Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Review: Laguna Redang Island Resort

Hi, assalamualikum semua..
Kali ni saya nak review satu resort kat Pulau Redang. Sebabnya saya selalu baca org g Redang duduk kat chalet. Memang ramai dah post pasal chalet chalet di Redang tapi untuk sesiapa yang ada anak dan mahukan keselesaan sedikit bila berkunjung ke Pulau Redang, bolehlah take note pasal resort ni ye.

Sebenarnya saya pergi ni dua tahun lepas waktu HONEYMOON..acece..dah berkurun baru nak cerita ye dak? Cerita dah basi :-(. Tapi saya bukan nak cerita pasal honeymoon saya yer just nak review pasal tempat 
ni.

Sesiapa yang nak g sini guna airplane korang bolehlah mendarat di Airport Kuala Terengganu.
Kat situ akan akan bus Laguna Redang yang jemput anda untuk bawa ke jeti. Kalau tak sure pukul berapa dalam airport ni ada kaunter resort ni. G jer situ n jangan lak berat mulut nak tanya.
Harga rm36/pax (return tiket) - eh rate skang saya tak tahu yer

Bus akan bawa kita ke JETI MERANG. Kalau sesiapa nek kete boleh terus je ke sini.
Jeti nye buruk jer. Janganla korang bayangkan cam Jeti Lumut ngn Jeti Langkawi tu.

Ni feri Laguna Redang. Kat sini setiap tempat penginapan ada private boat/feri yer.
 Korang takleh naik sesuka hati. Waktu saya sampai sini baru saya tahu.

Oldschool kan jeti nya.Hehe

Ada banyak boat- boat chalet persendirian . Korang jangan naik salah boat pulak.
Tapi jgn risau sebab Laguna Redang dia guna feri tak guna boat.
Seram jugak kalau guna bot sebab perjalanan ke Pulau Redang mengambil masa 45minit.

Ha dah sampai pon..ni la jeti Laguna Redang Island Resort. Dekat pulau ni takde jalan darat yer.
So setiap bot tu dia memang hantar terus ke chalet / resort yang anda menginap.
Tak perlu nak sewa kereta/van dah.

Ha nilah dia ferinya. Kecil jer. Sepanjang perjalanan berdengung jer rasa telinga ni and badan bergetar jer. Tengok tu bag bag korang dia letak atas boat tu jer..Open air ;-)

Daripada jeti resort tadi dia akan angkut kita naik 'ketapi' ni sampai lobby hotel

Sampai dah di lobi..Pihak hotel akan bagi free drink..Sedap gila air dia..Air asam boi campur limau kot.

Ok dah boleh check in mohle kita terjah bilik.
Kat sini ada banyak jenis bilik :
standard room, deluxe garden room, deluxe pool room, duluxe sea room, premier room dan suite

ni pulak dalam bilik deluxe sea room. cume akunya bilik dia bagi katil king terus.
 tv masih pakai tv besar tu.  flat skrin takdak

Ok ni bilik kami. Mengahdap laut

Ada veranda gitew. Laut nye cantik sangatttttttt. Subhanallah!

Dapat buah-buahan dari resort

Inilah bilik kami jenis Deluxe sea room

Yang ni pulak jenis bilik Deluxe Pool Room. Cantik jugakk


Jom kita jalan-jalan cuci mata sekitar resort nih

Dari lobi resort nampak pemandangan ni cantik sangat2. Laut biru. Pasir yang halus.

Ni scenery dari bilik saya. oH ya pantai ni private yer..sesiapa yang menginap kat Laguna Redang je mandi sini. Sebab tu terjaga dan bersih.

Bangunan yang bumbung bercirikan minang kabau tulah terletaknya lobi hotel dan restaurant
Tengoklah tu tourist mak aih bukan main lagi. Nasib baik mata I tak ketumbit.

