Saturday, May 6, 2017

Resepi Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum semua...

Ni first post untuk tahun 2017 rupanya.

Terabai rupanya blog selama 5 bulan dan walaupun 5 bulan telah berlalu saya rasa sekejap sangat. Itulah zaman sekarang ni, masa sama sahaj 24 jam tapi rasa makin tak cukup.

Okaylah Nisa sebenarnya nak share 1 resepi kuih yang menjadi kegemeran Nisa. Sebab bila duduk di UK ni kuih puteri ayu antara kuih yang orang tak jual tak macam karipap, kuih bakar, dan kuih kuih yang lain.

Sebab apa?

Sebab terus terang Nisa cakap kuih ni sangat sensitif!

Salah sikit boleh bantat. Korang tahu bantat tu apa kan?

Disebabkan terlalu rindu nak makan kuih ini Nisa pun gigih jugalah buat kuih ni dan alhamdulillah percubaan kali pertama terus berjaya.

Nasib baik kali pertama berjaya..Kalau tak mesti dah giveup.

Sebab ada juga kadang-kadang bantat. Resepi semua dah sama tapi bantat. Sebab apa? Sebab dia sensitif kadang kadang tak tahu apa puncanya.

Nisa selalu buat jualan kuih ni dekat Manchester. Tapi sekarang jarang dah buat sebab tenaga yang dikeluarkan untuk buat kuih ni tak padan dengan hasil jualan. It took a lot of time nak siapkan kuih ni walaupun bancuhan dia boleh siap in 5minutes je..tapi nak pat kelapa dalam mould then nak kukus lagi...penat sangat rasa.

Okaylah Nisa share resepi di sini ye. Ini resepi yang Nisa gunakan untuk buat jualan kuih puteri ayu.

RESEPI KUIH PUTERI AYU
Sumber : http://kerjasendirijb.blogspot.co.uk


Ni kuih puteri ayu yang Nisa buat sendiri. Gebu kan?



Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 ½ sudu kecil ovalett
2 sudu besar pewarna hijau
2 sudu besar perisa pandan
kelapa parut putih (tak mahu hitam) - (Nisa guna dessicated coconut fine - brand NATCO)
sedikit garam halus 
sedikit tepung jagung



Cara-cara
  1. Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
  2. Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
  3. Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
  4. Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu. kerjasendirijb.blogspot.com
  5. Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak . ( Sebab Nisa guna kelapa parut kering jadi Nisa basahkan kelapa kering dengan air agak agak shj + garam + tepung jagung + microwave 3 minutes)
  6. Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
  7. Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
  8. Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
  9. Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih seri ayu.
  10. Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
  11. Siap!


Okay resepi ni Nisa sertakan bersama tips juga ye sepanjang pengalaman membuat kuih puteri ayu. Nisa rasa tips ni yang sangat berguna..Nisa dah try and error banyak kali kuih ni. So take note ye semua.


  • Jangan simpan adunan dalam peti sejuk. Lepas bancuh adunan terus kukus.
  • Jika simpan di peti sejuk, then bila kukus adunan bantat. Confirm!
  • Hati hati dengan wap air, jangan bagi ianya terjatuh ke atas kuih. Nanti bantat.
  • Gunakan pengukus traditional yg macam macam nenek nenek kita dulu.
  • Jika guna steamer electric tak berapa jadi.
  • Api hendaklah besar dan air betul betul mendidih.
  • Masa pukul gula+ovelette+ telur tu, pukul hingga kembang. Bukan kembang sedikit sahaja tapi perlu kembang betul. Adunan akan likat bila dia betul-betul kembang.
  • Ovelette tu hendaklah diisikan penuh mengembung satu sudu, bukan sudu rata ye.



Thursday, December 8, 2016

Happy supervisor, happy supervisee

Assalamualaikum semua,

Lamanya tak bersiaran.

Sekarang ni Nisa suka tulis kat FB je. Sampai terabai pula blog ni.

Semalam kan Nisa ada meeting dengan SV.

Bila dah habis discuss apa nak kena buat, Nisa bangun and say thanks for the discussion today.

Tetiba Prof bagitahu, I have good news to tell you.

Terus den duduk balik kat kerusi.  Berdebar pulak rasanya. Nasib Prof dah bagitahu siap-siap ‘GOOD’ tu kalau tak mungkin belum Prof sempat cerita aku dah nangis kot.

Bila buat PhD ni uncertainties takpun constraints akan datang dari kiri, kanan, bawah, atas, depan dan belakang. Dari dalam pon boleh jadi iaitu hati yang berbolak balik.

 So bila dia nak bagitahu news tu risaula jugakkan..Mahunya tak risau oiiii.

Kotla dia nak pindah ke, nak pencen awai ke...adush mohon dijauhkan...

*********************************************************************************

Prof D:  I have got a grant for research. It’s nearly 1 million (pound).

Me : Wow is that really? Congratulations, Prof! I am so happy for you.

Prof : This is my fourth application. It was not an easy journey, though. The 3 previous applications were rejected. By the way, it was such a miracle to get this funding. Something like 'POWER FROM ABOVE' (sambil tu tunjuk jari kat atas) give me this.

