Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Tahniah wahai adinda Hayani Mirza!

Assalamualaikum semua dan hai hai

Teruja sikit nak bercerita ni.

Adik bongsu saya si Hayani tu dapat 5A dalam UPSR yang diumumkan kelmarin!

Tu tengok tu siap ada gambar pegang sijil taw. Hayani sebelah kanan
 Rugi dulu i masa darjah 6 tak tangkap camni


Ha sekolah dia ada 4 orang dapat 5A.
Calon UPSR ada 11 orang je. TAK PERCAYA? PercayalahhhhH...

Ioll terkezut tau..Bukan I jer terkezut. Semua adik beradik I terkezut. Haha.

Ini mungkin berkat doa mak dan ayah yang tak jemu jemu mendoakan dia akhirnya berjaya juga dapat 5A.
Itula doa tu sangat sangat pentingkan...Tambah tambah doa ibu memang mustajab!




Tapi I ada pesan untuk dia..

Yani,
UPSR ni hanya permulaan jer. Banyak lagi nak kene tempuh lepas ni. Semoga Yani lepas ni menjadi orang yang lebih rajin belajar lagi, lebih matang, lebih berdikari.
Semoga Yani jadi anak yang membanggakan mak dan ayah ye.


Note:
Budak budak zaman skang ni hadiah nak mahal mahal jer. Ada ke mintak hanpon Samsung Android. 
Tak sampai setahun pun belikan dia Samsung Champ dulu. Janji taknak beli hanpon lain dah..

I pon pakai hanpon nokia cikai jer. Beli harga RM200 je kowtttt.

Update:

Yani dah kena petir kedabommmm ngn Kak Chik dia sebab nak beli hanpon. Kak Chik memang garang cam singa. Yani memang takut ngn Kak Chik dia. Hikhikhik

Kita tunggu update nya nanti sama ada mak ayah belikan tak dia hanpon tu..I rasa macam diorang akan belikan..Haila anakkk zaman sekarang.

Latest Update:

Hayani dah beli dah henpon baru Samsung Galaxy Ace.

Friday, December 30, 2011

Bye 2011, Welcome 2012

Lagi sehari saja lagi kita bakal menjengah ke tahun 2012, cepat kan masa berlalu.

Umur saya pun dah meningkat ke angka 26. MasyaAllah makin banyak angka nya tu. Macam tak percaya.

Alhamdulillah, saya dah ada suami tahun 2010.

Tahun ni dapat rezeki paling besar, saya dah ada anak sorang, Aufa.

Semua tu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk saya. Syukur yang tak terhingga saya kepada Pencipta saya kerana sentiasa memurahkan rezeki walaupun tak banyak yang saya beri untuk Dia. Sentiasa alpa dan leka. Selalu buat salah. Iman pun kadang kadang naik turun.

Saya nak cuba perbaiki diri saya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Saya nak jadi anak yang sentiasa berbakti kepada orang tua saya.

Saya nak jadi isteri yang solehah.

Saya nak jadi ibu yang mithali.

Saya berharap tahun 2012 nanti Allah mempermudahkan urusan pembelajaran saya dan suami sampai ke peringkat phD.

Saya berharap agar suami saya dapat menjadi tenaga pengajar di UPSI.

Saya berharap semua orang yang saya sayang diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Kalau nak tulis harapan dan doa tu banyak. Cukupla rasanya saya coretkan yang ni saja.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.