ckp apa. Hanya tengok jer saya sakit. Bila sampai contraction tu akan sebut Ya Allah, smbil ketap gigi and pukul-pukul manja tilam. Haha sebab dengan cara tu saja yang saya boleh release the pain. Saya terlupa pulak nak suruh husband gosok2 belakang saya. Kalo tak adela dia kerja sikitkan dari memerhatikan saya jer..

Dalam pukul 2pm tu, memang sakit contraction dah makin kuat. Tapi saya rasa saya boleh tahan lagi. Sebab apa? Sebab mental juga. Sebelum ni saya selalu baca pengalaman orang lain bersalin. Sangat sakit ok. Dan saya rasakan sakit saya ni belum tahap yang betul2 sakit lagi macam pengalaman orang lain tu.  Jadi saya diamkan jer. Tapi mak mertua saya dah tak sanggup tengok saya dalam keadaan macamtu. Dia kata saya dah sakit sangat nampaknya tu. Then dia suruh husband saya panggil Dr. Ummul.

2pm, 

Lima minit kemudian Dr Ummul masuk dan macam biasala dia cek bukaan..Aduh time ni memang sakit. Saya pegang kot lengan Dr Ummul tu kuat kuat. Dia pun tak kisah kot agaknya sebab dah biasa kena macam tu. Kemudian dia kata, ok puan baru 6cm. Aduh!!kecewa lagi daku..Then dia godek2 lagi sekali pushhhh, air panas mengalir membasahi katil. Dr pecahkan air ketuban. Ok puan oleh masuk Labor Room yer.

Hah! Betol ker? Alhamdulillah alhamdulillah syukur syukur.


2.30pm

Sebelum nak ke Labor Room, aku bantai kelam kabut kat bilik. Hilang sakit sekejap wooo sebab dah upgrade bilik la katakan..Aku kelam kabut sebab ingat dah nak terberanak la kan..Kelam kabut bantai makan kurma banyak banyak, minum air banyak banyak..Konon nak kumpul tenaga kejap lagi..Haha. Nurse sampai bawa wheelchair, aku naik jer terus g Labor Room. tak sempat nak salam mak mertua ke, ayah mertua ker. Paling menyesal sekali aku terlupa pakai tudung! Aku naik ke atas bawa hp dengan kain batik satu..kain batik tula aku tutup kepala.Haha. Sebelum naik tu aku pesan husband siap siap bawa baju baby and pampers semua..

Berselisih ngn Dr waktu keluar bilik...Amboi senyum jer dia yer dah nak bersalin...Maybe awak bersalin aroud 6pm or 7pm. Itu ramalan Dr. Aku angguk kan jer..Aku menganggap ramalan dr tu 1hour=1cm.

3.00 pm

Bermula la episod kesakitan yang teramat dan tak tertanggung rasanya untuk menahan contraction. Oh sakit yer..Setiap kali contraction automatik kaki aku akan terkangkang macam nak beranak tu. Nurse terus datang dekat puan tahan....jangan teran........and tolong tutupkan kaki aku lagi. Then contraction datang lagi, aku mengangkang lagi, nurse tolong tutupkan kaki..Semua ni automatik ye bukan saje saje..Sebab nye memang rasa nak terberak!

Then aku pikir selagi aku terbaring  macam ni memang setiap kali sakit aku terkangkang. Macam mana nak atasi ni yer.. Aku tanye nurse kalo saya mengiring ok tak? Haa ok puan mengiring ke kiri boleh kurang kan sakit. Lepastu dia silang silang kaki aku ntah macam mana ntah kerana bila kita dalam posisi macamtu boleh kurangkan sakit. Then it works! Tahanla sikit takde la aku keje nak mengangkang jer kan...

3.30pm

Contraction makin kuat, memang rasa nak terberak sangat sangat. Disebabkan aku mengiring tu takdelah kaki terkangkang tapi korang tahu apa aku buat? Aku pergi tutup bontot ngan tangan..Haha, sebab aku fikirkan yang aku nak terberak sangat sangat so aku g tahan bontot.Motif? Supaya dapat tahan dari terberak..Hahahaha.

Tengok jam didinding baru 3.30pm. Nak tunggu pukul 6pm? Ya Allah memang rasa tak mampu. Perkara yang paling susah bagi aku adalah menahan diri untuk tidak meneran bila dtg contraction.