Bila dia cakap power from above tu aku dah sebak tetiba. Kalaulah Prof tahu ni semua Allah punya kuasa. Haih, tapi aku tak mampula nak cakap lebih-lebih sebab this issue is very sensitive.
Prof sambung lagi..

PROF: There were 19 applications all around the UK and only 8 proposals will be accepted. I am the 8th lucky one. The person who got the marks below me did not get it.

ME: Wow, you are so lucky! When did you know this news?

PROF:  I have got an email on Monday morning, 9.15 am. The result should be released on Friday. I was waiting for the email all day in front of my notebook on Friday, but seem I haven’t got any. I told A (his wife), my proposal was rejected again. I was so depressed on weekend.  But then, at last, happy ending on Monday morning.

ME : Oh Prof, I am so proud of you. I am always praying for you. ( Eh tetiba aku fikir balik apa aku cakap ni? Macam terbalik pulak selalu cikgu cakap kat student gitu. Tapi memang betul aku selalu doa untuk Prof yang baik-baik terutamanya pasal hidayah la kan).

PROF : Thank you very much, Nisa! (He thanked me with the blinked eyes because I pray for him).

*********************************************************************************

Me terharu sangat, my SV happy, of course, me as a supervisee is more than happy.

Lama SV menunggu untuk dpaat grant hebat ni. Sebab nak dapatkan grant ni sangat ramai pesaing seluruh UK. Researcher di UK ni pun bukan nya sedikit yang hebat-hebat. Ramai sangat. He is so grateful kali ni. Siap mention 'kuasa' di atas sana. (Moga Allah kurniakan hidayah, Amin)

 Sedikit pengajaran yang saya ambil di sini. Even he is Professor dengan pengalaman yang berpuluh tahun still tak give up walau sedikit pun untuk terus majukan diri. Aku ni baru sikit cabaran dah nak give up. Sikit-sikit rasa dah tak boleh buat and putus asa. Lagilah kita ni Muslim, lagila fardhu kifayah kot kene menuntut ilmu Allah ni..

He is like my father here. Very supportive supervisor, great teacher, a great advisor,  great yet humble mentor, very understanding, very considerate, always give positive vibes to me.

Terima kasih Allah kerana hadiahkan aku seorag cikgu yang hebat. Not only in academia world tapi sangat hebat juga akhlaknya.

Aku tahu aku bukanlah seorang student yang boleh dibanggakan, tapi Prof never make me down EVEN ONCE. He always support me no matter what happens.

I will always pray for you, Prof......

One of these academic staffs is my supervisor. Who is he? Biarlah rahsia dulu.hehe..




Thursday, November 3, 2016

Lama tak menulis

Assalamualaikum semua,

Lama sungguhla tak menulis.

Last post tengok Ya Allah bulan April. Now November???

What!! Masa kenapa berjalan cepat sangat ni.

Masa kenapa kau sungguh cepat berlalu?

Ruginya aku wahai masa..

Kau makin laju..Aku?

Sesungguhnya masa yang berlalu adalah terlalu mahal.

Kenapa mahal?

Kalau kasut hilang..boleh pergi kedai balik. Beli yang baru.

Kalau duit hilang..leh kumpul semula.

Kalau masa yang hilang??

Mana kau nak patah balik?? Tak kan dapat.

Engkau takkan dapat putarkan kembali masa yang berlalu.

Even sesaat yang lepas.

Yang dah berlalu terus berlalu.

Betul dalam surah Al-Asr. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

Sungguh!Betul!Tepat Allah berkata!

Tetiba aku rasa macam rugi je aku ni..masa berlalu pantas..tapi takde sangat achievement

yang membanggakan dari segi duaniawi mahupun ukhrawi.

Aku kena move on.

Aku kena gunakan masa di dunia ni untuk berlelah lelahan.

Mudah mudahan senang hidup aku di dunia abadi sana.


Nisa
3 November 2016
1.36 pm UK time

Friday, April 15, 2016

Lancaster Farm Oldham (Manchester)

Assalamualaikum wbt.,
Hi all!

Cuti Easter yang lepas 25 Mac 2016, kami bawa Aufa pergi ke satu farm yang berdekatan dengan rumah.  Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit je. Alhamdulillah, cuaca haritu sangat cerah..Sunny day orang putih kata.

Tiket masuk ke farm ni pun taklah mahal sangat macam zoo. Harga kanak-kanak £4 dan adult £3.50. Memang harga kanak kanak lebih mahal 50 pence. Kalau nak beli makanan untuk petting hanya £1 sebaldi kecil. Kita boleh pilih sama ada lobak merak ataupun roti.


Aufa hulur lobak tapi arnab taknak makan lobak tu..Roti dia nak! Boring agaknya asyik makan lobak je..
Kitaorg datang pun dah petang sangat. Arnab dah kekenyangan agaknya..
Lobak merah pun bersepah-sepah dalam kandang tu dia tak heran pun...

