Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Friday, April 5, 2013

PTPTN : Bagaimana nak dapatkan bayaran ansuran yang dibayar sebelum ni bila pinjaman dah waive?

Bismilahirrahmaniraahim...
Salam semua!

Ok kita cerita pasal PTPTN lagi kali ni but this is the last one..Lepas ni I dah takde deal dengan PTPTN lagi..InsyaAllah..

Sebelum ni kan aku tak dapat penukaran pinjaman kepada biasiswa kan sebab polisi pihak atasan dah kata begitu..Cerita ada di sini.

So jadinya aku dah bayar la hutangku setiap bulan once dah dapat kerja..

Tapi alhamdulillah akhirnya ada rezeki aku dapat pelepesan pinjaman pada October 2012.

..So bila dapat pelepasan ni aku nak tuntut balik duit ku walaupun nak banyak tapi cecah 4 angka juga.

Ingatkan bila dapat surat pelepasan tu PTPTN akan automatikla bagi duit tapi nan hadoo...

Jenuh tunggu 2,3 bulan sebab aku kan sabar sangat tak contact PTPTN. Bukan apa bila call je memang tak akan dapatla bercakap sebab queue nak bercakap tu lameeeeeeee...habis credit handset ku.Kadang kadang kene tunggu 20 orang lagi dalam talian. Kene queue tau!

Sebelum ni ada ANJUNG FORUM PTPTN boleh tulis mesej di situ. Tapi sekarang sudah tiada kene guna button Maklumbalas kot..Lupa dah. So aku tanyala kat situ, alhamdulillah PTPTN bagi jawapan yang sangat bernas!

Rupanya daku kene juga menghantar surat ke PTPTN mohon pulangkan bayaran yang dah bayar tu..Sertakan juga

1) Salinan surat penukaran pinjaman kepada biasiswa
2) Salinan buku bank (pilihla mana mana bank yang korang prefer)

Aku hantar surat dalam 1 Mac 2013.

PTPTN pulangkan semula bayaran pada 1 April 2013. PTPTN tak bagi notice pun saja nak check duit tetiba ada rezeki Allah nak bagi.

p/s: Alhamdulillah duit tu dah guna buat pendaftaran IELTS.Hehehe
sesape nak contoh surat tu bolehla emel ku..nanti aku bagi softcopy terus k.

Till then,
Salam

Thursday, November 1, 2012

Tips : Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ok kepada mereka yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Ingat jangan anggap uoll dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer..Uoll WAJIB buat permohonan..Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat yer;
  • uoll mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • uoll mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda 
    • jadi untuk diploma, master ke tak layak ye
  • uoll punya ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA

Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI

    Makesure uoll buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita  
    kepada biasiswa. Yerla takkan tetiba bagi borang sesaje kan. Adanya surat ni memudahkan pihak 
    PTPTN buat rekod. If kita nak call PTPTN untuk tanya apa-apa senang sebab surat kan ada tarikh. 
    Senang nak retrieve apa-apa.

2. BORANG AKUAN PELAJAR

    Borang ni boleh didownload dari website PTPTN.
    Klik sini atau pun boleh juga klik sini --> Borang Akuan
    Dah download silalah isi yer
    Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP

    Satu salinan Ijazah Sarjana Muda
    Satu salinan transkrip
    Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat anda belajar.
    Jangan pulak ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak 
    boleh!

4. LAIN-LAIN

    Jika dalam ijazah anda tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', perlu ke bahagian Akademik universiti 
    dan mohon surat yang menyatakan anda adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
    Tapi kalau memang dah tertulis didalam sijil tu tak perlu mohon surat yer.

    Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan   
    Malaysia (MQA).

