Showing posts with label growth. Show all posts
Showing posts with label growth. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Aufa sudah 1 tahun 10 bulan 5 hari

Assalamualaikum semua,

Blog ni memang dah terabai kan. Bila Aufa beralih umur baru ada posting baru..Mungkin niat adakan blog ni pun sebab Aufa..Itu pun sebenarnya saya nak post pasal Aufa tepat umur dia 1 tahun 10 bulan pada 8 Mei lepas. Tapi asal nak update blog rasa bersalah pulak sebab lebih baik saya buat kerja lain contohnya study untuk IELTS.

Alhamdulillah kemarin saya dah ambil test IELTS tu so hari ni tak perlu study.Yeay! Result tak tahu lagi tapi rasa macam tak dapat nak achieve band yang saya nak tu :-(. Tula siapa suruh tak fokus. Pinjam buku dari library bukan main banyak tapi tak sempat nak study semua. Masa banyak tapi banyak buang masa. Hah apekah ayat ni. Hope fahamla yer.

Ok lah ni lari tajuk sudah...

Aufa tak lama lagi dah nak dua tahun..cepatnye masa berlalu.

Sekarang ni kehendak nak main tu bukan boleh dihalang lagi. Kalau di bawa ke playground tak kan nak balik selagi tak puas dan penat. Kalau balik tapi tak puas main, Aufa menangis bagai nak rak..pastu protes baring dalam kereta. Masalahnya bukan baring kat atas seat, tapi kat bawah seat. Eeee kotor..Kalau ditarik dia ke atas..dia beratkan badan dia taknak bangun.

Eh dah pukul 6 lebih dah..Saya patut balik rumah sekarang..oKlah Bye!



Monday, April 8, 2013

1 tahun 9 bulan

Assalamualaikum wbt.

Hari ini genaplah Aufa berumur setahun sembilan bulan takpun dalam kiraan bulannya 21 bulan.

Yeap sudah 21 bulan Aufa hadir dalam kehidupan kami. So blessed! Alhamdulillah.

Masih bercakap dalam bahasa baby.Eh! yeke bahasa baby?Bukan kot boleh dikatakan bahasa yang dia je sorang paham apa bendenya. Takleh lagi nak bercakap dalam 3 patah perkataan. Satu patah bolehla...
Nak..susu..jom..acihhh..dap(sedap)..abu(ibu)..papa..opah(tiru upin ipin)..akak(ni pun tiru upin ipin jugak)..duduk..atuk..sebut nama sendiri pun dah pandai..Auuuufa!

Kebanyakan perkataan bermula huruf A lebih mudah untuk dia sebut.

Hobi tumpahkan air susu dalam botol(susu baki dia minum tak habis) atas meja tv dan paling haru buat ibu rasa nak ngamuk suka tumpahkan atas carpet...

Bayangkanlah atas carpet tu! sebab rumah ku kat ruang tamu fully carpet..so bila dia tumpahkan satu kerja la pulak ibu terpaksa spray air kat mana dia tumpahkan dan lap guna kain.

Habis bertompok tompok putih carpet ku even dah basuh basuh sikit guna air..

Kadang kadang penat kat dapur, tengok tengok kat depan penuh susu sana sini.

Speechless sungguh rasanya..tapi terjerit jugak Ya Allah Aufa!( insert nada jerit dengan kuat di sini) dia terus lari lintang pukang (ha part ni kelakar).

Oklah meh tengok sini gambar Aufa yang latest

riadah waktu petang @rumah atok kg baru A.
yang boboy gambar last tu sepupu sebaya Aufa.
tua 4 bulan dari Aufa. his name is Afiq

ni gambar semalam tengah asyik tengok tv
gambar atas no 3 tu ibu suruh dia berdiri sekejap posing
then duduk balik..mula cangkung pastu duduk pastu terus dua dua tangan naik
hoi dekat nye ko ye anak tengok tv..

ha ni pagi tadi memang betul betul dia baru bangun terus snap.nampak gigi taring baru nak keluar tu.
pastu terus berdiri ambil mainan nak main..
macam tula anakku..tidur je senyap..lepas tu terus fikir nak main..

hehe. si kenteng ibu ni sangat baik..tak banyak masalah. jarang nak meragam.
cuma aktif sangat.. almost macam nak hiper dah..hikhik...
but nevermind biar aktif dari sakit.
biar penat jaga orang sihat dari penat memikir dan menjaga orang sakit kan..

