Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Flashback 2012

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua..

Haii dah bape hari bulan dah masuk 2013 ni baru sebok la ko nak cite pasal 2012 khenn..
Orang len nak cite ko pun nak cite jugak..Haha biaqpila den nak cite jugak..Tak kira! Kalau takde orang nak baca biarla jadi kenangan buat den niha..Ni lagi setengah tahun confirm den dah lupa dah cite cite ni..Baik tulis at least ada lah reminder. Ye dak?

2012

Tahun lepas (bunyi macam dah lama je kan) alhamdulillah tahun yang boleh dikatakan biasa biasa jerla..Banyak lagi hajat yang tak tercapai actually tapi takpe kita boleh continue untuk this year plak kan..As long as masih bernyawa ni boleh jerla sambung sambung azam tu every year (orang yang TAK tercapai azam macam nila gaya cakapnye hehe)

Ok ok tahun lepas alhamdulillah aku dapat convo Master akhirnya..Cuma nye sedih kalau ikutkan hajat tu nak konvo sekali dengan suami tersayang kita tu tapi apakan daya tak dapat mungkin ada hikmahnya kan. Its ok this year pulak dia konvo insyaAllah...

And aku terbebas dari hutang PTPTN akhirnya..Yang ni memang syukurrr sangat. Terasa beban hutang ni memang berat sangat..

Anak makin membesar alhamdulillah..Sorang tu jerla..Takde yang lain lagi.

Tapi tahun lepas mungkin tahun melawat Malaysia lah bagi aku..Memang berjalan jalan jer..Kadang kadang tu insaf dah cakap oklah after this STOP makan angin sebab terlampau penat tapi lepas tu ada jer plan nya..Kalau plan bukan dari husband, dari parents. Kalau tak dari parents, plan dari family Along (my kakak ipar). So mananya tak asyik berjalan jer..

22 Januari 2012
G Sg Klah. Mandi manda kat situ. Gambar takdak sebabnya ramai sgt orangnya haih..Aufa pon takut nak mandi. Pasaipa pun taktau.

13 Februari 2012
Hantar adik aku yang kedua Nasuha ke Australia. Eh tapi hantar sampai ke KLIA jerla takdelah ke Australia kan. She further her study at Uni of South Australia, Adelaide. Bakal pharmacist le gamaknya nanti. Lama gila bertapa di KLIA dari kol 3 petang kot sampailah 9 malam camtu.



19 Februari 2012 - Port Dickson
Ada family day keluarga bapa mertua kami. So menginap di PD World Marina Resort



Teluk Kemang, Port Dickson



21 Februari 2012 - Operation ganglion kat left hand wrist
Dapat coti sakit 2 minggu..Hoyeahhh!Tapi sakit jugak ingt minor operation tak sakit.Huhu

 


25 Februari 2012 - Hubby birthday Celebration
Surprise utk husband tersayang celebration kat Dorsett Regency Hotel, KL. KL je ponn malas g jauh jauh.Tidur la sana semalam.





10-11 Mac 2012 - Ke Batu Pahat dan Melaka
Ada Walimatul urus nak attend. Kat BP tu kawan husband masa belajar kat Germany dan kat Melaka tu anak kawan papa semasa menunaikan haji. Kami tidur kat rumah sepupu husband kat Melaka.



7 April 2012 - Bandar Baru Bangi
Kak Pija wedding (my cousin)



10-12 April 2012 - Singapore
Ok first time Aufa g over-the-sea. Nak tau cite boleh ke sini.

10-13 Jun 2012 - Aufa admitted di DEMC Shah Alam
Cerita ada di sini

Kesian nya anak ibu ni



30 Jun 2012 - Wet World Shah Alam
Boring punya pasal, Wet World Shah Alam pun jadila kami terjah

JULAI and AUGUST - rehat sebab puasa and raya kan...

16 September 2012 - Impiana KLCC dan Aquaria
Anniversary perkahwinan ke 2. Citenye boleh klik sini

28-29 September & 1 Oktober 2012 - Langkawi
Ceritanya ada di sini dan sini

Dalam flight ke Langkawi


4 Oktober 2012
My birthday celebration di Zam Zam Restaurant Shah Alam
Otw ke Shah Alam tayar kereta meleTOP sebab terlanggar apa ntah tengah jalan. Terpaksa tunggu peronda lebuh raya nak tukar tayar sebab nya keadaan masa tu bahaya sangat. First time stranded tepi highway waktu malam gelap plak tu dengan anak kecil nye.Kecut perut wooo kereta lori laju laju..


