Wednesday, November 21, 2012

Tahniah wahai adinda Hayani Mirza!

Assalamualaikum semua dan hai hai

Teruja sikit nak bercerita ni.

Adik bongsu saya si Hayani tu dapat 5A dalam UPSR yang diumumkan kelmarin!

Tu tengok tu siap ada gambar pegang sijil taw. Hayani sebelah kanan
 Rugi dulu i masa darjah 6 tak tangkap camni


Ha sekolah dia ada 4 orang dapat 5A.
Calon UPSR ada 11 orang je. TAK PERCAYA? PercayalahhhhH...

Ioll terkezut tau..Bukan I jer terkezut. Semua adik beradik I terkezut. Haha.

Ini mungkin berkat doa mak dan ayah yang tak jemu jemu mendoakan dia akhirnya berjaya juga dapat 5A.
Itula doa tu sangat sangat pentingkan...Tambah tambah doa ibu memang mustajab!




Tapi I ada pesan untuk dia..

Yani,
UPSR ni hanya permulaan jer. Banyak lagi nak kene tempuh lepas ni. Semoga Yani lepas ni menjadi orang yang lebih rajin belajar lagi, lebih matang, lebih berdikari.
Semoga Yani jadi anak yang membanggakan mak dan ayah ye.


Note:
Budak budak zaman skang ni hadiah nak mahal mahal jer. Ada ke mintak hanpon Samsung Android. 
Tak sampai setahun pun belikan dia Samsung Champ dulu. Janji taknak beli hanpon lain dah..

I pon pakai hanpon nokia cikai jer. Beli harga RM200 je kowtttt.

Update:

Yani dah kena petir kedabommmm ngn Kak Chik dia sebab nak beli hanpon. Kak Chik memang garang cam singa. Yani memang takut ngn Kak Chik dia. Hikhikhik

Kita tunggu update nya nanti sama ada mak ayah belikan tak dia hanpon tu..I rasa macam diorang akan belikan..Haila anakkk zaman sekarang.

Latest Update:

Hayani dah beli dah henpon baru Samsung Galaxy Ace.

Friday, November 16, 2012

Review : Zoo Negara

Assalamualaikum semua and hai..

Semalam kan cuti sempena Maal Hijrah. Selamat datang tahun baru 1434H. Apa azam uoll semua?

Ok balik semula tentang cerita Zoo ni kan. Actually semalam saya tak plan ke mana pun. Ingat nak duduk rumah jer. At last FIL call ajak ke Zoo Negara sebabnya family Along (kakak ipar saya) bawa anak anak nya ke sana. So FIL teringin agaknya nak pergi. Kami pun pergila bertolak dalam pukul 11am dari Tg Malim.

Sampai di Zoo Negara around 12pm lebih lebih gitu..



Tiket

Zoo Negara dibuka pukul 9am - 5pm. 

Tiket masuk
from Zoo Negara Website

Gadis Kaunter. eceh.

Hot papa! 


Bus Comel dalam Zoo

Harga bus ni Dewasa RM3, Kanak kanak lebih 2 tahun RM2.

Bus no plat ZOO 2

Dia akan bawa kita dari pintu masuk sampai satu checkpoint. Kat checkpoint ni boleh pilih nak berhenti atau nak terus jer duduk dalam bus.

Kalau tak berhenti kita hanya dapat tengok 20% je dari keseluruhan zoo ni.

Kalau nak turun berhenti jalanlah sukati korang berapa lama pun. Nak lawat 'kawan kawan' kat dalam ni.
Nanti nak balik pergi balik tempat checkpoint and boleh naik balik bus ni. Tapi makesure SIMPAN TIKET!

Satu bus kami conquer

Animalia

Kita layankan gambar jerla yer


Si leher jinjang aka giraffe

Bangau Oh Bangau

Tengok tu ha ha ha ri mau datang! Tekun Aufa tengok harimau

Garangkan? Aktif harimau ni ke hulu ke hilir. Yang kat Zoo Melaka asyik tidur dan nampak tua.

