Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Tamatlah Cerita Sarjana dalam rumah tangga daku

Assalamualaikum wbt and hai semuaaa!

Wahh rasa lamanya tak tulis blog. Hati meronta ronta nak coretkan sesuatu kat sini tapi apakan daya kadang kadang tu malas, bila ada semangat banyak kerja pulak. So hari ni takleh nak tangguh lagi dah.

Well, my husband almost menamatkan pengajian sarjana kejuruteraannya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tinggal one step lagi yakni nak buat hard cover thesis dia. Then hantar ke pusat pengajian fakulti dan cerita sarjana  akan tammattt maybe hujung minggu ni. Insha Allah.

Disebabkan cerita sarjana dah hampir tammat dalam kehidupan rumah tangga kami..cewahhh..( yerlah khen dah bape tahun dah asyik cite pasal master jer..start daripada aku buat master then sambung ke suami pulak), maka selepas ini cerita PhD mula akan berkumandang dalam rumah tangga kami ni ha..

Bukan niat nak sambung PhD untuk menunjuk nunjuk jauh sekali nak riak sebab title Dr. tu tapi demi kerjaya dan masa depan keluarga kami, aku kena teruskan. Itu memang dah termaktub dalam perjanjian aku di UPSI ni.

So from now on, misi mencari tempat, contact supervisor, buat proposal, masuk meeting nak sambung belajar and the list goes on and on...Aku takleh nak tangguh lagi dah sebab kat jabatan aku ni tinggal aku sensorang jer tak pergi belajar lagi..sobs sobs..Kawan kawan yang lain lama dah tinggalkan aku..So by this year aku mesti kena tinggalkan Tanjung Malim tercinta ni untuk pergi menuntut ilmu Allah yang sangat luas itu. Ini salah satu wishlist aku tahun ni tau!

Banyak yang perlu aku fikirkan sebelum further PhD ni and the thing yang paling penting husband mesti sambung sekali. Biarlah orang kata dua dua belajar bz sangat..anak sapa nak jaga???Tapi ada jer orang yang berjaya kan..It is POSSIBLE ape. Orang lain boleh, aku pun boleh jugee. No?

Doakan saya dan suami berjaya yer, dipermudahkan segala urusan fid dunia wal akhirat..Amin

Till then,
Bye and salam!




Tuesday, January 3, 2012

Wishlist

Hehe ini wishlist barang idaman ibu, bukan barang Aufa yer...

Ibu teringin nak...

1) Oven

Kat rumah takde oven, ibu teringin sangat nak wat pizza ke, kek ke, muffin ke.

2) Kamera nikon1 J1

Sebenarnya dah ada nikon dslr d3000. Tapi ibu tak pandai nak setting setting ni dan malas nak belajar. Lagipun kamera ni bila cahaya tak cukup memang susah sangat nak capture gambar yang cantik. Maybe kene beli lens lain dan lampu tambahan kot. ntahlah...

Lagipun kamera ni besar gedabak, tak sesuai sangat untuk saya sebab dah ada anak ni nak gendong anak lagi, stroller, beg baby, beg sendiri. plus dengan camera lagi haish ponen kepalo den nak bawa barang banyak2.

D3000 takde mode video so tak dapat nak rakan video Aufa cantik2. selalu guna hp jer.

Tapi...kamera nikon1 ni mahal gilerlah. harga nak sama dengan dslr yang saya beli nih. Takpelah tunggu harga kamera ni jatuh dulu baru saya beli. Mungkin kamera ni baru lagi kan so mmg mahal.