5. HANTAR PERMOHONAN

    Boleh hantar by pos or by hand ke alamat

                                         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,

OFF JALAN SEMANTAN,

DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob - Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)


Ok macam kes saya;
29 Jun 2012    - hantar surat permohonan ke PTPTN
Ogos 2012      - dapat surat dari PTPTN yang menyatakan dah terima surat saya dan permohonan  
                          akan di proses
Oktober 2012  - dapat surat persetujuan untuk tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
    

So, uoll jangan lupa hantar yer! Semoga berjaya!

p/s : nak tahu macam mana nak mohon balik lebihan bayaran yang sudah dibayar kepada PTPTN?
Boleh klik sini



PTPTN : Pengecualian Bayaran bagi Ijazah Sarjanamuda Kelas Pertama

Saya adalah peminjam PTPTN yang bermulanya perjanjian antara saya dengan pihak PTPTN pada Julai 2005. Semasa taklimat, pihak PTPTN ada menyatakan bahawa tiada lagi pengecualian bayaran bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama.

Walaupun dah dinyatakan camtu syaratnya saya tetap buat pinjaman dengan PTPTN. Sebabnya:
1- Saya adalah pelajar B.Ed maka JPA tiada sediakan scholarship untuk B.Ed
2- Scholarship yang banyak adalah KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia - kontrak 5 tahun jadi guru)
    dan juga KPT ( pensyarah di politeknik )
3- Saya taknak bond dengan mana mana pihak sebabnya saya punya aim nak sambung master and phd
    terus.
4- Saya bukan anak orang kaya yang mak bapak saya mampu nak tanggung pengajian saya 4 tahun. Kalau
    mampu sekalipun saya kasihankan mereka.Saya ada empat orang adik lagi yang masing masing sedang
    belajar.

Alhamdulillah, setelah empat tahun belajar, saya mendapat keputusan yang cemerlang. Itu memang target saya. Setiap semester saya pastikan saya capai target saya ni.

Apabila saya mula bekerja, saya mula membayar ansuran PTPTN.

Sehinggalah bajet 2010 dibentangkan, PM menyatakan peminjam yang meminjam SEBELUM Julai 2005 dan tamat pengajian SELEPAS  1 Januari 2010 akan mendapat pelepasan bayaran balik jika mendapat Ijazah kelas Pertama.

Saya adalah peminjam PADA Julai 2005 dan tamat pengajian pada Mei 2009 maka saya TAK LAYAK.

Sedih sangat masa ni. Ianya memang TIDAK ADIL!! Kecewa betul dengan bajet 2010. Start daripada hari tu saya tak pernah bayar PTPTN sebabnya saya rasa GERAM dan ini tak adil bagi saya.

Bayangkan kami semua adalah peminjam dan masing masing struggle nak dapatkan ijazah yang baik tapi hanya mereka yang meminjam dalam tempoh masa sekian sekian sahaja yang diberi pengecualian. Bukan sikit tau. Basic pinjaman saya RM28K belum masuk kos perkhidmatan 3%.

Ini tidak adil! tidak adil! tidak adil bagiku! (ekh lagu Yuna pulak)

Saya ada nyatakan hal ini di FORUM Anjung PTPTN. Ramai lagi yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka di sini. Sudah dua tahun pihak PTPTN nyatakan benda yang sama berulang ulang kali. Takda berita baik pun untuk kami yang  tertindas ni.

Namun Jun 2012 lepas, barulah orang orang berkenaan ni buka mata sikit kot hal ni. Akhirnya semua peminjam tak kirala dia meminjam start julai 2005 ke dan bergraduat sebelum oktober 2010 ke, semuanya diberi pelepasan jika mendapat ijazah kelas pertama.

Saya terima berita tu dengan rasa syukur sangat.

Terus buat surat, hantar sijil dan transkrip semua ke PTPTN.

Dan 2 hari lepas.....
Saya terima ni!



PTPTN dah bersetuju tukarkan pinjaman saya kepada biasiswa!




Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh.Syukur Ya Allah..Syukurr.

Cara-cara nak buat permohonan boleh klik sini :-)
This entry was posted in