Tuesday, October 22, 2013

Sudah sebulan di Manchester

Assalamualaikum wbt..

Hehe post yang kelulusan cuti belajar tu nanti nantila sambung ye..ni nak cite benda lain dulu..
Sorry bila dah sambung belajar ni rasa bersalah kalau nak update blog..sekadar jeling jeling bolehla..So harini baru lepas jumpa sv dan baru habis kelas dan faham pulak tu so dengan gembiranya nak update jugak blog..heheh.

Semalam genaplah sebulan kami sekeluarga bermukim di Manchester ni..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah SWT..Syukur tak terhingga..

Rumah Sewa

Alhamdulillah rumah yang kami duduk sekarang sangat selesa..Walaupun tak besar mana tapi selesa sudah memadai..Walau harganya agak mahal tapi Alhamdulillah dekat dengan school aku dekat juga dengan school husband and dekat juga dengan nursery Aufa..Dekat juga nak ke kedai.Sebab rumah di kawasan city..Jalan kaki ke sekolah ku dalam 7 minit lebih kurang 500 meter camtu..




Aufa


Tentang Aufa pula, ni yang paling membimbangkan sebelum dtg ke sini..Tapi Aufa anak yang baik..dia taknak susahkan hati makpak dia..She's doing fine at nursery..Kami sampai di Manchester hari Sabtu..Next Monday until Wednesday tu Aufa kena trial hantar di nursery..First day dia nangis dalam 5minit gitu pastu senyap...hari kedua ok..ketiga ok..Dan started 1 October dia full time..First day tu kami takut juga..sekali sampai je terus berlari masuk sambil say Hellloooooooooo...Wah terkejut mak kau nak...Dalam hati Alhamdulillah Ya Allah..Kau permudahkan urusan aku..She's happy at the nursery..Banyak mainan..Banyak kawan..Banyak aktiviti..







Food


Makanan kat sini pun senang nak dapat...Pendapat aku lagi senang dari Tanjong Malim...Nak dapatkan daging halal tu ada satu kedai Worldwide macam macam daging ada..ko nak rusuk,nak kaki,nak peha..semua ada...banyak lagi kedai yang ada daging halal..Tapi stok di rumah ku memang dari Worldwide.

Kalau nak barangan dari Asia..contoh serai, lengkuas, ubi, kelapa, daun pisang, pandan, beras pulut, kicap kipas udang ke banyak di kedai Cina..Tapi harga memang mahal lah sikit..

Makanan di restoran pun macam macam..Kedai piza halal banyak..kalau di tgmalim tu pizza hut je selalu try..sini dah 3 kedai pizza aku try..bukan pizza hut tapi piza jenama lain lah..KFC halal ada dua cawangan di sini..

Makanan Arab fuhh jgn cakaplah banyak sgt..Ada di Curry Mile,Rusholme..Makanan Malaysia pun ada Restoran Ning by Chef Norman(alaa yang pernah jadi chef jemputan masterchef)..Tapi ala ala dining kat hotel..setakat ni tak pernah pergi lagi..Tapi ada kawan kerja part time di situ pernah takeaway char kuetiow bagi kat kami..alhamdulillah dapatla rasa..


Kereta

Haha kami dah ada kereta tau..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami nak dptkan kereta..Bukan apa bila ada anak kereta sangat diperlukan untuk berjalan jalan membeli barang dan sebagainya. Masa mula-mula sampai di Manchester kami ada dapatkan khidmat Malaysia untuk pickup kami di airport. Dia memang buat part time khidmat ni sambil sambil takda kerja nak tunggu konvo..So kereta yang kami beli tu adalah kereta yang dia ambil nak pickup kami dan sekaligus kereta pertama yang kami naik bila sampai di bumi Manchester ni..Panjang ceritanya, tapi dia dah banyak sangat tolong husband beli kereta tu..Dia tolong bawa pergi MOT, g workshop tukar yang rosak rosak, tolong buat road tax, ajar buat insurans..

Cuaca

Kat sini dah masuk autumn..Minggu pertama dan kedua sampai cuaca masih boleh bertahan lagi..minguu ketiga tetiba sejuk semacam..minggu lepas cuaca ok tapi asyik hujan je..Ni dah masuk autumn..Daun dah start tukar warna dan gugur...



Sakit
Banyak sangat Allah permudahkan urusan kami, tetiba Allah duga sedikit dengan kesakitan yang datang..Aufa muntah-muntah tak boleh minum ataupun makan..start pukul 8pagi sampai 6petang..then alhamdulillah pulih seperti biasa..Selang dua hari kemudian, aku pula berjangkit dengan Aufa. Malam raya ada orang dtg ke rumah bertakbir raya. Mula pukul 12tgh malam(malam raya) sampaila keesokan hari aku pula muntah-muntah..Raya Haji kami tak sambut apa-apa pun..Masak rendang pun tak sebab aku tak laratt..Tapi heret juga badan pergi school sebab kena jumpa sv dan ada kelas.. Sob sob..Tapi aku masak rendang hujung minggu baru ni sebagai ganti.Hehe.

Oklah tu jerla secara general aku boleh cerita..Banyak lagi nak cerita ni tapi kita sambung di lain entry yer..
Wassalam..