Friday, April 15, 2016

Lancaster Farm Oldham (Manchester)

Assalamualaikum wbt.,
Hi all!

Cuti Easter yang lepas 25 Mac 2016, kami bawa Aufa pergi ke satu farm yang berdekatan dengan rumah.  Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit je. Alhamdulillah, cuaca haritu sangat cerah..Sunny day orang putih kata.

Tiket masuk ke farm ni pun taklah mahal sangat macam zoo. Harga kanak-kanak £4 dan adult £3.50. Memang harga kanak kanak lebih mahal 50 pence. Kalau nak beli makanan untuk petting hanya £1 sebaldi kecil. Kita boleh pilih sama ada lobak merak ataupun roti.


Aufa hulur lobak tapi arnab taknak makan lobak tu..Roti dia nak! Boring agaknya asyik makan lobak je..
Kitaorg datang pun dah petang sangat. Arnab dah kekenyangan agaknya..
Lobak merah pun bersepah-sepah dalam kandang tu dia tak heran pun...

Cubaan papa Aufa pula..Pun tak berjaya jenuh panggil..
Cici cici cicic (eh camna nak panggil arnab eh?, betul ke camtu?)
Tengoklah tu muka arnab kelabu tu wat tak tau je.*Combong iye kau arnab*

Pastu masuk kat tempat ni.Kat sini leh pegang arnab. Masa ni Aufa nak baldi yang isi roti pulak..
Dia frust sebab arnab taknak makan lobak dia. Nasib leh tukar bucket roti pula..

Suka arnab hitam ni makan roti..Mak pula takut arnab ni gigi jari Aufa.
Tapi dia rileks je..siap roti yg arnab tak habis gigit automatic dia g masuk mulut makan.
Terkejut mak kau nak...Lapar sangat ke tu sampai kongsi roti arnab *Nangis*

Suka dia dapat belai belai arnab

Ni ayam..Tapi besarrrr betul ayam ni.. Sampai aku pun takut tengok nye

Ni adalah moustache horse sebab dia ada micai. Tapi dia ni malu..Nyorok je belakang dinding.

Dalam ni ada juga ride kalau nak naik..Harga setial ride £1

Ni itik hilang kepala.Kikikiki

Dalam banyak banyak tempat dalam farm ni, kat sini anak mak paling suka and paling lama kitaorang berhenti.
Playground le apa lagi.

Main buaian

Ni permainan paling Aufa suka.Lebih 10 kali kot dia ulang mende ni. 

Alahai anak cine mak ni dah besar dah..Kalau buat mata kecik camni macam cina angattt

Us 

Ada burung merak. Cantik sangat burung merak ni sebab aku pernah tengok sebelum ni kat zoo mana ntah.
Alahai sedih je tengok bulu dia tercabut sana sini..Tapi yg ni mmg cantik.
Cuma taknak tunjuk kitaorg kepak dia tu..
*Geram sangat jenuh pujuk*

Yang ni merak putih. First time aku jumpa..Tengoklah crown dia tu elok je tegak tu ha..

I love that blue colour.. Cantik sangat warnanya

Oopsss binatang apa ni? First time juga nampak bertompok tompok yang besar ni..Selalu kecik je...Ngeeee

Aummmmmmmmm!

Banyak lagi binatang nnti akan dimasukkan kemudian ye..Sampai nak dekat tutup farm ni baru kitaorg keluar..Yerla pergi pun dah lambat sebab tunggu solat Jumaat habis.

Next mission nak pergi Knowsley Safari Park. Nak try tgk haiwan dari dalam kereta pula. Mudah-mudahan ada rezeki ke sana pula.

2 comments:

  1. Nampak Aufa dan big girl sekarang :)
    Knowsley Safari pun best... mmg berbaloi spent masa utk ke sana :)

    ReplyDelete
  2. Hehe dah big girl sgt kak nur...InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke Knowsley tu summer ni :-)

    ReplyDelete