Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Raya Ogos...satu update untuk satu bulan terus

Assalamualikum wbt and hai..

Hoho..nampak gayanya memang satu bulan sekali jerla aku buat new post...
Seriusly minat nak menulis tak datang...semangat tu ada...tapi nak susun ayat tu jadi fed up end up tak tulis terus..

Since masih dalam Syawal lagi, nak juga cerita pasal hari raya tahun ni...Raya kali ini mungkin raya kali terakhir aku sefamily beraya di Malaysia for next three years. Raya pertama aku mengikut giliran beraya di Hulu Bernam rumah in law..Raya ke-2aku balik Pahang sampai raya ke-5. Raya ke-7 sampai raya ke-10 mak ayah aku balik Tanjong Malim.. 

Aku setiap kali raya pun besederhana je tak kiralah dari persiapan baju ke kuih ke..Aufa pun takda lebih-lebih..kasut raya pun takda pakai je kasut Nike yang tiap tiap hari pakai tu..Di hari raya pun takdelah raya sakan kuar pagi balik malam..banyak juga duduk kat rumah je..lagipun ada anak kecil kena ikut timing tidur dia..kalau tak sengsara kita dibuatnya. Sebab Aufa kalau mengantuk dia akan jadikkkkkk sangat lasakk.

Pagi raya pertama @Hulu Bernam
Sorang tiada, Hazmie menuntut ilmu ke Yaman

Kami bertiga..
Aufa genap 2 tahun waktu ni tapi dah 3 kali sambut raya

Ni semasa raya ke-4 baru tangkap gambar family 
My sister, Nasuha was missing in action. She's in Adelaide.


p/s: Kalau tengok tema baju raya dua dua belah family aku ni lebih kurang sama ekkk?
Padahal tak pernah nak discuss pun..Masing-masing beli je masing-masing punya baju..
Pagi raya baru perasan tone warna hampir sama..

Korang takyah tanyala napa dua dua gambar baju sama? Aku buat dua je baju raya ye..so aku baju raya pertama aku recycle pakai balik raya ke-4..Atee..nak jimatt!



Alahai tak larat dah nak tulisss pepanjang...Next post la aku cerita lagi yer..huehue..

Friday, September 7, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H

Assalamualaikum semua,

Rasanya macam dah terlambat kan nak ucapkan Selamat Hari Raya.. ( Memang dah terlambat pun tak payah la rasa rasa lagi).

Tapi omputih kata better late than never. Still dalam bulan Syawal lagi kira ok lettew!

Tahun ni raya pertama kami di Pahang sebab tahun lepas dah beraya di Tanjung Malim.

Tapi tak cukup korum, adik saya di Australia tak balik.

Sambutan raya bagi orang dewasa macam saya ni biasa biasa jerlah.. Yang penting menziarahi kaum keluarga terdekat. Itupun ada lagi rumah sedara tak pergi.. Huhu.

Dan tahun ni kami raya bertiga..Eh tahun lepas pun raya bertiga jugak ~,~

Baru saya perasan saya tak pernah beraya berdua dengan husband.

Kami kawen pada raya ketujuh syawal 1431H, then 1432H Aufa berumur 2 bulan, saya betul betul baru habis pantang. Dan tahun ni 1433H Aufa dah setahun sebulan.

Eh, Aufa baru setahun dah 2x sambut raya eh???

Papepun, saya dan family mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

my family
belakang dari kiri : hayani ( adik bongsu), humairah ( adik saya ketiga) , wafiy ( adik no 4) , papa Aufa, saya, Aufa
hadapan : ayah dan mak saya

keluarga kecil kami!
ibu dan aufa baju sama auww