Pasir kat sini halus gila.putih.bersih

Cantik sungguh ciptaan Ilahi. Dulu selalu berangan nak pergi pantai yang cantik camni.
 Bila dah sampai rasa macam mimpi.

Saya selalu jugak berangan nak g pantai yang ada tempat duduk tersusun dengan payung payung ni. 
Nak bersantai la konon tapi panassssss tak sanggup mak nak meng-sunburn-kan kulit ni

Ni matahari nak naik dalam pukul 6.50pagi. Sunrise giteww
Tengok tu dah ada orang dah kat tepi pantai


Disebabkan kat sini takde pengangkutan nak jalan-jalan kan. So banyak juga aktiviti yang telah disediakan oleh pihak resort. Macam snorkelling, diving, fishing trip, kayak, jungle trekking, beach volleyball and etc You all leh pergi kat recreational centre kat resort ni and tanya price. Diorang akan arrange kan semua nya.

Saya pergi ke sini through packages yang hotel ni sediakan. Pakej akan berbeza tertakluk apa yg hotel tetapkan. Macam saya saya ambil pakej 3D2N, 
includes;
- deluxe sea room
- ticket ferry return
- breakfast, lunch & dinner
- snorkelling 2x di deep sea
- snorkelling 1x di Taman Laut Redang

Taman Laut Pulau Redang. Tempat di dijaga baik punya. Air sangat clear. 

Kat sini boleh snorkelling. Tengok tu dah boleh nampak batu karang dari atas lagi.

Ada disediakan perkhidmatan tangkap gambar dalam air. Nanti dah balik hotel boleh claim gambar ni.
Tapi mahal lah..just dapat softcopy gambar jer. satu gambar 5 hengget. 

Kelat hitam nye muke I. Tengoklah tu ikan penuh keliling kami.

Kat hotel ni disediakan makan 3 kali sehari. So mmg makan kat hotel jerla tak ke mana pun. Nak cari kedai makan lain susah sikit kene jalan kaki kat hujung pantai untuk g makan kat tempat makan chalet lain. So better korang book meals sekali senang koje. Takyah pikir banyak banyak.

First night tu tema makan adalah BBQ.


Ada satey 

Ada kambingg. Ambil punya banyak lepas makan terus rasa pening -pening

Chicken grill, sosej, jagung

Sotong pun ada. Kopok lekor takleh tinggal yerlah dah g ganu mana leh lupa kepok lekor

Udang dan kepah

Malam malam ada jugak le nyanyi nyanyi tapi aku tak lepaks sini pun. Kat sini ada bar jual licour. 
And tak pahamnye nape la orang islam bertudung yg jaga bar tu. Kotla tourist order liquor kau yg kene serve..Adehhh...

Tips:

Oh ya lupa nak gtaw sesampai korang kat lobi time nak check in korang kene gtaw taw nak balik trip ferry kol bpe. Tak silap aku ada 2 trip satu pagi and satu lagi tengahari. So pilihla mana mana berkenan.

Dekat resort ni ada jugak dijual sorvineur tapi mahal lah. Better beli kat Jeti Merang je nanti.

Ok itu je kot review saya pasal resort ni. So sesapa nak ke sini bolehlah rancang awal awal yer. Laut dia sgt cantik..

Bye!


Wednesday, November 14, 2012

Review : Impiana KLCC Hotel & Spa


Assalamualaikum semua,

Kali ni saya nak buat review sikit tentang Impiana KLCC Hotel & Spa.

4 Bintang bintang

This is four star hotel and dan terletak betul betul di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Rate hotel ni untuk superior room starts from RM 248 ++.  Tips yang bole saya beri kat sini buat reservation through hotel punya website sebab harga lebih murah. Kalau booking contohnya from agoda harga nya mahal rm1++

Lobi yang luas serta cantik

Lokasi

Sangat dekat dengan Kuala Lumpur Convention Centre. Kira opposite jer dalam 80 meter kot..Boleh jalan kaki 2 minit sampai. Masuk masuk je KLCC terus jumpa Aquaria.

