Thursday, May 10, 2012

Milestone Aufa bila dah 10 bulan

- Berat dah 9.6kg ( normal alhamdulillah)

- Boleh berjalan kedek kedek dah

- Pandai 'mengemas rumah'.

- Oh ni haru betul..Rumah memang bersepah you all. Suka sepahkan toys and barang makeup ibu. Container baju dia pantang terbuka sedikit laju jer dia tarik baju baju keluar. Bila ibu jerit "Aufa,jannggggannn!". Hah lagi laju dia tarik keluar semua.

On the way nak memunggah mainan la tu
Nak punggah luggage mak de dia
Punggah hand bag ibu

- Bergayut dekat meja.

- Cium pipi ibu ngn papa bila disuruh

- Faham bila papa n ibu cakap 'HAIPP' means jangan buat. Tapi kejap jer fahamnya. pastu buat balik.haih~

- Kalo ckp 'HAIPP' kuat kuat sambil buat muka serius terus dia cebik nak nanges. Means dia faham la kita tak suka dia buat macamtu. Tapi biasanya cepat cepat buat dia gelak balik.

- Bangun tido, mesti cari ibu dulu.

- Mandi tak duduk dalam bathtub sangat dah. Dia berdiri sendiri dlm bilik air (but jgn lepaskan dia yer sendiri) then jirus dan sabun jer badan dia.

- Suka nak buka kitchen cabinet. Now dah kene ikat dengan tali rafia..Buruk jadinya.

- Dan pandai turun dari sofa atau mana mana tempat dia panjat. Turun kaki dulu

- Dah interested dengan buku ( papa rajin ajar)

- Pandai dah pegang botol susu sendiri. Tapi kadang kadang malas dia.




- Tidur 8.30 - 9.00 pm. Alhamdulillah tidur awal. Senang ibu nak buat kerja

- Still makan homemade food ibu masak setiap pagi. No cerelac. No sugar. No salt.

- Susu 100% Anmum 2. No more breast milk. Waktu Aufa dulu ibu banyak tak tahu pasal breastfeed. Hope experience yang ada plus bacaan tambahan di internet nanti membolehkan ibu breastfeed adik Aufa at least 6 months dan sebaik baiknya 2 years.

oiiii banyak dah ni cukup cukupla yer..eh ada lagi satu..

ok ok ni last

AUFA TAKDE GIGI. YEAY YEAY!

HIHIHI

Tuesday, May 8, 2012

Genaplah Aufa 10 bulan hari ini

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini genap umur Aufa 10 bulan. 2 months to go to 1 year.

Setakat ni tumbesaran Aufa sangat baik.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang sempurna.

Terlalu menyayangi Aufa. Don't know how to describe it. Oh rasa nak mengalir air mata ni.

Friday, May 4, 2012

Aufa semakin laju berkedek kedek

Heheh..comel betol Aufa jalan kedek kedek..Dah makin laju dah. 20 langkah lebih dah dapatnye..Erm by next week ni rasenye cergas dah kot berkedek..

Papa dah bgtau siap siap nak bawa Aufa tempat lapang suh dia berkedek kedek smpi penat weekend ni. Papa memang eksaited. Dia punya kejela tu tiap tiap malam suh Aufa berjalan.

Niha dengar cerita dah belikan Aufa softcover book tu bertajuk 1,2,3..Haha..hadiah katanya..Kita tunggu jerla mlm ni tgk hadiah tu camne..

Wednesday, May 2, 2012

Aufa's steps

Yes alhamdulillah Aufa dah mula melangkah dengan banyak mlm tadi. Before ni ada juga Aufa dok melangkah but setakat satu dua langkah jer dia jatuh. But last night mak aih paling banyak 9 steps tu. Gigih terus g kedai belikan dia kasut...

Kasut baru. Omel tak?

Ibu rasa tak lama lagi maybe dalam seminggu ni cargas la dia berjalan ke hulu ke hilir. Lagi 6 hari Aufa nak sepuluh bulan dah...

Cer tengok video ni. Kelakar la aufa bertatih. terkangkang kangkang dia. Aufa memang determined. Papa trained dia berapa banyak kali daa suh jalan macam ni malam tadi. Sampai ibu said STOP IT PAPA! Aufa dah penat dah tu. Tapi Aufa layankan jer papa dia yang eksaited tuh.


Sekarang ni walker langsung dah takleh letak. Dia boleh keluar dari walker as easy as ABC.

So active. Semua orang memang akui Aufa seorang baby yang sangat sangat sangat aktif.


Biarlah aktif dari sakit lagi hati ibu papa susah...Tol x?

Tuesday, April 24, 2012

Aufa meragam

Last weekend Aufa tak berapa nak sihat sangat.

Sedih ibu bila Aufa tak sihat. Menangis..meragam..tak selesa.

