Saya mendapat tahu saya mengandung pada waktu malam 10 November 2010 selepas membuat ujian UPT sendiri di bilik air di rumah sendiri. Ketika tu saya tinggal di Klang. Apa yang membuatkan saya tergerak hati untuk buat UPT adalah disebabkan setiap hari saya demam. Demam saya tidak baik baik juga walaupun pergi cek hospital 2,3 kali dan dah menelan berpuluh puluh biji panadol ( saya kesal ya amat). Perasaan ketika itu sungguh terkejut dan rasa tidak percaya. Manakan tidak, 2 minggu sebelumnya result UPT saya negatif. Malam itu saya dan suami asyik bertanya satu sama lain.
"Betul ke bang Nisa mengandung. 2minggu lepas takde pun"
Selang lima minit pula,
" Yang, betul ke ni abang nak jadi ayah dah?"
Selang sepuluh minit kemudian,
" Abang, macam tak percaya je Nisa mengandung. Dah nak jadi ibu!"
Macam tula kami sepanjang malam tu sampaila kami berdua tertidur. Bukan nya tak gembira, tapi masih terkejut mendapat berita baik seperti ini. Rasa seperti mimpi! Allah dah beri rezeki yang tak ternilai harganya walaupun masih di awal perkahwinan.Syukur.
Esoknya, 11 November 2010, kami ke Hospital UMRA, Sek 13 Shah Alam. Ya mem
ang benar saya mengandung setelah di scan. Mengikut ukuran kantung kandungan saya berusia 6minggu! Makanya dah sebulan setengah saya membawa si kecil ini. Patutla saya demam tak baik baik. Tapi ada sedikit kebimbangan di situ kerana telah menelan bermacam macam ubat sebelumnya.
Selang 3 minggu,
Saya membuat checkup lagi di UMRA. Tapi sedihnya, setelah discan 2x, cuma ada kantung (sac) sahaja, embryo tiada. Dr nasihatkan keep continue makan asid folik dan jika ada turun darah dalam masa seminggu ni cepat cepat datang hospital. Kes saya ni
menunjukkan, baby tidak membesar and bila bila masa je akan miscarriage. Saya redha kalau inilah ketentuannya.
nampak tak kantung kosong yang embryo nye hilang
Selang seminggu,
Saya membuat checkup lagi sekali. Kali ni berdebar debar bukan main lagi. Saya takde turun darah pun dalam masa seminggu ni. Sakit perut apatah lagi. Bila discan sahaja, terus saya nampak embryo comel di dalam kantung. Alhamdulillah, syukur baby saya sihat dan membesar dengan sempurna. Dah nampak tunas kaki dan tangan. Dah berusia 10 minggu pun! Moralnya, saya nak beritahu apabila nak scan jangan terlalu kosongkan pundi kencing sebab nanti tak berapa clear nak scan. Buat suspen je kan minggu lepas. Saya pergi buang air before scan tu, hehehehe. Manala saya tahu, first timer lah katakan.
MasyaAllah, saya takjub sungguh dengan kebesaran Allah SWT.
Minggu lepas hilang, minggu ni dah nampak kepala,tangan dan kaki!
Alhamdulillah Ya Allah. Barulah senang hati saya selepas itu.
Tunggu episod seterusnya, pengalaman saya sepanjang kehamilan pertama ni.
Bye!
Nota kaki:
1) Jika nak scan, pastikan anda tidak terlalu mengosongkan pundi kencing anda. Jika nak buang air boleh, tapi janganla habis habis yer :-)
0 comments:
Post a Comment