Masuk air pulak nak sejukkan badan

LEMBU. Takut Aufa time ni kotla ibu nak campak kan dia kat lembu. Tengok jeling semacam je

Rhinoceros

Zebra and giraffe
Takut tengok badan Bull berketoi ketoi ni
Penguin pun ada

Banyak lagi binatang macam Unta, Monyet, Butterfly Park pun ada. Tapi saya tak pergi. Penat dah hoi!

Animal Show

Show ada pukul 11pm dan pukul 3pm. Patotnya buatla selang 2jam ye Zoo Negara. 

Rehat time

Melawat Zoo ni memang penat kan.. Tambah pulak cuaca panas. So rehat la kejap sambil makan eskem. Kat dalam zoo ni ada booth jual makanan. Tapi harga memang la 'UP'.

Macam aiskrin 2 scoops ni lapan hengget ko tau.

Ada jugak disediakan bilik bilik kecil. Dalam bilik tu beraircond. Yerla kalau anak anak kecil meragam panas boleh masuk bilik tu. Maaf takde gambarla.





Bye Bye Zoo Negara. Nak balik dah. Hope to see you 'soon'.
Hoh 10 tahun akan datang pun tak tentu datang lagi kan...
This picture anak sedara saya Azam tangkapkan. Pandai kan dia?


My Review

Actually kawasan Zoo Negara ni dah pun dikelilingi dengan projek pembangunan dan taman perumahan. So nak feel rasa hutan tu dah takde sangat. 
Takde pun rasa sejuk sejuk hutan tu

Cuba you all tengok gambar kat bawah ni. Nampak bumbung rumah orang kan? 


Abang ipar saya ckp agaknya dari tingkap rumah dah boleh nampak kepala zirafah. 
Kesian kan haiwan kat sini :(
Ada yang betul betul dah nampak sebuah rumah dekat dengan kandang Tapir.
Bila agaknya Zoo Negara nak dipindahkan. Ada dengar ura ura tentang hal ini. 
Bukan apa kesian kat haiwan haiwan ni. 

Paling best dekat tempat harimau. Dia nampak garang sangat!Grrrrr. And cantik betoi bulu dia.


Wednesday, November 14, 2012

Review : Impiana KLCC Hotel & Spa


Assalamualaikum semua,

Kali ni saya nak buat review sikit tentang Impiana KLCC Hotel & Spa.

4 Bintang bintang

This is four star hotel and dan terletak betul betul di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Rate hotel ni untuk superior room starts from RM 248 ++.  Tips yang bole saya beri kat sini buat reservation through hotel punya website sebab harga lebih murah. Kalau booking contohnya from agoda harga nya mahal rm1++

Lobi yang luas serta cantik

Lokasi

Sangat dekat dengan Kuala Lumpur Convention Centre. Kira opposite jer dalam 80 meter kot..Boleh jalan kaki 2 minit sampai. Masuk masuk je KLCC terus jumpa Aquaria.

Hotel ni salah satu tempat yang mana dihubungkan oleh Bukit Bintang-KLCC Pedestrian Walkaway Bridge. So setakat nak ulang alik KLCC, Pavilion, mall sekitar bukit bintang boleh jalan kaki jerla. Dari Impiana ke Pavilion almost 10 minutes jugak jalan kaki sebab saya bawa anak. Kalau jalan laju 5 minit buleh sampai da kot.

This bridge if fully covered and ada air-conditioned. Memang selesa la.

Dalam bridge ni ada penunjuk arah so takkan sesat.
Picture taken from here

Room

Saya duduk di Twin deluxe room. So bilik yang lain taklehla nak komen panjang panjang. Keluasan bilik ni luas tapi takleh lawan dengan bilik yang saya stay di Dorsett Regency KL.

And please cakap kat receptionist nak bilik yang di depan..Kalo dapat bilik belakang harapannya menghadap bangunan sajelah.

Telefon ada sampai dua!