Semoga Aufa terus membesar dengan sihat
Semoga Allah lindungi Aufa dari sebarang kecelakaan dan kemalangan ketika ibu terlepas pandang Aufa..

Almaklumlah anak ibu kan aktif!


Friday, March 8, 2013

20 months young!!

Assalamualaikum wbt..

Puhh..Puhhhhhhh...Puhhhhhhhhhhh..Heh tu tiup habuk tu bagi bersih sikit blog ni.Lame tak update sebab malash..Boleh gitu?Hewhew..

Today aufa dah 20months. lagi 4 bulan nak 2 tahun.

ni gambar semalam. latest version punya anak mak.

Buai biru dalam gambar tu bukannya pakai sangat pon..nak simpan je rasenya sebab nyemak rumah.Tambah pulak suka benor panjat besi buai. Takpun Aufa memang buat buai tu betol betol jadi buaian dia alaaa macam kat taman permainan tu..Siap nyanyi "Buai Ajuuu Ajuuuu".

Harapan mak niha semoga cakap biar clean and clear lagi sebab senang mak nak paham kehendak dia..Sekarang pun banyak juga perkataan dia boleh sebut. Kehendak makinla macam macam tapi sebab orang tak paham dia terus jerit jer.

Eh dia dah boleh cakap Su Su tau. Senang sikit kalau dia nak susu. Lagi satu suka mengira One Two Three sampai Ten. Yang perfect One sampai Four je. Yang lain tu terabor sekejap six pastu eight kang seven pulak tapi for sure Ten is the last one lah...


Ni weekend lepas. Pergi Putrajaya saje jalan jalan. Punyelah panas


Alhamdulillah selera makan terus bertambah..Dulu ada la jugak 3 bulan takde selera..Sebab gigi geraham nak tumbuh. But now, selera betul dia.Berat pun mak tak tahula berapa tapi masyaAllah sakit pinggang dukung lama lama. Nasibla anak mak tak suka berdukung. Dia suka berjalan..Tapi mak pulak sem sem pottt kejar dia.

Oklah. 
Aufa, Ibu doakan Aufa terus membesar sihat walafiat, jadi anak solehah, cerdas, dengar kata ibu dan papa k. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Aufa dari sebarang kecelakaan. Jangan macam macam sangat k.hehe.

Till then,
Wassalam

Wednesday, January 9, 2013

Aufa dah setahun setengah

Assalamualikum wbt.

Aufa dah menginjak umur ke 18 bulan aka 1tahun setengah.

Ni petang ni nak bawa dia henjett..hihi hopefully janganla nangis jerit jerit. Dia tu pantang kalau jumpa nurse ngn doktor. Fobia tak habeh lagi masa admit DEMC dulu.

Nanti petang nanti kita update cerita Aufa yer sebab tak dan nak masuk kelas 5minit lagi . Ni pun tak sabar nak publish padahal cerita tak habis sebab takut lupa nak blog pasal Aufa ni..Nanti belated tak best pulak kann..

Ok.tatatititutu

*****************************************************************

Hai, bertemu lagi kite hari ini..
Baru sampai ofis ni (kol 4pm) Lama betol lah kat klinik arini. Sampai klinik tadi orang ke empat tapi lama sangat prosedurnya.

Aufa?

Hermmmm paling kuat nanes la kat klinik tadi sampai kecoh nurse kat sana sebab Aufa nanges.

Baru nak checkup masuk jer bilik nurse menangis punya kuat. Nak timbang lagi nanges kuat so nurse suruh hantar kat papa dia kat luar so ibu jerla dok dalam bilik.

Nak enjet nurse tu dah siap panggil lagi sorang nurse nak control Aufa.

Haiyoooo anakkuuuu!

Dia kalau boleh nak suruh keluar dari klinik tu takmo duduk dalam klinik lama lama.

ok abeh dah la cite kat klinik yer...

Tadi last henjet la after ni bila masuk sekolah t baru henjet pulak...Kalau nak dos tambahan pape tu lain la pulakkan..Selamatlah pasni tak mo dahla nanges nanges..Tapi kena dtg checkup jugak every 3 months..

Oklah Aufa semoga membesar dengan baik yer..After ni ibu nak cuba kurangkan Aufa tu tengok Upin Ipin. Try tengok orang ngaji pulak..Setakat ni boleh jer tengok bacaan al Quran tu tapi tak selama Upin ngn Ipin la..Kalo yang hat tu memang fokusssss betui dia nengoknya..