3.45pm

Then ckp kat nurse saya memang dah tak tahan sangat dah ni. Memang rasa nak terberak. Nurse terus panggil Dr. Malangnya Dr Ummul dah balik. Mungkin dia bajet aku bersalin pukul 6pm.

Jadinya seorang Dr perempuan india yang datang buat check VE. Bila dia check, serviks dah fully dilated 10cm. Ya Allah, syukur tak sampai sejam dalam Labor room dah fully 10cm. Disebabkan teruja lebih, terus hilang sakit. Dr kata take your time...pukul 4.30 pm kita push betul2. Dalam hati, eh boleh praktis praktis dulu eh nak meneran. Tapi tak sampai 4.30pm pun,

4.10pm

Nurse pasangkan semua alatan alatan. Gantungkan kaki aku. Pasang itu ini, then bermulalah episod meneran. Lega tau once tahu dah boleh meneran. Erm aku apa lagi datang jer contraction terus meneran.
Susah juga nak meneran ni. nafas kena panjang.

Then Dr gunakan Vaccum..Akhirnya lepas berkali kali teran Aufa selamat dilahirkan around 4.38pm. Terus Dr letakkan Aufa atas badan aku.. Badan Aufa berlendir ketika tu and dia menangis tak henti henti. Aku tak cium die pun, sebab aku speechless and bingung. Haha.

Tapi sampai sekarang aku musykil, kenapa aku terpaksa guna vaccum untuk keluar Aufa. Aku pun tak tanya Dr sebab proses sakit aku tak lama pun aku dah rasa bersyukur sangat. Malas nak bebel lebih lebih.

4.40pm

Nurse bersihkan Aufa then letakkan Aufa kat dalam box yang warm tu.Aku n husband tengok jer Aufa ketika tu Aufa senyap jer and she got my dimple..Dalam pada yang sama aku dijahit but tak sakit langsung since dibius and tengah tengok baby sendiri. Alangkah indahnya saat tu. Hope this moment aku dapat rasainya lagi...

Postnatal experience

Alhamdulillah aku pun selesai dijahit and Aufa pun telah dibawa keluar ke nursery.

10minit kemudian, aku terasa sakit sangat sangat kat tempat episiotomy tu. Mula mula boleh tahan lagi, lama lama aku dah tak sanggup nak tahan. then nangis nangis mintak bius lagi. Nurse tak berani bagi bius lagi. Terus panggil Dr. tengok tengok ada bleeding kat dalam ok..Terpaksa buka balik jahitan dan Dr bersihkan kat dalam. Then jahit semula. Time ni Dr dah bagi pethidine lagi.Aku memang tertidur terus sampai habis proses.

Jahitan episotomy aku panjang ok. Aku tanya dr but dr macam kias kias taknak jawab Ok fine, biarlah aku tak tahu nanti tension pula. Bleeding sebb aku bersalinkan Aufa through vacuum kan. After that aku mengalami hematoma. Hematoma tu bengkak di tempat episotomy tu...

Aku pulang ke bilik dalam pukul 7.10pm macamtu. Lepas tu aku tak ingat apa dah aku tidur jer..Anak ntah kemana husband pun aku tak peduli...

Bangun semula pukul 12pm...time tu baru teringat baby..

Tak lama lepas tu nurse hantar baby ke bilik..Ya Allah masa tu aku macam tak percaya dah ada anak ok. Terima kasih YA Allah atas nikmat ini.

Itulah pengalaman aku bersalinkan Aufa. Alhamdulillah mudah segalanya cuma bab postnatal tu jerla but thats only small matter.Yang penting semuanya dah selamat...


This entry was posted in

Wednesday, November 2, 2011

The Birth 1

Assalamualaikum wbt.

Ok dah tamat cerita pasal kehamilan Aufa, sekarang saya nak cerita pula detik2 kelahiran puteri saya tu.

Aufa dilahirkan pada 8 Julai 2011, 7 Syaaban 143, hari Jumaat pada usia kandungan 40bulan 3 hari. Aufa lahir menjangkaui EDD. Saya berdebar debar sejak minggu ke 38 lagi sebab nak rasakan tanda tanda bersalin tu macam mana. Tapi saya tak mengalami sebarang contraction kuat pun. Setakat sakit pinggang dan Aufa yang menendang nendang tu adalah.

