Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Monday, October 5, 2015

The roses were blooming during the summer time!

Assalamualaikum wbt.

Bila dah tahun kedua duduk di sini (read: 4 seasons country), barulah daku tahu bahawa bunga yang akan keluar pada musim bunga adalah bunga bunga yang berbatang lembut (bukan kayu) dan benih dia dari keluarga bawang contohnya tulips.

Bunga bunga berbatang kayu seperti bunga ros akan keluar pada musim panas. Ni semua dari pemerhatian aku ye..kalau salah mohon betulkan.

Jadinya masa musim panas tempoh hari banyak sangat roses yang blooming..

Cantik nyeee..

Kebetulan backyard garden ni memang ada pokok bunga ros.

Bukan aku yang tanam tapi tuan rumah ni yang tanam dulu-dulu.

So kali ni kita layan bunga apa yang keluar masa summer

Tak tau bunga apa.

Ni namanya bunga ros macam kelopak bunga raya. Haha sorry tak tau nama scientific



So sweet pinky roses


Rose merah gelap

Selain roses, bunga hydrangea pun banyak juga semasa summer.

Lagi satu kat belakang umah aku ada apa? Ada pokok strawberry maa.. tapi kami tak makan sikit je strawberry tu sebab tak pandai nak jaga buah dia..kebanyakannya di makan ulat..


Tangan Aufa nak memetik strawberry. Photographer pulak tangkap gambar gegar..Grr

Manis juga buah strawberrynya
Selain buah strawberry ada juga buah lain..Ada tiga lagi jenis pokok buah..Huish ni semua tuan rumah tanam dulu...Dia memang suka gardening..

Next entry nanti aku tunjuk pokok apa ye..

Tapi janganla expect pokok

DURIAN,

MANGGIS &

RAMBUTAN.

So far durian pernahla rasa kat sini..Itu pun ihsan kawan-kawan.. Diorang beli and buat bubur durian..Rambutan dan manggis aku mampu telan air liur je sebab mahal bangat..Maklumla cheapskate sangat I nih!





Sunday, May 10, 2015

Gardening Part 1

Assalamualaikum wbt..

Saya ni orangnya takdala hardcore gardening. Mak ngn ayah saya iya. Mereka memang orangnya.
Dari kecil lagi mak selalu suruh saya cabut rumput dalam pasu..Bersihkan lumut lumut yang hinggap di batu bata. Gemburkan tanah..Trim pokok bunga kertas..Siram bunga..dan etc

Tapi saya suka..

Masa kecil kecil dulu memang banyak masa sangat masa sampai taktahu nak buat apa dah. Zaman tu ayah memang tak pernah belikan game ke apa..komputer pun tiada. Kartoon kat televisyen pun hujung minggu je ada..Itupun takdela setiap masa. 

Rumah sewa saya sekarang ni backyard dia sangat luas. Pastu owner dia suka gardening agaknya so dia banyak meninggalkan tools for gardening dan pasu pasu beraneka jenis..

Masa mak saya datang ke Manchester haritu kitaorg ada pergi ke Christmas market.. Ada satu gerai tu dia jual pelbagai jenis bulb bunga. Saya ingatkan mahal. Sekali dia bagi satu palstic bag dan isi la banyak mana pun sampai penuh harga only 5 pounds!!

Mak saya sangat teruja ok! Dia ambil banyak sangat jenis (dia lupa agaknya bunga ni susah nak tanam di Malaysia, huihuihui). Sampai penuh sangat beg plastik tu. 

Kalau beli di pasaraya satu paket je dah 1 pound


Ni separuh yang masih tinggal..Lagi separuh mak bawa balik Malaysia. Kalaulah luggage mak muat agaknya semua dia bawa balik!


Ni lah bulb bunga. Macam bawangkan.

Saya memang niat dah lama sangat nak tanam bunga bunga ni. Rumah sewa lama dulu tak da kelengkapan. Pasu pun takda. Tak berbaloi pula saya nak beli pasu baru sebab saya bukannya tinggal di sini selamanya.

Jadi saya ajak anak dara saya ni gardening...

Most of the work memang Aufa yang buat. Saya sebagai emak jadi mandor sahaja. Sampai penatla Aufa haritu sekerat jalan buat kerja masuk rumah minta nak susu botol.. Habis susu sambung balik gardening...Kesian kecik lagi dah kena buat kerja buruh :-p

FIRST STEP
Put the soil into half of the pot








SECOND STEP
Arrange the bulbs on the soil
(Yang ni saya kene pantau sebab dia main susun sesuka hati dia)




















THIRD STEP
Sprinkle the soil back to cover the bulbs




LAST STEP
Water the soil and bulbs lightly







-THE END-

p/s : Nanti saya tunjukkan kat next post apa dah jadi dengan hasil tanaman Aufa ni..Stay tune!!