Wednesday, May 23, 2012

Gigi1

Assalamualaikum and hai semua..

Semalam ibu belek belek gusi Aufa sekali tgk macam ada putih sikit kat bahagian gusi atas..eh macam nak tumbuh gigi..Then gosok gosok mmg keras..Erm nak tumbuh gigi lettew! Kita tgk hujung minggu ni and minggu depan..Keluar ke tak giginya tu..

Thursday, May 10, 2012

Milestone Aufa bila dah 10 bulan

- Berat dah 9.6kg ( normal alhamdulillah)

- Boleh berjalan kedek kedek dah

- Pandai 'mengemas rumah'.

- Oh ni haru betul..Rumah memang bersepah you all. Suka sepahkan toys and barang makeup ibu. Container baju dia pantang terbuka sedikit laju jer dia tarik baju baju keluar. Bila ibu jerit "Aufa,jannggggannn!". Hah lagi laju dia tarik keluar semua.

On the way nak memunggah mainan la tu
Nak punggah luggage mak de dia
Punggah hand bag ibu

- Bergayut dekat meja.

- Cium pipi ibu ngn papa bila disuruh

- Faham bila papa n ibu cakap 'HAIPP' means jangan buat. Tapi kejap jer fahamnya. pastu buat balik.haih~

- Kalo ckp 'HAIPP' kuat kuat sambil buat muka serius terus dia cebik nak nanges. Means dia faham la kita tak suka dia buat macamtu. Tapi biasanya cepat cepat buat dia gelak balik.

- Bangun tido, mesti cari ibu dulu.

- Mandi tak duduk dalam bathtub sangat dah. Dia berdiri sendiri dlm bilik air (but jgn lepaskan dia yer sendiri) then jirus dan sabun jer badan dia.

- Suka nak buka kitchen cabinet. Now dah kene ikat dengan tali rafia..Buruk jadinya.

- Dan pandai turun dari sofa atau mana mana tempat dia panjat. Turun kaki dulu

- Dah interested dengan buku ( papa rajin ajar)

- Pandai dah pegang botol susu sendiri. Tapi kadang kadang malas dia.




- Tidur 8.30 - 9.00 pm. Alhamdulillah tidur awal. Senang ibu nak buat kerja

- Still makan homemade food ibu masak setiap pagi. No cerelac. No sugar. No salt.

- Susu 100% Anmum 2. No more breast milk. Waktu Aufa dulu ibu banyak tak tahu pasal breastfeed. Hope experience yang ada plus bacaan tambahan di internet nanti membolehkan ibu breastfeed adik Aufa at least 6 months dan sebaik baiknya 2 years.

oiiii banyak dah ni cukup cukupla yer..eh ada lagi satu..

ok ok ni last

AUFA TAKDE GIGI. YEAY YEAY!

HIHIHI

Tuesday, May 8, 2012

Genaplah Aufa 10 bulan hari ini

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini genap umur Aufa 10 bulan. 2 months to go to 1 year.

Setakat ni tumbesaran Aufa sangat baik.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang sempurna.

Terlalu menyayangi Aufa. Don't know how to describe it. Oh rasa nak mengalir air mata ni.

Friday, May 4, 2012

Aufa semakin laju berkedek kedek

Heheh..comel betol Aufa jalan kedek kedek..Dah makin laju dah. 20 langkah lebih dah dapatnye..Erm by next week ni rasenye cergas dah kot berkedek..

Papa dah bgtau siap siap nak bawa Aufa tempat lapang suh dia berkedek kedek smpi penat weekend ni. Papa memang eksaited. Dia punya kejela tu tiap tiap malam suh Aufa berjalan.

Niha dengar cerita dah belikan Aufa softcover book tu bertajuk 1,2,3..Haha..hadiah katanya..Kita tunggu jerla mlm ni tgk hadiah tu camne..

Wednesday, May 2, 2012

Aufa's steps

Yes alhamdulillah Aufa dah mula melangkah dengan banyak mlm tadi. Before ni ada juga Aufa dok melangkah but setakat satu dua langkah jer dia jatuh. But last night mak aih paling banyak 9 steps tu. Gigih terus g kedai belikan dia kasut...

Kasut baru. Omel tak?

Ibu rasa tak lama lagi maybe dalam seminggu ni cargas la dia berjalan ke hulu ke hilir. Lagi 6 hari Aufa nak sepuluh bulan dah...

Cer tengok video ni. Kelakar la aufa bertatih. terkangkang kangkang dia. Aufa memang determined. Papa trained dia berapa banyak kali daa suh jalan macam ni malam tadi. Sampai ibu said STOP IT PAPA! Aufa dah penat dah tu. Tapi Aufa layankan jer papa dia yang eksaited tuh.


Sekarang ni walker langsung dah takleh letak. Dia boleh keluar dari walker as easy as ABC.

So active. Semua orang memang akui Aufa seorang baby yang sangat sangat sangat aktif.


Biarlah aktif dari sakit lagi hati ibu papa susah...Tol x?