Thursday, June 7, 2012

Gigi2

Alhamdulillah selamat sudah gigi Aufa tumbuh..

Biasa orang tumbuh gigi bawah dulu kan kan?

Aufa tumbuh gigi atas dulu..Herm herm orang tua tua kata tumbuh gigi atas dulu sifatnya susah nak mengalah. Tol ke? Apa apa pun tak kisahla dah Allah nak bagi tumbuh gigi atas dulu. Apalah daya kita manusia nak tentukan tumbuh bawah ke atas dulu kan?

Nak tahu tak gigi yang tumbuh tu besar you all dah macam gigi kecal.. Orang panggil gigi kapak!

Sekarang tgk sebelah gigi kapak tu nak tumbuh lagi satu gigi..

Wednesday, May 23, 2012

Gigi1

Assalamualaikum and hai semua..

Semalam ibu belek belek gusi Aufa sekali tgk macam ada putih sikit kat bahagian gusi atas..eh macam nak tumbuh gigi..Then gosok gosok mmg keras..Erm nak tumbuh gigi lettew! Kita tgk hujung minggu ni and minggu depan..Keluar ke tak giginya tu..

Thursday, May 10, 2012

Milestone Aufa bila dah 10 bulan

- Berat dah 9.6kg ( normal alhamdulillah)

- Boleh berjalan kedek kedek dah

- Pandai 'mengemas rumah'.

- Oh ni haru betul..Rumah memang bersepah you all. Suka sepahkan toys and barang makeup ibu. Container baju dia pantang terbuka sedikit laju jer dia tarik baju baju keluar. Bila ibu jerit "Aufa,jannggggannn!". Hah lagi laju dia tarik keluar semua.

On the way nak memunggah mainan la tu
Nak punggah luggage mak de dia
Punggah hand bag ibu

- Bergayut dekat meja.

- Cium pipi ibu ngn papa bila disuruh

- Faham bila papa n ibu cakap 'HAIPP' means jangan buat. Tapi kejap jer fahamnya. pastu buat balik.haih~

- Kalo ckp 'HAIPP' kuat kuat sambil buat muka serius terus dia cebik nak nanges. Means dia faham la kita tak suka dia buat macamtu. Tapi biasanya cepat cepat buat dia gelak balik.

- Bangun tido, mesti cari ibu dulu.

- Mandi tak duduk dalam bathtub sangat dah. Dia berdiri sendiri dlm bilik air (but jgn lepaskan dia yer sendiri) then jirus dan sabun jer badan dia.

- Suka nak buka kitchen cabinet. Now dah kene ikat dengan tali rafia..Buruk jadinya.

- Dan pandai turun dari sofa atau mana mana tempat dia panjat. Turun kaki dulu

- Dah interested dengan buku ( papa rajin ajar)

- Pandai dah pegang botol susu sendiri. Tapi kadang kadang malas dia.




- Tidur 8.30 - 9.00 pm. Alhamdulillah tidur awal. Senang ibu nak buat kerja

- Still makan homemade food ibu masak setiap pagi. No cerelac. No sugar. No salt.

- Susu 100% Anmum 2. No more breast milk. Waktu Aufa dulu ibu banyak tak tahu pasal breastfeed. Hope experience yang ada plus bacaan tambahan di internet nanti membolehkan ibu breastfeed adik Aufa at least 6 months dan sebaik baiknya 2 years.

oiiii banyak dah ni cukup cukupla yer..eh ada lagi satu..

ok ok ni last

AUFA TAKDE GIGI. YEAY YEAY!

HIHIHI

Tuesday, May 8, 2012

Genaplah Aufa 10 bulan hari ini

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini genap umur Aufa 10 bulan. 2 months to go to 1 year.

Setakat ni tumbesaran Aufa sangat baik.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang sempurna.

Terlalu menyayangi Aufa. Don't know how to describe it. Oh rasa nak mengalir air mata ni.

Friday, May 4, 2012

Aufa semakin laju berkedek kedek

Heheh..comel betol Aufa jalan kedek kedek..Dah makin laju dah. 20 langkah lebih dah dapatnye..Erm by next week ni rasenye cergas dah kot berkedek..

