Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, April 5, 2013

PTPTN : Bagaimana nak dapatkan bayaran ansuran yang dibayar sebelum ni bila pinjaman dah waive?

Bismilahirrahmaniraahim...
Salam semua!

Ok kita cerita pasal PTPTN lagi kali ni but this is the last one..Lepas ni I dah takde deal dengan PTPTN lagi..InsyaAllah..

Sebelum ni kan aku tak dapat penukaran pinjaman kepada biasiswa kan sebab polisi pihak atasan dah kata begitu..Cerita ada di sini.

So jadinya aku dah bayar la hutangku setiap bulan once dah dapat kerja..

Tapi alhamdulillah akhirnya ada rezeki aku dapat pelepesan pinjaman pada October 2012.

..So bila dapat pelepasan ni aku nak tuntut balik duit ku walaupun nak banyak tapi cecah 4 angka juga.

Ingatkan bila dapat surat pelepasan tu PTPTN akan automatikla bagi duit tapi nan hadoo...

Jenuh tunggu 2,3 bulan sebab aku kan sabar sangat tak contact PTPTN. Bukan apa bila call je memang tak akan dapatla bercakap sebab queue nak bercakap tu lameeeeeeee...habis credit handset ku.Kadang kadang kene tunggu 20 orang lagi dalam talian. Kene queue tau!

Sebelum ni ada ANJUNG FORUM PTPTN boleh tulis mesej di situ. Tapi sekarang sudah tiada kene guna button Maklumbalas kot..Lupa dah. So aku tanyala kat situ, alhamdulillah PTPTN bagi jawapan yang sangat bernas!

Rupanya daku kene juga menghantar surat ke PTPTN mohon pulangkan bayaran yang dah bayar tu..Sertakan juga

1) Salinan surat penukaran pinjaman kepada biasiswa
2) Salinan buku bank (pilihla mana mana bank yang korang prefer)

Aku hantar surat dalam 1 Mac 2013.

PTPTN pulangkan semula bayaran pada 1 April 2013. PTPTN tak bagi notice pun saja nak check duit tetiba ada rezeki Allah nak bagi.

p/s: Alhamdulillah duit tu dah guna buat pendaftaran IELTS.Hehehe
sesape nak contoh surat tu bolehla emel ku..nanti aku bagi softcopy terus k.

Till then,
Salam

Thursday, November 1, 2012

Tips : Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ok kepada mereka yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Ingat jangan anggap uoll dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer..Uoll WAJIB buat permohonan..Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat yer;
  • uoll mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • uoll mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda 
    • jadi untuk diploma, master ke tak layak ye
  • uoll punya ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA

Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI

    Makesure uoll buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita  
    kepada biasiswa. Yerla takkan tetiba bagi borang sesaje kan. Adanya surat ni memudahkan pihak 
    PTPTN buat rekod. If kita nak call PTPTN untuk tanya apa-apa senang sebab surat kan ada tarikh. 
    Senang nak retrieve apa-apa.

2. BORANG AKUAN PELAJAR

    Borang ni boleh didownload dari website PTPTN.
    Klik sini atau pun boleh juga klik sini --> Borang Akuan
    Dah download silalah isi yer
    Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP

    Satu salinan Ijazah Sarjana Muda
    Satu salinan transkrip
    Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat anda belajar.
    Jangan pulak ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak 
    boleh!

4. LAIN-LAIN

    Jika dalam ijazah anda tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', perlu ke bahagian Akademik universiti 
    dan mohon surat yang menyatakan anda adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
    Tapi kalau memang dah tertulis didalam sijil tu tak perlu mohon surat yer.

    Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan   
    Malaysia (MQA).

5. HANTAR PERMOHONAN

    Boleh hantar by pos or by hand ke alamat

                                         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,

OFF JALAN SEMANTAN,

DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob - Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)


Ok macam kes saya;
29 Jun 2012    - hantar surat permohonan ke PTPTN
Ogos 2012      - dapat surat dari PTPTN yang menyatakan dah terima surat saya dan permohonan  
                          akan di proses
Oktober 2012  - dapat surat persetujuan untuk tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
    

So, uoll jangan lupa hantar yer! Semoga berjaya!

p/s : nak tahu macam mana nak mohon balik lebihan bayaran yang sudah dibayar kepada PTPTN?
Boleh klik sini