Sesuai untuk bussines traveller sebab nya ada meja nak buat kerja and ada lampu meja lagi.

Lantai timber floor. Saya kurang gemar lantai macam ni sebabnya satu sejuk sikit and mudah terasa habuk. I prefer carpet.

Iron board, iron, pengilap kasut, shoes extender, bathrobe, peti simpanan, tea maker semua lengkaplah. Sama macam 4 star hotel lain cumanya shoes extender dan pengilap kasut tu baru jumpa.

Tengah skodeng ape tu cik abang?

View from window
Ini budak kecik ada bussiness manyak besarr wooo.. Takdela kerja lain asyik main telefon saje.
Ada pillow service. Satu kelainan juga. Macam macam pillow ada. Saya tak guna pun service ni takut kang tukar pillow lain tak sedap pulak. Pillow yang dia sedia bagi memang dah empuk betul.













Bathroom


Bathroom pun lebih kurang ker dengan 4 star hotel lain. Ada bathtub. Tu yang penting. Cuma nya toilettries macam shampoo, lotion, shower cream dia bau macam ubat. Tak wangi.

Cafe

Kat sini main cafe dia adala Tonka Bean Cafe. Makanan variety. Macam macam tapi tak larat pun nak makan semua. Harga breakfast pun tak mahal sangat dalam rm30 ++ ( ini kalau kes breakfast tak disertakan dengan bilik) .

Untuk dinner pada hari Ahad harga nya akan lebih murah RM 48++. If Friday and Saturday RM88++.

Cafe ni besar dan luas juga.

Waiter and waitress dia peramah sangat.

View of Tonka Bean Coffe House
image from Impiana website

suapkan si comel berhud merah

 Another facilities

Pool ada di tingkat 4. Even pool nye kecil jer tapi its infinity pool dan nampak view KLCC. Best sangat.

Spa pun ada di tingkat 4.

Gym pun sama

infinity pool oyeah

janganla serius sangat nak oii..perut bun bun


ibu dan aufa reflection on mirror

klcc separuh view from pool

with papa
Depan impiana ni ada hotel baru bukak. 5 stars kot. Pool dia cantik gilers.


Before balik kene capture gambar dalam mirror.
Aufa geram la ngn papa ni. Tarik tinge sketttt.


Anak dara sungguh sunggu berlari kat lobi mentang mentang luas.

Overall, saya nak komen, best hotel ni sebab dekat dengan Pavi, KLCC. So tak perlu nak sewa taxi atau nak drive kereta. Kira dah jimat di situ kan.

But bilik ni sejuk sangat. Even waktu malam kami dah tutup aircond still sejuk sampai ke tulang coz ada ruang bawah pintu maka air-cond dari luar masuk. Lagipun floor dia bukan carpet so mungkin tu salah satu sebabnya.

Interior dia cantik..Semua bunga are fresh flowers. Lobby pun luas and cantik!

Thursday, November 8, 2012

Aufa dah 16 bulan today!

Salam semua dan hai hai iiii

Hari ini Aufa genap enam belas bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan.

Tapi lagaknya persis budak dah dua tahun. Memang hero heroin lah dia tu.

Last week buat checkup di KK Tg Malim beratnya dah 10.5 kg. Badan pon memang semangat. Berat mau dukung oh.

Aufa sekarang ni kalau tak dapat apa yang dia nak dia akan nangis sambil jerit jerit. Kadang kadang jerit sampai rasa nak termuntah. Propa je dia tu.

Pantang nampak tempat lapang. Mesti rasa heaven nak berlari. Kalau kita pegang tangan dia, dia terus duduk tanda protes tak nak dipegang.

Makan still suka makanan ala ala bubur. Kalau nasi keras macam kita makan tu dia luahkan jer. Kalau yang lembik lembik satu pinggan besar licin!

Masih addicted dengan animasi Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu. Kalau kartun 2D dia tak minat.

Dah boleh ikut rentak lagu. Suka nyanyi lagu nih doa bangun tidur, doa sebelum tidur, doa makan, dan macam-macam lagi koleksi doa oleh kumpulan Tilmiz ( boleh search di Youtube ).