Cubaan papa Aufa pula..Pun tak berjaya jenuh panggil..
Cici cici cicic (eh camna nak panggil arnab eh?, betul ke camtu?)
Tengoklah tu muka arnab kelabu tu wat tak tau je.*Combong iye kau arnab*

Pastu masuk kat tempat ni.Kat sini leh pegang arnab. Masa ni Aufa nak baldi yang isi roti pulak..
Dia frust sebab arnab taknak makan lobak dia. Nasib leh tukar bucket roti pula..

Suka arnab hitam ni makan roti..Mak pula takut arnab ni gigi jari Aufa.
Tapi dia rileks je..siap roti yg arnab tak habis gigit automatic dia g masuk mulut makan.
Terkejut mak kau nak...Lapar sangat ke tu sampai kongsi roti arnab *Nangis*

Suka dia dapat belai belai arnab

Ni ayam..Tapi besarrrr betul ayam ni.. Sampai aku pun takut tengok nye

Ni adalah moustache horse sebab dia ada micai. Tapi dia ni malu..Nyorok je belakang dinding.

Dalam ni ada juga ride kalau nak naik..Harga setial ride £1

Ni itik hilang kepala.Kikikiki

Dalam banyak banyak tempat dalam farm ni, kat sini anak mak paling suka and paling lama kitaorang berhenti.
Playground le apa lagi.

Main buaian

Ni permainan paling Aufa suka.Lebih 10 kali kot dia ulang mende ni. 

Alahai anak cine mak ni dah besar dah..Kalau buat mata kecik camni macam cina angattt

Us 

Ada burung merak. Cantik sangat burung merak ni sebab aku pernah tengok sebelum ni kat zoo mana ntah.
Alahai sedih je tengok bulu dia tercabut sana sini..Tapi yg ni mmg cantik.
Cuma taknak tunjuk kitaorg kepak dia tu..
*Geram sangat jenuh pujuk*

Yang ni merak putih. First time aku jumpa..Tengoklah crown dia tu elok je tegak tu ha..

I love that blue colour.. Cantik sangat warnanya

Oopsss binatang apa ni? First time juga nampak bertompok tompok yang besar ni..Selalu kecik je...Ngeeee

Aummmmmmmmm!

Banyak lagi binatang nnti akan dimasukkan kemudian ye..Sampai nak dekat tutup farm ni baru kitaorg keluar..Yerla pergi pun dah lambat sebab tunggu solat Jumaat habis.

Next mission nak pergi Knowsley Safari Park. Nak try tgk haiwan dari dalam kereta pula. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana pula.

Thursday, February 11, 2016

Lake District during autumn 2015

Autumn scenery is magnificent!

Some people love autumn very much. Why?

Because the colours during the autumn are vibrant.

The trees in full autumn colours are glorious.


From green leaves transmuted into yellowish, golden, reddish leaves.


Sooooo beautiful indeed! MasyaAllah.

Last year, around end of October school holiday, we went to Lake District, which is about one and half hour to the north of Manchester. 

Actually, I already have planned to go to Knaresborough then visit my friend in Newcastle, then go to the Lake District. 

However, because of some reasons we only managed to visit Lake District. Anyway, it was just a short weekend gateaway.

From Manchester we straight away headed to Bowness in Windermere. It is one of the popular tourist place at the Lake District. There are another few places that we can visit in Lake District for instances Lakeside, Ullswater, Ambleside and etc.



We had a boat ride to Lakeside from Bowness. Such a good experience to view the autumn scenery along the lake, though it was too cold. Grrrrr!

I bought the yellow ticket which costs GBP 19 per person. Children under 5 is free.

The boat headed to the Lakeside pier and then, from the Lakeside pier we rode on 'old school' train which was a steam train. Feeling-feeling zaman dodulu. It was return journey.

   






There was so breezy and windy outside. We couldn't bear on it. So lets go inside the boat.

There is a small canteen inside

Very 'old skool train'

She said what a Halloween train, mummy!!





Around Bowness on Windermere

Once the boat journey ended, it started raining heavily. Thanks God we managed to finish it on time.
Nothing we could do when it was raining so we decided to check in the hotel..We checked in the famous hotel in the UK for 'rakyat marhein' like us which is 'Travelodge Hotel'..Hehe

Checked in Travelodge Carlisle 1 hour journey from Bowness.

Why I chose Carlisle (Pronounce : Kalai) ? This is because my initial plan  on that day to go to Knaresborough and Newcastle. Then from Newcastle to Lake District. That is why I chose Carlisle instead of staying at the Lake District. Anyhow, it was worth every penny though.

Ullswater

Look! Subhanallah it was amazing. We managed to get the best scenery in Ullswater.

The lens of the camera can't describe how beautiful it was. The best is seeing it with your 'own lens', a gift from Allah.
Our activities here : Threw the stones and screamed loudly 

Ullswater is a part of Lake District


This place called Patterdale. It is in between Bowness on Windermere and Ullswater.


Mountain + traditional UK phone booth + bench. Amazing isn't it? Say no to the dustbin please. 

Please put away the dustbin. Not nice.

Kirkstone Pass. Beautiful indeed. Just managed to capture the scenery from inside the car.



Bye - bye Lake District.

The nature journey is the best way to relax your mind. I love this place so much!