21 Oktober 2012 - My Convocation dan atuk meninggal
Atuk meninggal hari yang sama aku konvo. Gembira plus sedih bercampur campur. Sebelum atuk meninggal ni pun dah ulang alik banyak kali ke Raub. Esoknya baru kami balik ke Raub ziarah pusara atuk. Memang tak sempat jumpa. Al fatihah buat arwah atuk.

15 November 2012 - Zoo Negara
Sumpah ni pertama kali aku datang Zoo Negara yer.

1-2 Disember 2012 - Lumut dan Teluk Batik
Actually nak attend kenduri anak kawan lama ayah yang almost 20years tak jumpa di Teluk Batik. So last minute plan nak tidur sana so bilik hotel sume penuh yerla cuti skeolah kan. Akhirnya dapat jugak bilik di Lead View Hotel Manjung. Pukul 1pagi booked through Agoda.

Aufa dan maksu Yani


22 Disember 2012 - Genting Highland
Actually g genting memang tak dirancang..Bangun bangun tidur jer rasa nak jalan jalan. Husband memang ok jer kalau bab berjalan ni. So g genting sebab tak jauh sangat n takyah bayar TOLL. Angkut adik aku dua orang pergi. Just main-main kat Indoor jer.

And the lasttttt vacation bagi tahun 2012 ni memang betul betul akhir tahun dah...

30 Disember 2012 - Bukit Tinggi Resort Pahang
Haaa yang ni plan Along jugak..This is my second time datang sini..Yang lain sume first time..

Fuiyooohhhh bila dah list banyak jugakla yer...Ni kira balas dendam ni tahun 2011 memang kami sefamily tak kemana pun berjalan. Betul tak tipu ni..Dengan aku tak sihat sebab mengandung (mabuk sampai 7 bulan) then bersalin then berpantang then anak kecik lagi so 2012 balas dendam lah yer..

 Ni jerla suka duka aku sepanjang 2012. Nampaknya banyak yang suka yer..Yang duka pun ada jugak tapi aku dah tak ingat sangat dah its just a small matter. Life memang macamtula kan ada ups and down. Yang penting selalu berdoa agar hidup kita seharian dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. AMin..

BYE

Tuesday, September 25, 2012

16.09.2012 Our 2nd Anniversary

Yes! Its been 2 years we are married! Alhamdulillah. Betul betul rasa sekejap sungguhlah 2 tahun tu berlalu.

So we all ( baca: kami bertiga je) celebrate anniversary di Keyell yo!Haha takdela jauh sangat sebab I iz malas la nak travel jauh2..Buang masa penat duduk dalam kete jer..Eh duduk dalam kete pun penat ke? Eh mestilah, I ada  kanak kanak riang yang duduk dengan I and perlu dijaga every second.Fuhh...Lap peluh jap. If naik flight pun penat jugak nak g airport awal dua jam then nak check in, hangkut barang barang, tunggu flight then dah sampai destinasi nak kene naik teksi jugak..Aiyooo tengok kan dah termengeluh pulak.

Ok ok sambung balik..
So kami celebrate di KL saja kan senang.only 1 hour from TGM.
Booked Hotel Impiana KLCC sebab senang sket nak jalan jalan.
Tapi kami bertolak from TGM pun dah lambat dalam kol 1pm camtu sampai pukul 2pm check in hotel
Hehe bestnye sekali sekala duduk hotel kan..Saja nak manjakan diri.

Then dalam pukul 4.30pm turun bawah nak g Aquaria, KLCC. Hehe dekat je dalam 500meters from hotel..Kami jalan kaki jer ke KL Convention Centre.

Tiket masuk Aquaria is RM35 ( if ada mykad ).
For foreigner RM45
Below 2years  free la
Quite expensive jugak kan..Tapi I faham.. untuk maintain kolam dan harga ikan bukannya murah ye dakk?