Ibu kene attend bengkel hari Sabtu dari pukul 8-5ptg. Tapi sudahnya ibu dapat spend beberapa jam je kat sana.kol8-9.30 then kol3-kol4.Aufa tak boleh tinggal kat rumah tanpa ibu..Meragam jer dia..

Malam sebelum ditinggalkan tu, dia muntah sebab tekak dia ada kahak, jadinya dia tak selesa. Badan pun agak panas juga. Erm Aufa demam...Tak tahula sebab apa..Tetiba jer...

Pagi Sabtu dia bangun lewat sikit..Ibu dah g UPSI dulu. Then papa cerita dia bangun tido terus cari ibu, but ibu takde..dia punggah tengok bawah selimut kot la ibu ada. tapi ibu takde jugak.

Papa bawa g dapur, then mata Aufa melilau lilau cari ibu kat dapur. Sian Aufa. Aufa tak pernah bangun tidur ibu takde.Tak pernah langsung. Tapi hari Sabtu tu ibu takde..Mesti Aufa sedih..

Ibu balik rumah pukul 9.30pagi then jerit jerit panggil Aufa dari tingkap..Tapi Aufa tak nampak ibu lagi sebenarnya tapi ibu dah nampka Aufa senyum panjang sangat..Mesti dia happy dengar suara ibu..

Petang tu ibu keluar dalam pukul 2.45ptg. Aufa tidur..Then bangun jer tidur dia menanges2..Sampai papa terpaksa bawa Aufa datang UPSI jumpa ibu...Papa kata mula2 dah masuk kereta dia diam jer..Pastu papa cakap la kita pergi cari ibu yer..Dengar je perkataan IBU terus jerit2 nanges2..Sedih sangat agaknya ibu tinggalkan dia..Sampai UPSI, Ketua Jabatan ibu suruh ibu balik sebab kesian kat Aufa.

Kami terus ke klinik. Dr kata Aufa tak demam..tekak pun tak merah just berkahak jer..

Lepas tu kami pergi pasar malam. Aufa ok jer..ceria..balik rumah main-main..tidur.pagi esok baru bangun..Eh pelikla..ok ulak dia..before nih nanges2..ni sah sebab ibu takde ni...

Ni baru tinggal beberapa jam..Kalo kene attend kursus seminggu camne? ? ?

Friday, April 13, 2012

Aufa in Singapore y'all!

Day 1

Minggu ni papa cuti seminggu (cuti midsem).So ibu pun amik jugak cuti seminggu..hehe.


Sebenarnya cuti cuti pun ada makna..Mestilah nak pergi vacation kan? Bukan senang nak dapat cuti.btol x?


Since papa kali ni nak bawa kami ke satu tempat yang kene guna passport. Indon or Singapore? Thailand? Oh no no, papa tak setuju g Thailand since akan membahayakan keselamatan kami sekeluarga. Kan asyik bom sana bom sini. Indon? Erm harga tiket flight mahal sgt since last minute beli..So akhirnya kami pergi Singapore jerlah.. Ok jugak kan..Still over the sea!


So ari Selasa tu kami pun bertolak dari Tg Malim - JB dalam pukul 11am mcmtu.. Then sampai Kat Tune Hotel Danga Bay dalam pukul 4pm. Kami tidur kat JB jer since dah survey hotel kat Singapore sangat mahalll even hotel cikai jer 3star tahap bilik memang buruk pun dah 3ratus semalam.kalo 2malam dah 6 ratus. tu baru satu bilik. kalo dua bilik?tak ke 1200! kami kena booked dua bilik sebab atuk and nenek aufa pun join jugak.


Kat Tune hotel memang bajetllah..2 bilik x 2 malam..dalam rrm330..hehe oklah kan daripada damaged dalam rm1200!



before nak check in


tadaaa.ni lah biliknya..oklah dalam rm80 semalam.siap ada flat tv lagi..

toilet and shower


sink and toiletries

Petang tu, hujan turun dengan lebatnya so kitaorg tido tido ayam and rehat jerla..

Then da pukul 7 tu nak mandilah kan..siap siap sume..sekali Aufa nanesssss...Bau cam busuk.ni mesti berak. sekali ibu tengok Aufa punye t*** tersangkut sebab keras sangat. Thats why la Aufa nanges..But papa setel, alter sket t*** Aufa then dia ok la sikit. After that, kitaorg pun pergila klinik yang terdekat but sesat pulak tu. Dalam pukul 10pm barula kami gerak g makan kat Pantai Snibong. Keluarga Abang Johan (anak Pak Long) yang bawa kami ke sana and belanja makan. Uish sedap betol makan kat sana..paling best udang and sotong goreng tepung..isk mmg sedaplah..tak pernah rasa sesedap tu..But gambar takde yer since Aufa meragam sket sebab mengantok sangat..Then balik hotel dalam pukul 12am. Trus tido zzzz......