Now nak alihkan perhatian dia..Moga moga berjaya lah..Tengah nak menambah ilmu mendidik anak ni. Kena banyak membaca kan nak mendidik anak anak ni. Bukannya mudah nak jaga amanah yang Allah beri ni.

Oklah setakat ni je membebel today. Nak semak Quiz student.

Bye bye!

Monday, December 10, 2012

Aufa is already 17months!

Hai semua and assalamualaikum!

8/12/2012 kan princess Aufa dah 1 tahun 5 bulan..Alhamdulillah....dah makin besar dia. Makin sihat dan makin berratt! Dah 11kg dah beratnye.

Sempena umurnya berganjak bulan papa dah hadiahkan Aufa dengan...........

Yellow Car wit plat number QX-7411-3

Ni kete dari negara mano la ni?
Brand kete yang tak dapat dikenalpasti
Ok meh kita test kete ni dulu eh. 
Woah siap berdiri dalam kete anak omak ni!

Kereta ni sebenarnya adalah remote control car tapi jenis besar and boleh naik. Passenger takleh limit 50kg. Omaknya niha pun ado gak try naik. Bukan omak yang nak ye tapi bapak nyo ha yang suruh omak naik nak test tengok leh gerak ko tak kete ni. Berat omak ni 50kg jadi kete memang boleh gerak tapi selowwwwwwwwwww yang amat!

Kunci kete pun ada kalo nak start kete ni kene masukkan kunci dulu. Alaaaa macam kita start kereta tula..Tapi si Aufa ni suka sgt main kunci nya sekali tercampak. Tula gagah dia mencari. Sebenarnya ibunya dah sorok siap siap sebelum dia nampak. Kang asyik nak mainnn kunci je kang.

Mano la kunci kete ni ha...Sampai dah termasuk kepala bawah kete

Seronok bukan main dapat kereta. Nak tengok katun Upin Ipin kat TV nak dok dalam kete. Pastu siap nak baring pulak dia dalam itu. So papa g masuk bantal and alas dengan toto car seat tu bagi empokk sikit.

Sempena umur 17 bulan ni, omak nak citela sikit perihal si Aufa ni.

Sekarang asyik nak menyanyi jer. Kalo lagu Pada Zaman Dahulu tu dah boleh ikut rentak dah. Lagu AIEOU pun dah boleh dah. Kalo tengok Upin Ipin or Pada Zaman Dahulu mana mana scene yang dia minat tu dia boleh ikut ikut buat gaya n mengomel. Lagi haru OST Adam dan Hawa pun dia layan jugak.. Bile Part Demiiii Cintaaa tu lagi dia sukee..Pastu bila dah habis kan lirik dia Cintaaaaaaaaaaa.....then siap buat gaya tangan lagi menunjukkan dah habis. Gaya tangan tu susah aku nak describe camne. Tapi mmg kelakar.

Asyik bercakap jeeee.. Tapi satu ape pun aku tak paham. Tapi layankan jer dia ckp asalkan dia happy.

Kat TV kami boleh record Upin Ipin so bila cerita Upin Ipin dah habis and dia nak tukar episod baru she will say AMMMAKKKK sambil pegang remote TV. Aku pun tak paham nape kuar perkataan AMMMMAAKKKK tu.

Sangat kuat merajuk lately. Kalo dia g panjat kabinet TV aku tunjuk isyarat No ( jari telunjuk gerak -gerak), then dia dah masam muka terus sujud. Sujud tu maknanya dia merajukla tu...Pastu nak kene pergi dekat dia sambil pujuk pujuk barula ok balik.

If we say no no no je pun dah majuk jugak...Sume benda nak majukkk.. Kadang kadang saja je nyakat dia.


Suka ambil baju kotor dalam bakul and pakaikan kat kaki. Kengkonon pandaila nak pakai baju senirik. If berjaya masukkan dia akan tepuk tangan sambil ckp Yeayyyyyy. Kami pun yeayyykan la jugak.. T kecik hati pulak kann.
Tu nak masukkan baju kat kaki la tu.


Ada interest nak solat alhamdulillah...
Kalo nak solat kene bentangkan sejadah dua. Satu untuk dia. Nanti dia mesti happy.
Tapi last last sujud kat sejadah kita jugakkk.

Tula perihal anak omak sorang ni haaa...Bulan depan dah setahun setengah..pastu 2 tahun..pastu and pastu lagi skejap je nak masuk darjah satu pulak..Omak doakan Aufa jadi anak yang solehah yer..