Dalam Aquaria tu I ambil pakej tangkap gambar dalam tunnel yang ada ikan jerung tu..
Pakej RM35 jugak dapatla 1 piece gambar besar and another 4 pieces kecik kecik je.

Oh ya before kita masuk Aquaria tu ada jugak orang ambil gambar kat entrance. That pakej pun RM35 tapi I tak amek..Tak kuasa pula nak bayar RM35 untuk gambar lagi. Gila ke nak spend RM70 for pictures je. Dah sama macam harga tiket masuk kami berdua.

Dalam Aquaria tu ada pekerja dia akan beri makan. So time makan ni dah ditetapkan. You all boleh tengok feeding time dia kat official website Aquaria.

Then around 6pm kami keluar dari Aquaria. Aquaria tu takdela besar mana ok. Satu pusingan tu sekejap je..Oklah tu takdela penat kaki nak jalan kan...Singgah Kenny Rogers, tapau makanan bawa balik. Eh ada rezeki lebih kami di Kenny Rogers..Kami order 3 meals..Then cashier tu terlupa nak key in lagi satu meal..So that kami bayar 2 meals jerla..Alhamdulillah rezeki sebab cashier tu malas nak key in balik kot sebab banyak lak prosedurnya..

Oh malam tu we all cadangnya nak dinner la kat hotel ni tapi tukar plan g Pavilion. I was impressed uoll sebab nye now KL dah ada bridge hubungkan Bukit Bintang to KLCC. So hotel hotel and mall yang berada di antara laluan tu akan dihubungkan. It is covered bridge with air-conditoned. Pheww..Its COOL babeh! Hubby belanja I office coat and jacket for Aufa. For hubby? Erm takdepapun for him. Tapi hotel I yang belanja. Kira present for him la tu...

Balik around 10.15pm. Kena balik awal sebab pintu hotel yang connected to bridge tutup pukul 11pm. Aufa awal awal lagi tertidur sambil I duukung dia (my husband actually tak sihat sangat, so we all gilir gilir dukung Aufa). (padah tadak membawa stroller)

Sampai je bilik I order nasi goreng Thai from. Price + Tax RM30. Sedap ke nasi goreng tiga puloh hengget tu? Erm biasa jer...But we got new experience lah. Before ni bila menginap di hotel tak pernah order any food from room. So this was our first time.

Kejadian nye camni yer.. Boleh jugak jadikan pengajaran for others..
Bila bell berbunyi , I terus menyorokla kan.. Not la menyorok bawah katil ke ape just sorokkan diri supaya orang kat pintu tak nampak I. I kan tengah freehair nnti husband marah taw. So bila I dah nyorok nyorok tu , my husband bukak la pintu, then terus waiter tu masuk dengan makanan-diatas- tapak-tangan-beliau-dan- diangkat-tinggi-mencecah-bahu-masuk-ke-dalam-bilik-kami. Uoll boleh bayangkan tak ???

I was so surprised terus masuk bawah selimut. Nasib baik waiter tu jalan tegak je memang tak pandang kiri kanan. My husband pun terkejut time tu sebab bukak je pintu dia tak kata apa apa trus masuk jer.. Ok I faham itu memang prosedurnya kot sebab yerla i kan MELAYU, biasa nak masuk bilik orang mesti mintak permission kan..Manala tau jadi camni. Haha kampung betul taw we all.Nasib sempat I menyorok and nasib baiklah I pakai baju proper. Kalo dibuatnya pakai tuala jer. Acanerrr???

So malam tu we all tido sejuk gilerrrrrrr kot even aircond dah tutup. Sebab nya pintu ada ruang kat bawah dia so aircond dari luar masuk..Macam ada kat Europe pulak rasanya.

Esok macam biasa, g breakfast then g pool hoyeah!! I tak mandi macam biasala tukang jaga barang and tangkap gambar ~,~

Going back to TGM 11.30am.

Berakhir sudahla cerita sambutan ulang tahun kedua perkahwinan kami. Hehe nothing special. Just a simple ocassion. No candle light dinner bagai nanti Aufa tu pegang lilin tu pulak tak ke naya jari melecur. Haih nauzubillah jauhkanlah segala menda yang mencederakan sayang I tu.

Oklah, yang penting, I minta doa kalian semua doakan kami terus bahagia hingga ke JANNAH yer.

AMIN~~~