Saturday, May 6, 2017

Resepi Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum semua...

Ni first post untuk tahun 2017 rupanya.

Terabai rupanya blog selama 5 bulan dan walaupun 5 bulan telah berlalu saya rasa sekejap sangat. Itulah zaman sekarang ni, masa sama sahaj 24 jam tapi rasa makin tak cukup.

Okaylah Nisa sebenarnya nak share 1 resepi kuih yang menjadi kegemeran Nisa. Sebab bila duduk di UK ni kuih puteri ayu antara kuih yang orang tak jual tak macam karipap, kuih bakar, dan kuih kuih yang lain.

Sebab apa?

Sebab terus terang Nisa cakap kuih ni sangat sensitif!

Salah sikit boleh bantat. Korang tahu bantat tu apa kan?

Disebabkan terlalu rindu nak makan kuih ini Nisa pun gigih jugalah buat kuih ni dan alhamdulillah percubaan kali pertama terus berjaya.

Nasib baik kali pertama berjaya..Kalau tak mesti dah giveup.

Sebab ada juga kadang-kadang bantat. Resepi semua dah sama tapi bantat. Sebab apa? Sebab dia sensitif kadang kadang tak tahu apa puncanya.

Nisa selalu buat jualan kuih ni dekat Manchester. Tapi sekarang jarang dah buat sebab tenaga yang dikeluarkan untuk buat kuih ni tak padan dengan hasil jualan. It took a lot of time nak siapkan kuih ni walaupun bancuhan dia boleh siap in 5minutes je..tapi nak pat kelapa dalam mould then nak kukus lagi...penat sangat rasa.

Okaylah Nisa share resepi di sini ye. Ini resepi yang Nisa gunakan untuk buat jualan kuih puteri ayu.

RESEPI KUIH PUTERI AYU
Sumber : http://kerjasendirijb.blogspot.co.uk


Ni kuih puteri ayu yang Nisa buat sendiri. Gebu kan?



Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 ½ sudu kecil ovalett
2 sudu besar pewarna hijau
2 sudu besar perisa pandan
kelapa parut putih (tak mahu hitam) - (Nisa guna dessicated coconut fine - brand NATCO)
sedikit garam halus 
sedikit tepung jagung



Cara-cara
  1. Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
  2. Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
  3. Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
  4. Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu. kerjasendirijb.blogspot.com
  5. Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak . ( Sebab Nisa guna kelapa parut kering jadi Nisa basahkan kelapa kering dengan air agak agak shj + garam + tepung jagung + microwave 3 minutes)
  6. Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
  7. Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
  8. Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
  9. Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih seri ayu.
  10. Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
  11. Siap!


Okay resepi ni Nisa sertakan bersama tips juga ye sepanjang pengalaman membuat kuih puteri ayu. Nisa rasa tips ni yang sangat berguna..Nisa dah try and error banyak kali kuih ni. So take note ye semua.


  • Jangan simpan adunan dalam peti sejuk. Lepas bancuh adunan terus kukus.
  • Jika simpan di peti sejuk, then bila kukus adunan bantat. Confirm!
  • Hati hati dengan wap air, jangan bagi ianya terjatuh ke atas kuih. Nanti bantat.
  • Gunakan pengukus traditional yg macam macam nenek nenek kita dulu.
  • Jika guna steamer electric tak berapa jadi.
  • Api hendaklah besar dan air betul betul mendidih.
  • Masa pukul gula+ovelette+ telur tu, pukul hingga kembang. Bukan kembang sedikit sahaja tapi perlu kembang betul. Adunan akan likat bila dia betul-betul kembang.
  • Ovelette tu hendaklah diisikan penuh mengembung satu sudu, bukan sudu rata ye.



0 comments:

Post a Comment