Thursday, November 8, 2012

Aufa dah 16 bulan today!

Salam semua dan hai hai iiii

Hari ini Aufa genap enam belas bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan.

Tapi lagaknya persis budak dah dua tahun. Memang hero heroin lah dia tu.

Last week buat checkup di KK Tg Malim beratnya dah 10.5 kg. Badan pon memang semangat. Berat mau dukung oh.

Aufa sekarang ni kalau tak dapat apa yang dia nak dia akan nangis sambil jerit jerit. Kadang kadang jerit sampai rasa nak termuntah. Propa je dia tu.

Pantang nampak tempat lapang. Mesti rasa heaven nak berlari. Kalau kita pegang tangan dia, dia terus duduk tanda protes tak nak dipegang.

Makan still suka makanan ala ala bubur. Kalau nasi keras macam kita makan tu dia luahkan jer. Kalau yang lembik lembik satu pinggan besar licin!

Masih addicted dengan animasi Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu. Kalau kartun 2D dia tak minat.

Dah boleh ikut rentak lagu. Suka nyanyi lagu nih doa bangun tidur, doa sebelum tidur, doa makan, dan macam-macam lagi koleksi doa oleh kumpulan Tilmiz ( boleh search di Youtube ).

Dah pandai nak sujud dalam solat

Dah pandai baca doa dengan aminnya sekali. Tapi takdela keluar sebutir sebutir ayat doa tu cuma intonasinye jerla. Tapi dia tahu sebelum makan mesti baca doa.

Mulut macam bertih jagung. Bising pok pek pok pek bahasa dia.

Kalau nak sesuatu dia akan ambil barang tu dan tunjuk kat kita.
Contoh nak suruh on tab, dia akan ambil tab,hulur kat kita and sebut ni ni ni.
Kalau nak minum air masak, ambil bottle air dia dan beri kat kita sambil sebut ni ni ni jugak..
Kalo nak apa apa pun mesti sebut NI NI NI.

Tu jerla hal nya anak dara saya sorang tu. Ok tempek gambar dia satu yer


Wednesday, August 1, 2012

Perkembangan Aufa di kala umur 1tahun 3minggu

Salam semua...

Aufa kini dah hampir nak cecah 13 bulan dah..lagi seminggu jer..

Bila dah setahun ni kan macam macam perangai dia..Sekali tengok macam dah besar sgt dah perangainya...

Dah boleh sebut cakkk, jommm, mi, bu, eh dan banyaklah...

Main peak a boo tu mmg teror ahhh...

Suka duduk atas perut kita then dihenjutnya sambil sebut AAAAaaaaaaaAAAAAaaaAaAa ( ni kira buli papa)

Kalo geram dia cubit cubit kita..pipi, hidung, mata

Makin galak nak memanjat..Dulu tak berani nak panjat kerusi dapur. sekarang pakej trus naik atas meja..

Sebut Allahuakbar mesti terus angkat tangan nak takbir tu..Sebut Allah pun pandai tau tapi jarang la nak dengar.

Kalo kita cakap " Sape nama Aufa angkat tangan". Then terus dia angkat tangan sambil jerit ihhhhhhhhhh ( knon konon saye lettew!!!!!!!)

Sayang dengan teddy bear acik laili beri..Namanye OMEI..pandai lak tu sebut MEI.

Suka makan..Alhamdulillah tak memilih..Badan Aufa pon sodap je..

Suka dengan budak-budak..Aufa sangat peramah ok dengan budak budak..Tapi kalo ada org dewasa tepi budak tu terus dia cold.

TAPIII

Ada satu perangai tak berubah

Nobody can hold her except ibu, papa n umi..sesekali atok is ok.

Menangis dan jerit kuat kuat bila jumpa Dr. Haiyaa...selalu time kuar bilik Dr jer mesti org tanye kene inject ker? ^_^


Kalo ada lagi nanti ibu tambah kemudian k.

Last two weeks Aufa demam panas lagi..Panas betol la badan dia..start petang isnin sampai malam jumaat. Then pagi jumaat tu trus ok..

Hari Sabtu tengok satu badan ada bintik merah tapi takde mata...MIL kata campak. Jmpa Dr dia not sure..tapi maybe campak..

Hari Isnin dah ok dah badan dia takde apa apa dah..

DEMAM CAMPAK ke eh???