Hotel ni salah satu tempat yang mana dihubungkan oleh Bukit Bintang-KLCC Pedestrian Walkaway Bridge. So setakat nak ulang alik KLCC, Pavilion, mall sekitar bukit bintang boleh jalan kaki jerla. Dari Impiana ke Pavilion almost 10 minutes jugak jalan kaki sebab saya bawa anak. Kalau jalan laju 5 minit buleh sampai da kot.

This bridge if fully covered and ada air-conditioned. Memang selesa la.

Dalam bridge ni ada penunjuk arah so takkan sesat.
Picture taken from here

Room

Saya duduk di Twin deluxe room. So bilik yang lain taklehla nak komen panjang panjang. Keluasan bilik ni luas tapi takleh lawan dengan bilik yang saya stay di Dorsett Regency KL.

And please cakap kat receptionist nak bilik yang di depan..Kalo dapat bilik belakang harapannya menghadap bangunan sajelah.

Telefon ada sampai dua!

Sesuai untuk bussines traveller sebab nya ada meja nak buat kerja and ada lampu meja lagi.

Lantai timber floor. Saya kurang gemar lantai macam ni sebabnya satu sejuk sikit and mudah terasa habuk. I prefer carpet.

Iron board, iron, pengilap kasut, shoes extender, bathrobe, peti simpanan, tea maker semua lengkaplah. Sama macam 4 star hotel lain cumanya shoes extender dan pengilap kasut tu baru jumpa.

Tengah skodeng ape tu cik abang?

View from window
Ini budak kecik ada bussiness manyak besarr wooo.. Takdela kerja lain asyik main telefon saje.
Ada pillow service. Satu kelainan juga. Macam macam pillow ada. Saya tak guna pun service ni takut kang tukar pillow lain tak sedap pulak. Pillow yang dia sedia bagi memang dah empuk betul.













Bathroom


Bathroom pun lebih kurang ker dengan 4 star hotel lain. Ada bathtub. Tu yang penting. Cuma nya toilettries macam shampoo, lotion, shower cream dia bau macam ubat. Tak wangi.

Cafe

Kat sini main cafe dia adala Tonka Bean Cafe. Makanan variety. Macam macam tapi tak larat pun nak makan semua. Harga breakfast pun tak mahal sangat dalam rm30 ++ ( ini kalau kes breakfast tak disertakan dengan bilik) .

Untuk dinner pada hari Ahad harga nya akan lebih murah RM 48++. If Friday and Saturday RM88++.

Cafe ni besar dan luas juga.

Waiter and waitress dia peramah sangat.

View of Tonka Bean Coffe House
image from Impiana website

suapkan si comel berhud merah

 Another facilities

Pool ada di tingkat 4. Even pool nye kecil jer tapi its infinity pool dan nampak view KLCC. Best sangat.

Spa pun ada di tingkat 4.

Gym pun sama

infinity pool oyeah

janganla serius sangat nak oii..perut bun bun


ibu dan aufa reflection on mirror

klcc separuh view from pool

with papa
Depan impiana ni ada hotel baru bukak. 5 stars kot. Pool dia cantik gilers.


Before balik kene capture gambar dalam mirror.
Aufa geram la ngn papa ni. Tarik tinge sketttt.


Anak dara sungguh sunggu berlari kat lobi mentang mentang luas.

Overall, saya nak komen, best hotel ni sebab dekat dengan Pavi, KLCC. So tak perlu nak sewa taxi atau nak drive kereta. Kira dah jimat di situ kan.

But bilik ni sejuk sangat. Even waktu malam kami dah tutup aircond still sejuk sampai ke tulang coz ada ruang bawah pintu maka air-cond dari luar masuk. Lagipun floor dia bukan carpet so mungkin tu salah satu sebabnya.

Interior dia cantik..Semua bunga are fresh flowers. Lobby pun luas and cantik!