Dah pandai nak sujud dalam solat

Dah pandai baca doa dengan aminnya sekali. Tapi takdela keluar sebutir sebutir ayat doa tu cuma intonasinye jerla. Tapi dia tahu sebelum makan mesti baca doa.

Mulut macam bertih jagung. Bising pok pek pok pek bahasa dia.

Kalau nak sesuatu dia akan ambil barang tu dan tunjuk kat kita.
Contoh nak suruh on tab, dia akan ambil tab,hulur kat kita and sebut ni ni ni.
Kalau nak minum air masak, ambil bottle air dia dan beri kat kita sambil sebut ni ni ni jugak..
Kalo nak apa apa pun mesti sebut NI NI NI.

Tu jerla hal nya anak dara saya sorang tu. Ok tempek gambar dia satu yer


Friday, November 2, 2012

Konvokesyen di UKM

21 hb Oktober lepas adalah hari graduasi Master saya.

Layan gambar jerla yer. Malas mau cite panjang-panjang.

Right after keluar dari DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak)

Orang kuat dibelakang ku. Tanpa mereka takdanya aku kat sini

Kenapa Aufa nak tanggalkan sandle?

Cantik. Eh!

Thanks suami yang banyak membantu untuk saya habiskan pengajian ni.

Tq sebab hadir. Terharu datang dari jauh nak hadiri konvo saya.
Adik lelaki saya terpaksa bekorban dtg even lagi 2minggu nak SPM
Adik saya Humairah pun semangat dtg dari Asasi UIA naik komuter even esok ada final exam.
Eh Aufa ni memang serius je dlm gambar. Pasaipa?

Ha gigit topi ibu yer. Tak sempat bukak lagi dia dah tarik tarik

Permata hati saya

Konvo kali ni lain. Tak sama dengan degree. Dulu saya sibuk sibuk dengan kawan kawan. Kali ni sibuk dengan anak. Alahai ko anak...

Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya sebab menyokong saya dan mendoakan saya. Buat suami saya, terima kasih tolong saya dan bnyk fahami saya.Walaupun saya habiskan master agak lambat atas beberapa sebab tapi akhirnya berjaya jugak habiskan..

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan...


Nota kaki:

Semasa saya di dalam DECTAR, suami mesej saya, atuk  (ayah kepada ibu mertua saya) di Raub baru meninggal dunia. Alfatihah untuk arwah atuk semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman.

This entry was posted in

Thursday, November 1, 2012

Tips : Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ok kepada mereka yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Ingat jangan anggap uoll dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer..Uoll WAJIB buat permohonan..Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat yer;
  • uoll mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • uoll mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda 
    • jadi untuk diploma, master ke tak layak ye
  • uoll punya ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA

Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI

    Makesure uoll buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita  
    kepada biasiswa. Yerla takkan tetiba bagi borang sesaje kan. Adanya surat ni memudahkan pihak 
    PTPTN buat rekod. If kita nak call PTPTN untuk tanya apa-apa senang sebab surat kan ada tarikh. 
    Senang nak retrieve apa-apa.

2. BORANG AKUAN PELAJAR

    Borang ni boleh didownload dari website PTPTN.
    Klik sini atau pun boleh juga klik sini --> Borang Akuan
    Dah download silalah isi yer
    Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP

    Satu salinan Ijazah Sarjana Muda
    Satu salinan transkrip
    Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat anda belajar.
    Jangan pulak ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak 
    boleh!

4. LAIN-LAIN

    Jika dalam ijazah anda tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', perlu ke bahagian Akademik universiti 
    dan mohon surat yang menyatakan anda adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
    Tapi kalau memang dah tertulis didalam sijil tu tak perlu mohon surat yer.

    Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan   
    Malaysia (MQA).