Tuesday, July 10, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA BUAT ANAK IBU AUFA BT MOHAMAD HAZRUL

Hari Ahad lepas 8 Julai 2012 adalah ulang tahun kelahiran Aufa yang pertama.

Actually takda plan pon nak celebrate birthday Aufa sebab ingat nak buat bila Aufa dah 2 years old sebab dah besar sikit kan baru happening.

Tapi pagi tu ibu adalah masak masak sikit then papa Aufa g jemput sedara mara n his friends. Ajak juga ummi and kakak kakak Aufa. Just small event tak rancang pun. Kalau ada cacat cela maaflah yer..

Ni jer gambar sempat ambil. Yang lain ada video jer. Kan dah kata memang unplanned event so mmg takde gambar nye sebab biasala birthday girl memang akan buat hal sikit on that day. Terpaksa melayan kerenah dia jer..




Monday, June 18, 2012

Admitted at DEMC Shah Alam

Kami sampai DEMC around 8pm mcmtu..Pergi ke kecemasan, ambil normbor giliran. Fuh tengok ramai jugak orang bawa baby demam..Maybe cuaca panas sangat kann....

Tak lama lepas tu dapatla jumpa Dr. berbangsa singh. Kami ceritakan masalah Aufa kat Dr. tu. He was so relax..and bagi decision pun senang jer..'Kalau dia taknak minum and makan ubat, so kita decide warded lah'. Kami memang prepare nak warded jer sebab itu jerlah cara yang paling berkesan kan nak bg ubat ke air ke..Semua drip je kat tangan..Tapi ibu n papa nervous jugak macamnala Aufa kena drip nanti, tambahan pula Aufa kan aktif. Yang Aufa pula sebab terlalu takut dengan Dr Singh yang berjambang and besar tu dia menangis jer dalam bilik Dr. Takut betul dia dengan Dr tu..

After that kitaorang g kaunter admission n pay the deposits. 15minutes after that dapat masuk bilik. Alhamdulillag selesa..

Aufa yang asyik nangis jer. Tangan kene balut dua dua. Tangan kiri di drip. 

Single bedroom

 Nangis lagi.Ibu takleh berenggang langsung

Tag nama Aufa ( pakai kat kaki, sebab nnti dia tarik)

Monday, 11.06.2012
Mula beransur pulih..Dah boleh makan dan minum

Dah siap mandi, muka blur giler

Aufa dan ibu

Main dekat playgorund dalam ward

Petang dah takleh duduk diam

Bawa makan angin dekat lobi
Day 2, 12.06.2012
Demam dah takda, just ulcer di tekak

Set makan tengahari. Almost evryday, bfast, lunch and dinner just order congee (bubur)

Ada chicken congee
fish congee
plain congee + protein+ vege + soup
Plain congee wish fish masak tomato and sayur bayam + soup brocolli cream

Papa takde kerja pergi main main katil naik- turun- naik-turun 

Day 3, 13.06.2012 aka last day
Aufa fully recovered, ulcer pun dah kurang merahnya. 

muka dah sihat

main main dekat ward

lunchee


asyik berjalan jer

ibu ibu nape sangkut celipar aufa kat pintu...

Alhamdulillah
Kami semua discharge dalam pukul 4pm.

Total bill
RM2777.85










Friday, June 8, 2012

Genaplah Aufa 11 bulan hari ini.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt dan selamat hari Jumaat semua. Semoga di hari yang baik di bulan yang baik ni kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.Aminn.

Alhamdulillah hari ni special sikit..Aufa dah berumur 11bulan dan kebetulan memang Aufa lahir hari Jumaat.

Ibu dan papa sangat bersyukur kerana Allah kurniakan Aufa buat kami berdua. Penyeri hidup kami. Sejak ada Aufa life kami tak pernah ada perkataan bosan. Sekejap betul rasanya Aufa membesar, erm satu bulan je lagi nak berumur setahun..

Ok, bila saya asyik perhatikan perangai Aufa ni kan..rasa macam tak percaya dia sebesar sekarang ni. Perkembangan motor dia makin lama makin maju..Seronok sangat tengok..

