Showing posts with label MSc. Show all posts
Showing posts with label MSc. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Tamatlah Cerita Sarjana dalam rumah tangga daku

Assalamualaikum wbt and hai semuaaa!

Wahh rasa lamanya tak tulis blog. Hati meronta ronta nak coretkan sesuatu kat sini tapi apakan daya kadang kadang tu malas, bila ada semangat banyak kerja pulak. So hari ni takleh nak tangguh lagi dah.

Well, my husband almost menamatkan pengajian sarjana kejuruteraannya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tinggal one step lagi yakni nak buat hard cover thesis dia. Then hantar ke pusat pengajian fakulti dan cerita sarjana  akan tammattt maybe hujung minggu ni. Insha Allah.

Disebabkan cerita sarjana dah hampir tammat dalam kehidupan rumah tangga kami..cewahhh..( yerlah khen dah bape tahun dah asyik cite pasal master jer..start daripada aku buat master then sambung ke suami pulak), maka selepas ini cerita PhD mula akan berkumandang dalam rumah tangga kami ni ha..

Bukan niat nak sambung PhD untuk menunjuk nunjuk jauh sekali nak riak sebab title Dr. tu tapi demi kerjaya dan masa depan keluarga kami, aku kena teruskan. Itu memang dah termaktub dalam perjanjian aku di UPSI ni.

So from now on, misi mencari tempat, contact supervisor, buat proposal, masuk meeting nak sambung belajar and the list goes on and on...Aku takleh nak tangguh lagi dah sebab kat jabatan aku ni tinggal aku sensorang jer tak pergi belajar lagi..sobs sobs..Kawan kawan yang lain lama dah tinggalkan aku..So by this year aku mesti kena tinggalkan Tanjung Malim tercinta ni untuk pergi menuntut ilmu Allah yang sangat luas itu. Ini salah satu wishlist aku tahun ni tau!

Banyak yang perlu aku fikirkan sebelum further PhD ni and the thing yang paling penting husband mesti sambung sekali. Biarlah orang kata dua dua belajar bz sangat..anak sapa nak jaga???Tapi ada jer orang yang berjaya kan..It is POSSIBLE ape. Orang lain boleh, aku pun boleh jugee. No?

Doakan saya dan suami berjaya yer, dipermudahkan segala urusan fid dunia wal akhirat..Amin

Till then,
Bye and salam!




Friday, November 2, 2012

Konvokesyen di UKM

21 hb Oktober lepas adalah hari graduasi Master saya.

Layan gambar jerla yer. Malas mau cite panjang-panjang.

Right after keluar dari DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak)

Orang kuat dibelakang ku. Tanpa mereka takdanya aku kat sini

Kenapa Aufa nak tanggalkan sandle?

Cantik. Eh!

Thanks suami yang banyak membantu untuk saya habiskan pengajian ni.

Tq sebab hadir. Terharu datang dari jauh nak hadiri konvo saya.
Adik lelaki saya terpaksa bekorban dtg even lagi 2minggu nak SPM
Adik saya Humairah pun semangat dtg dari Asasi UIA naik komuter even esok ada final exam.
Eh Aufa ni memang serius je dlm gambar. Pasaipa?

Ha gigit topi ibu yer. Tak sempat bukak lagi dia dah tarik tarik

Permata hati saya

Konvo kali ni lain. Tak sama dengan degree. Dulu saya sibuk sibuk dengan kawan kawan. Kali ni sibuk dengan anak. Alahai ko anak...

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya sebab menyokong saya dan mendoakan saya. Buat suami saya, terima kasih tolong saya dan bnyk fahami saya.Walaupun saya habiskan master agak lambat atas beberapa sebab tapi akhirnya berjaya jugak habiskan..

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan...


Nota kaki:

Semasa saya di dalam DECTAR, suami mesej saya, atuk  (ayah kepada ibu mertua saya) di Raub baru meninggal dunia. Alfatihah untuk arwah atuk semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman.

This entry was posted in