5. HANTAR PERMOHONAN

    Boleh hantar by pos or by hand ke alamat

                                         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,

OFF JALAN SEMANTAN,

DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob - Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)


Ok macam kes saya;
29 Jun 2012    - hantar surat permohonan ke PTPTN
Ogos 2012      - dapat surat dari PTPTN yang menyatakan dah terima surat saya dan permohonan  
                          akan di proses
Oktober 2012  - dapat surat persetujuan untuk tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
    

So, uoll jangan lupa hantar yer! Semoga berjaya!

p/s : nak tahu macam mana nak mohon balik lebihan bayaran yang sudah dibayar kepada PTPTN?
Boleh klik sini



PTPTN : Pengecualian Bayaran bagi Ijazah Sarjanamuda Kelas Pertama

Saya adalah peminjam PTPTN yang bermulanya perjanjian antara saya dengan pihak PTPTN pada Julai 2005. Semasa taklimat, pihak PTPTN ada menyatakan bahawa tiada lagi pengecualian bayaran bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama.

Walaupun dah dinyatakan camtu syaratnya saya tetap buat pinjaman dengan PTPTN. Sebabnya:
1- Saya adalah pelajar B.Ed maka JPA tiada sediakan scholarship untuk B.Ed
2- Scholarship yang banyak adalah KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia - kontrak 5 tahun jadi guru)
    dan juga KPT ( pensyarah di politeknik )
3- Saya taknak bond dengan mana mana pihak sebabnya saya punya aim nak sambung master and phd
    terus.
4- Saya bukan anak orang kaya yang mak bapak saya mampu nak tanggung pengajian saya 4 tahun. Kalau
    mampu sekalipun saya kasihankan mereka.Saya ada empat orang adik lagi yang masing masing sedang
    belajar.

Alhamdulillah, setelah empat tahun belajar, saya mendapat keputusan yang cemerlang. Itu memang target saya. Setiap semester saya pastikan saya capai target saya ni.

Apabila saya mula bekerja, saya mula membayar ansuran PTPTN.

Sehinggalah bajet 2010 dibentangkan, PM menyatakan peminjam yang meminjam SEBELUM Julai 2005 dan tamat pengajian SELEPAS  1 Januari 2010 akan mendapat pelepasan bayaran balik jika mendapat Ijazah kelas Pertama.

Saya adalah peminjam PADA Julai 2005 dan tamat pengajian pada Mei 2009 maka saya TAK LAYAK.

Sedih sangat masa ni. Ianya memang TIDAK ADIL!! Kecewa betul dengan bajet 2010. Start daripada hari tu saya tak pernah bayar PTPTN sebabnya saya rasa GERAM dan ini tak adil bagi saya.

Bayangkan kami semua adalah peminjam dan masing masing struggle nak dapatkan ijazah yang baik tapi hanya mereka yang meminjam dalam tempoh masa sekian sekian sahaja yang diberi pengecualian. Bukan sikit tau. Basic pinjaman saya RM28K belum masuk kos perkhidmatan 3%.

Ini tidak adil! tidak adil! tidak adil bagiku! (ekh lagu Yuna pulak)

Saya ada nyatakan hal ini di FORUM Anjung PTPTN. Ramai lagi yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka di sini. Sudah dua tahun pihak PTPTN nyatakan benda yang sama berulang ulang kali. Takda berita baik pun untuk kami yang  tertindas ni.

Namun Jun 2012 lepas, barulah orang orang berkenaan ni buka mata sikit kot hal ni. Akhirnya semua peminjam tak kirala dia meminjam start julai 2005 ke dan bergraduat sebelum oktober 2010 ke, semuanya diberi pelepasan jika mendapat ijazah kelas pertama.

Saya terima berita tu dengan rasa syukur sangat.

Terus buat surat, hantar sijil dan transkrip semua ke PTPTN.

Dan 2 hari lepas.....
Saya terima ni!



PTPTN dah bersetuju tukarkan pinjaman saya kepada biasiswa!




Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh.Syukur Ya Allah..Syukurr.

Cara-cara nak buat permohonan boleh klik sini :-)
This entry was posted in