Day 2

Menurut menantu Abg Johan, nak bawa kereta ke Singapore kalau tak biasa susah sikit. So better kami sewa kereta and tourist guide sekali ..senang skit..takdela serabut jer kepala kan nak pikir jalan..parking dan lain lain..yerla kan kalau papa Aufa die memang tak berkira kalo nak berjalan jalan ni..Takpe habiskan duir asal kita senang...Betol jugak tu, kalo kita asik serabut jer, hati pun tak gembira kan?

So bayaran untuk sewe kereta plus driver as tourist guide adalah SGD 250 lebih kurang RM600.

Kami bertolak ke Singapore dari JB dalam pukul 11pagi.

Fisrt Place : Bukit Chandu

Hehe dia saje bawa kami ke sini. Historical place sebab time perang dunia ke 2 kat singapore kat sini la..Tahun 14/2/1942. So ramai juga askar askar yang terkorban. Ada muzium kat atas bukit ni. Before ni saya mati mati ingat Bukit Chandu kat Malaysia..Rupa rupanya di Singapore. Time ni Aufa tidur jer tak sedarkan diri..












Second place : Sentosa Island

Sentosa Island ni macam kat genting highland juga. Suma hiburan, rekreasi, perjudian, hotel ada kat sini. Ianya memang pulau yang beasingan dari tanah besar Singapore. Kitaorang just jelajah sentosa dengan kereta jer. Tak turun pun. Kat sentosa ni jugak letaknya USS. Tapi kami tak pergi since tak berbaloi rasenya masuk sana..Sebab satunya kalo betol betol nak masuk USS kene spend the whole day kat sana. Plus we bring baby. Kesian kan baby berpanas berhujan kat dalam sana sedangkan dia tak faham apa apa pun kat dalam tu. Maybe if Aufa dah 3 years+ sesuai kot.








Third place : Arab Street

Kami makan and solat jamak di sini. Dekat Arab Street ni ada Sultan Mosque. Menurut driver kami tu, this is the only mosque yang benarkan azan bergema.






Fourth Place : Mustaffa center

Mustaffa center ni macam Mydin la kat Malaysia. Banyak sangat barang yang dijual secara pukal. Tapi harga nya confirmla mahal lagi dari Malaysia since kene darab lagi rm2.40. So kami tak beli apa apa pun. Just beli keychain and fridge magnet kat kedai depan2 Mustaffa center tu jer. Kat sini memang ramai Indian, Bangladeshi, Pakistani and seangkatan dengannya.




Fifth Place : Singapore Flyer

Seterusnya kami ke Singapore flyer..satu capsule tu besar yer macam yang London Eye tu. Eh lagi besar rasanya. And SF ni is the tallest ferris wheel in the world tau. Lagi tinggi dari London Eye. ketinggian SF ni mencecah 165meters. Harga masuk kesini untuk adult SGD 30. erm duit malaysia lebih kurah rm70 jugakla seorang. ErK ^,~















Sixth Place : The Merlion

Whoaaa..Pergi Singapore tak sah kalo tak g sini. Sini lah tempat yang ada statue lion keluar air kat mulut tuh!
Pergi time malam memang cantik sangat! Dari sini nampak The Esplanade, Singapore Flyer, Marina Bay Sands (6 star hotel). Kat sini juga nampak lah lambang kemodenan Singapore dengan bangunan pencakar langit disekelilingnya.











Last Place : Orchard Road

Ok, orchard road ni banyak shopping compleks,Since aim kami bukannye nak menyopping di Singapore ni, maka kami cuci mata dari dalam kereta jerla.Kaki pon dah penat tak larat nak berjalan jalan lagi.

Kami pun pulang ke JB. Sampai JB dalam pukul 9.30pm macam tu..








Monday, April 9, 2012

Happy 9 months baby Aufa

Sayang Aufa,

Selamat Hari Lahir yang kesembilan bulan...

Tajuk kat atas tu panggil baby Aufa sebab lagi 3 bulan jer ibu boleh panggil Aufa baby.
Aftar that, Aufa is no more baby. Ya Allah, cepat nye membesar anak ibu.. Kadang kadang rindu Aufa baby baby dulu.

Aufa sekarang dah boleh berdiri dengan lama..Dah boleh duduk sendiri apabila dia tengah berdiri..Dan sekarang menonggeng2 nak berdiri tanpa bantuan sesiapa.

No more walker sebab bagi Aufa nak keluar dari walker kacang jerlah!!

Pergerakan aufa pun makin cekap dan mantap.

Tapi sian Aufa...aufa selesema pulak...selalu tak selesa

Esok, papa nak bawa kita jalan jalan g JB and Singapore.

Oh ye.. Aufa dah ada passport tau..Hikhik.