5 JULAI 2011

EDD jatuh pada tarikh ni. Pada hari tersebut, saya tetap pergi ke klinik kesihatan dan doktor memberikan lanjutan 8hari lagi. Jika dalam masa 8hari tak bersalin saya kene induced. Bermula hari tu, saya tak lena tidur malam,konon konon nak rasa tanda bersalin tu. Tapi yang membuatkan saya terjaga bukannya sakit nak bersalin, cuma tak tahan nak terkencing sahaja. Hehehe.

6 JULAI 2011, 5pm

Saya menerima sms dari suami, menurutnya dia akan dihantar bekerja ke Korea Selatan selama dua minggu bermula hari ahad 10 Julai 2011. Ya Allah, saya sedihnya tapi dalam hati tetap berdoa supaya majikan suami bertimbang rasa terhadap kami. Suami kata, esok (7 Julai) dia bincang lagi dengan majikan. Mohon gantikan dia dengan pekerja lain.

7 JULAI 2011

Pagi
Saya pergi beli sarapan roti canai sebab teringin sangat.Heheh.Suami masa tu dah pergi kerja (Shah Alam)
Dah kenyang, saya prepare barang barang saya, barang barang baby untuk dibawa ke Pahang. Saya nak berpantang di Pahang lah, sebab suami saya takda.

Tengahari
Suami telefon, dia kata kena pergi Korea jugak. Saya redha dan saya dah dapat agak pun keputusan ni.

Petang
4.30pm, saya bertolak ke Shah Alam. Kami berdua dah setuju nak induced sahaja. Orang kata induced tu sakitnya berganda2, saya kene cekal. Saya kena hadap juga sakit macam mana pun sebab saya taknak bersalin suami takda kat sisi.
8.00pm, jumpa Dr Ummul ( agak lewat sikit sebab Dr ada case).

Saya: Dr, saya ni dah overdue 2hari. Saya nak induced

Dr: Ok biar saya cek dulu ye.Ok baring dan angkat kaki.

Saya: Eh, Dr nak cek apa? Cek 'bawah' ke? [ saya cuak ]

Dr: Iye, mesti kene check puan. Saya nak tahu bukaan macamane. Jangan risau. Tak sakit tapi puan kene relax.

Saya : [ mode pasrah + malu + takleh relax ]

Dr: Okey puan, bukan baru 0.5cm. Hari sabtu atau ahad ni kite induced ye.

Saya: Eh Dr. Saya nak induced MALAM NI jugak! Boleh ke Dr?

Dr: Kenapa?

Saya: Ahad ni suami saya nak pergi Korea.

Dr: Ok, boleh. Saya masukkan ubat buang najis yer dulu yer. Malam nanti datang balik pukul 11.

Hehe, yes! Dr bagi induced. Yea yea. Suka sangat!
Kemudian Dr Ummul scan perut saya. Ketika itu saya dah tak boleh fokus apa yang dr cakap. Yang saya ingat dr kata berat baby 2.5kg. InsyaAllah senang nak bersalin baby just nice. Dr cakap lagi bla bla bla.

Saya: Dr saya dah tak tahan dah ni nak ke toilet!

Dr: Oh ok ok ( dia berhenti scan). Nanti datang balik pukul 11 yea!Jangan tak dtg!

Saya: Ok Dr, tq!

Saya terus turun katil, pakai selipar berlari mencece ke tandas. Suami kene tinggal dalam bilik Dr. Sakitnya perutttku. Lama jugak saya dalam tandas.20minit ada kot.

Selepas tu saya balik ke rumah kakak suami di seksyen 15 Shah Alam. Kat sana, saya memang duduk dalam tandas je. Sakit perut tak berkesudahan.

Nak bersalin pun dah give up sebab sakit perut. Camnala nak tahan sakit bersalin kalo sakit perut macam ni pun dah takleh tahan. Saya takut!

Rasa macam dah ok sikit, tapi perut tu still rasa cam nak period.Kemudian saya mandi dan solat isya' dan solat sunat.

Pukul 10.50pm, saya turun dari rumah kakak iparl. Rumah kakak ipar saya adalah apartment jadi sesampai je saya kat kereta saya sakit perut balikk! Nak naik atas balik macam buang masa jer. Jadi saya tumpang tandas surau. Memulas-mulasnya perut saya.

Habis buang hajat, saya masuk ke kereta balik. Tenaga saya dah tinggal separuh je kot. Sob sob sob. Suami pun bawa saya ke hospital UMRA.





Nanti kita sambung lagi dalam The Birth 2 yer!

Jumpa lagi!

This entry was posted in