Papa dah bgtau siap siap nak bawa Aufa tempat lapang suh dia berkedek kedek smpi penat weekend ni. Papa memang eksaited. Dia punya kejela tu tiap tiap malam suh Aufa berjalan.

Niha dengar cerita dah belikan Aufa softcover book tu bertajuk 1,2,3..Haha..hadiah katanya..Kita tunggu jerla mlm ni tgk hadiah tu camne..

Wednesday, May 2, 2012

Aufa's steps

Yes alhamdulillah Aufa dah mula melangkah dengan banyak mlm tadi. Before ni ada juga Aufa dok melangkah but setakat satu dua langkah jer dia jatuh. But last night mak aih paling banyak 9 steps tu. Gigih terus g kedai belikan dia kasut...

Kasut baru. Omel tak?

Ibu rasa tak lama lagi maybe dalam seminggu ni cargas la dia berjalan ke hulu ke hilir. Lagi 6 hari Aufa nak sepuluh bulan dah...

Cer tengok video ni. Kelakar la aufa bertatih. terkangkang kangkang dia. Aufa memang determined. Papa trained dia berapa banyak kali daa suh jalan macam ni malam tadi. Sampai ibu said STOP IT PAPA! Aufa dah penat dah tu. Tapi Aufa layankan jer papa dia yang eksaited tuh.


Sekarang ni walker langsung dah takleh letak. Dia boleh keluar dari walker as easy as ABC.

So active. Semua orang memang akui Aufa seorang baby yang sangat sangat sangat aktif.


Biarlah aktif dari sakit lagi hati ibu papa susah...Tol x?

Tuesday, April 24, 2012

Aufa meragam

Last weekend Aufa tak berapa nak sihat sangat.

Sedih ibu bila Aufa tak sihat. Menangis..meragam..tak selesa.

Ibu kene attend bengkel hari Sabtu dari pukul 8-5ptg. Tapi sudahnya ibu dapat spend beberapa jam je kat sana.kol8-9.30 then kol3-kol4.Aufa tak boleh tinggal kat rumah tanpa ibu..Meragam jer dia..

Malam sebelum ditinggalkan tu, dia muntah sebab tekak dia ada kahak, jadinya dia tak selesa. Badan pun agak panas juga. Erm Aufa demam...Tak tahula sebab apa..Tetiba jer...

Pagi Sabtu dia bangun lewat sikit..Ibu dah g UPSI dulu. Then papa cerita dia bangun tido terus cari ibu, but ibu takde..dia punggah tengok bawah selimut kot la ibu ada. tapi ibu takde jugak.

Papa bawa g dapur, then mata Aufa melilau lilau cari ibu kat dapur. Sian Aufa. Aufa tak pernah bangun tidur ibu takde.Tak pernah langsung. Tapi hari Sabtu tu ibu takde..Mesti Aufa sedih..

Ibu balik rumah pukul 9.30pagi then jerit jerit panggil Aufa dari tingkap..Tapi Aufa tak nampak ibu lagi sebenarnya tapi ibu dah nampka Aufa senyum panjang sangat..Mesti dia happy dengar suara ibu..

Petang tu ibu keluar dalam pukul 2.45ptg. Aufa tidur..Then bangun jer tidur dia menanges2..Sampai papa terpaksa bawa Aufa datang UPSI jumpa ibu...Papa kata mula2 dah masuk kereta dia diam jer..Pastu papa cakap la kita pergi cari ibu yer..Dengar je perkataan IBU terus jerit2 nanges2..Sedih sangat agaknya ibu tinggalkan dia..Sampai UPSI, Ketua Jabatan ibu suruh ibu balik sebab kesian kat Aufa.

Kami terus ke klinik. Dr kata Aufa tak demam..tekak pun tak merah just berkahak jer..

Lepas tu kami pergi pasar malam. Aufa ok jer..ceria..balik rumah main-main..tidur.pagi esok baru bangun..Eh pelikla..ok ulak dia..before nih nanges2..ni sah sebab ibu takde ni...

Ni baru tinggal beberapa jam..Kalo kene attend kursus seminggu camne? ? ?