Setakat ni
1. Aufa dah ada gigi sebatang. Lewat kan dia tumbuh gigi?
2. Berjalan dah laju dah. Setakat nak main kejar kejar tu boleh dah kot..Alaa..kejar cara budak budakla..
3. Pandai main peak-a-boo.
4. Pandai cakap 'dog'.Everytime dengar anjing menyalak jer mesti ckp dog,dog,dog sambil mulut muncung.
5. Still tak nak orang lain ambil dia. Kecuali orang tu pandai ambil hati dia.
6. Dah pandai goyang goyang badan dan kepala bila dengar lagu.Hari tu pergi tahlil untuk arwah Cikgu Badri, masa orang sebut Lailahaillallah kan goyang goyang kepala kan..dia pun sama siap goyang goyang badan...
7. Suka dengar lagu kat youtube from SuperSimpleSong esp Twinkle2 Litle Star , A little Snowflakes
8. Suka dengar lagu Alif Ba Ta
9. Dah tahu bila papa balik. Dengar je bunyi kereta mesti nak pergi ke pintu. Setiap kali papa balik, belum
    sempat papa nak letak beg or so whatever dia dah mintak dukung..So manjaa...
10. Aufa dah pandai gunakan sesuatu benda tu untuk apa.. Contoh kalo dia ambil sikat mesti dia sikat rambut dia walaupun sebenarnya dia tak pandai sikat pun tapi dia tahula sikat tu gunanya di rambut. Lagi satu kalau ambil spec mata mesti letak kat mata..hehe

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku anak yang baik dan mendengar kata..seorang anak yang kuat dan jarang sakit..seorang anak yang sentiasa membuatkan aku dan suami tertawa melihat keletahnya..

Thursday, May 10, 2012

Milestone Aufa bila dah 10 bulan

- Berat dah 9.6kg ( normal alhamdulillah)

- Boleh berjalan kedek kedek dah

- Pandai 'mengemas rumah'.

- Oh ni haru betul..Rumah memang bersepah you all. Suka sepahkan toys and barang makeup ibu. Container baju dia pantang terbuka sedikit laju jer dia tarik baju baju keluar. Bila ibu jerit "Aufa,jannggggannn!". Hah lagi laju dia tarik keluar semua.

On the way nak memunggah mainan la tu
Nak punggah luggage mak de dia
Punggah hand bag ibu

- Bergayut dekat meja.

- Cium pipi ibu ngn papa bila disuruh

- Faham bila papa n ibu cakap 'HAIPP' means jangan buat. Tapi kejap jer fahamnya. pastu buat balik.haih~

- Kalo ckp 'HAIPP' kuat kuat sambil buat muka serius terus dia cebik nak nanges. Means dia faham la kita tak suka dia buat macamtu. Tapi biasanya cepat cepat buat dia gelak balik.

- Bangun tido, mesti cari ibu dulu.

- Mandi tak duduk dalam bathtub sangat dah. Dia berdiri sendiri dlm bilik air (but jgn lepaskan dia yer sendiri) then jirus dan sabun jer badan dia.

- Suka nak buka kitchen cabinet. Now dah kene ikat dengan tali rafia..Buruk jadinya.

- Dan pandai turun dari sofa atau mana mana tempat dia panjat. Turun kaki dulu

- Dah interested dengan buku ( papa rajin ajar)

- Pandai dah pegang botol susu sendiri. Tapi kadang kadang malas dia.




- Tidur 8.30 - 9.00 pm. Alhamdulillah tidur awal. Senang ibu nak buat kerja

- Still makan homemade food ibu masak setiap pagi. No cerelac. No sugar. No salt.

- Susu 100% Anmum 2. No more breast milk. Waktu Aufa dulu ibu banyak tak tahu pasal breastfeed. Hope experience yang ada plus bacaan tambahan di internet nanti membolehkan ibu breastfeed adik Aufa at least 6 months dan sebaik baiknya 2 years.

oiiii banyak dah ni cukup cukupla yer..eh ada lagi satu..

ok ok ni last

AUFA TAKDE GIGI. YEAY YEAY!

HIHIHI

Tuesday, May 8, 2012

Genaplah Aufa 10 bulan hari ini

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini genap umur Aufa 10 bulan. 2 months to go to 1 year.

Setakat ni tumbesaran Aufa sangat baik.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang sempurna.

Terlalu menyayangi Aufa. Don't know how to describe it. Oh rasa nak mengalir air mata ni.

Friday, May 4, 2012

Aufa semakin laju berkedek kedek

Heheh..comel betol Aufa jalan kedek kedek..Dah makin laju dah. 20 langkah lebih dah dapatnye..Erm by next week ni rasenye cergas dah kot berkedek..

Papa dah bgtau siap siap nak bawa Aufa tempat lapang suh dia berkedek kedek smpi penat weekend ni. Papa memang eksaited. Dia punya kejela tu tiap tiap malam suh Aufa berjalan.

Niha dengar cerita dah belikan Aufa softcover book tu bertajuk 1,2,3..Haha..hadiah katanya..Kita tunggu jerla mlm ni tgk hadiah tu camne..

Wednesday, May 2, 2012

Aufa's steps

Yes alhamdulillah Aufa dah mula melangkah dengan banyak mlm tadi. Before ni ada juga Aufa dok melangkah but setakat satu dua langkah jer dia jatuh. But last night mak aih paling banyak 9 steps tu. Gigih terus g kedai belikan dia kasut...

Kasut baru. Omel tak?

Ibu rasa tak lama lagi maybe dalam seminggu ni cargas la dia berjalan ke hulu ke hilir. Lagi 6 hari Aufa nak sepuluh bulan dah...

Cer tengok video ni. Kelakar la aufa bertatih. terkangkang kangkang dia. Aufa memang determined. Papa trained dia berapa banyak kali daa suh jalan macam ni malam tadi. Sampai ibu said STOP IT PAPA! Aufa dah penat dah tu. Tapi Aufa layankan jer papa dia yang eksaited tuh.


Sekarang ni walker langsung dah takleh letak. Dia boleh keluar dari walker as easy as ABC.

So active. Semua orang memang akui Aufa seorang baby yang sangat sangat sangat aktif.


Biarlah aktif dari sakit lagi hati ibu papa susah...Tol x?

Monday, April 9, 2012

Happy 9 months baby Aufa

Sayang Aufa,

Selamat Hari Lahir yang kesembilan bulan...

Tajuk kat atas tu panggil baby Aufa sebab lagi 3 bulan jer ibu boleh panggil Aufa baby.
Aftar that, Aufa is no more baby. Ya Allah, cepat nye membesar anak ibu.. Kadang kadang rindu Aufa baby baby dulu.

Aufa sekarang dah boleh berdiri dengan lama..Dah boleh duduk sendiri apabila dia tengah berdiri..Dan sekarang menonggeng2 nak berdiri tanpa bantuan sesiapa.

No more walker sebab bagi Aufa nak keluar dari walker kacang jerlah!!

Pergerakan aufa pun makin cekap dan mantap.

Tapi sian Aufa...aufa selesema pulak...selalu tak selesa

Esok, papa nak bawa kita jalan jalan g JB and Singapore.

Oh ye.. Aufa dah ada passport tau..Hikhik.

Monday, March 12, 2012

Turn 8 months - edisi terlupa

Camne ibu lupa nak blog pasal Aufa dah 8 bulan ni.Padahal ibu ingat je 8 March haritu Aufa dah 8 bulan. Merata - rata ibu bgtau orang Aufa dah 8 bulan..Takpela Aufa, its better late than never.

Aufa seperti biasa makin membesar dengan sihat Alhamdulillah
Jarang demam dan sakit2
Sangatla aktif, ibu sekarang selalu kepenatan and hidup tak berapa terurus skit sebab asyik penat jer.
Aufa dah boleh berdiri dalam 5 saat gitu.
Meniti di sepanjang meja and sofa
Dah boleh keluar dari walker dengan sendiri nya ( tengah buat kerja, sekali tengok aufa dah keluar walker.mujur takde ape2 sebab dia pandai control badan)
Bumbo seat memang dah tak guna. Dia duduk pun dah boleh keluar balik. Dia lebih suka tolak je bumbo seat tu ke hulur ke hilir.
Manja as usual.
Tak tahu lagi berat Aufa, this wednesday baru timbang.

Wednesday, February 8, 2012

7 months sudah

Hari 8 February 2012

Aufa dah menginjak ke usia 7 bulan.

Wah dah besar anak ibu ni..Sayang sgt kat Aufa.

Makin hari makin banyak keletah dan ragam dia. Makin bijak la katakan.

Kenal orang

Aufa kalau dia jumpa orang yang dia tak biasa jumpa, she will scan their face atas bawah about 5 minutes. Kalau betol2 tak kenal, she will reject them if they want to hold her.

Kalau org tu angkat jugak dia, dia akan menangis dengan kuatnya smbil air mata bercucuran jatuh. Than bila ibu atau papa take her back automatically trus senyap. People said owh dekat ibu ade suis berenti nanges yer.Haha.

Solid food

Aufa kuat makan. Dia tak pernah reject makanan yang ibu masak. Setapp agaknye. And dia makan macam takde stop nye. Ibu yang kene stopkan sebab takut dia bloated jer. And sudah sebulan i never fail cooked for her.

Setakat ni ibu masakkan Aufa

Nasi + carrot + brokoli - sumtimes i add ikan bilis tapi jarang2la
Nasi + labu + brokoli
Nasi + labu + carrot
Nasi + labu + peas
Nasi + carrot + kismis
Nasi + kurma + susu
Nasi + apple
Oat + apple + susu
Oat + kurma

Pear tak pernah try lagi sebab susah nak jumpa. And actually i made a mistake. Sepatutnye brokoli kene introduce when baby is 7 months. Tapi ibu tak tahu. Ibu dah terbagi Aufa. As for now, Aufa ok jer with brokoli takdela angin teruk2 melampau so ibu continue jer with brokoli.

Ibu will cook fresh untuk Aufa sebab alhamdulillah ibu can go work at anytime so ibu dont need puree. The fresh one is the best kan. But for bz working mother it is ok kalo mempuree. Time consuming kan? Even some vitamins gone but it is better than bagi cerelac.

Tapi semalam ibu ada buat puree labu. Bukan ape ibu takut labu tu busuk.Nanti membazir. Sebabnya 1 biji labu ibu beli mmg untuk Aufa sorg. ibu and papa tak makan lauk labu...Hehe.

Pamper

Aufa ni manja. Selalu time weekend kalo dia bangun dulu dari papa n ibu. dia akan naik atas badan kami and sentuh sentuh muka. Dekat ibu, dia akan tarik rambut rambut ibu bg ibu terjaga. Then kami suka buat buat tidur lagi. Dia takkan pergi jauh kalo takde orang. Aufa berlegar sekitar kawasan tilam jer. Kalo tak bangun jugak, dia akan lean kat kami and baring. Sangat manja kan.

Kalo bangun tidur ibu n papa takde nangis...Sebab tu kalo dia terjaga kami terus bagi salam kat dia sambil sengih2 besar. Then she will smile back then laju laju crawl to us. So comel.

Others

Lagi Aufa pandai ape yer?erm...erm

Ha, Aufa boleh merangkak dengan laju dah sekarang.

Suka tolak bumbo seat kehulu ke hilir.tapi kalo duduk dlm tu lama2 reject.

Suka nak berdiri and berpaut pada apa apalah.

Semalam ibu ajar Aufa berdiri sendiri. Then bolehla tahan paling lama 5seconds. Tapi menggelabah jugak die bile ibu lepaskan tgn dia.hihi. But it is a good job my dear!

This month tak perlu g KK sebab berat dia last month dah cantik. So next month baru ada appointment.

Thursday, January 19, 2012

Jab 6 months

Semalam ibu n papa bawa Aufa ke KK Tg Malim untuk amik jab Hepatitis dos3.

So alhadulillah setakat ni perkembangan Aufa bagus
Berat = 7.3kg
Tinggi=68cm

Aufa ni bukannya budak debab sangat and not too small.Dia ni sedang sedang sajee..Risau juga sebabnya tengok badan Aufa ni dah semakin kurus sebab she's too active. Alih alih naik jugak berat dia 600g dari bulan lepas. Kira ok la tu.


Semalam dah dapat jab nangis sikit dia. Plus dia dah mengantuk sebenarnya.

Next umur dia setahun pulak dapat jab. 6 months to go!Yeay tak payah la ibu risau2 kan aufa asyik kene jab. Ciann Aufa but those jab untuk kebaikan Aufa jugekk.

Okla nak wat keje..

Kat bawah ni ada sedikit gambar Aufa. Siap buat photoshoot lagi dengan bantuan makngah.








This entry was posted in

Thursday, November 10, 2011

Happy Belated 4 months old sayang ibu!

Cayang ibu nih dah besar, comel, manja.

Sayang ibu dah mula kenal orang. Kalau nak main dengan orang lain tak kisah asal ada ibu dan papa kat tepi. Kalau ibu dan papa takde siapla!!! Aufa jerit kuat kuat kuat gilerrrr...

cube teka aufa tengah tengok apa?
haaa tengok tu aufa tengok orang sembelih lembu
raya haji di umah onyang

aufa dah terror meniarap ang pusing pusing

masih sikit lagi rambutnya

happy smpi tutup mata

ni pun sama..comeyhnya

aufa ngn onyang

aufa with ibu n papa

This entry was posted in