Wednesday, November 14, 2012

Review : Impiana KLCC Hotel & Spa


Assalamualaikum semua,

Kali ni saya nak buat review sikit tentang Impiana KLCC Hotel & Spa.

4 Bintang bintang

This is four star hotel and dan terletak betul betul di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Rate hotel ni untuk superior room starts from RM 248 ++.  Tips yang bole saya beri kat sini buat reservation through hotel punya website sebab harga lebih murah. Kalau booking contohnya from agoda harga nya mahal rm1++

Lobi yang luas serta cantik

Lokasi

Sangat dekat dengan Kuala Lumpur Convention Centre. Kira opposite jer dalam 80 meter kot..Boleh jalan kaki 2 minit sampai. Masuk masuk je KLCC terus jumpa Aquaria.

Hotel ni salah satu tempat yang mana dihubungkan oleh Bukit Bintang-KLCC Pedestrian Walkaway Bridge. So setakat nak ulang alik KLCC, Pavilion, mall sekitar bukit bintang boleh jalan kaki jerla. Dari Impiana ke Pavilion almost 10 minutes jugak jalan kaki sebab saya bawa anak. Kalau jalan laju 5 minit buleh sampai da kot.

This bridge if fully covered and ada air-conditioned. Memang selesa la.

Dalam bridge ni ada penunjuk arah so takkan sesat.
Picture taken from here

Room

Saya duduk di Twin deluxe room. So bilik yang lain taklehla nak komen panjang panjang. Keluasan bilik ni luas tapi takleh lawan dengan bilik yang saya stay di Dorsett Regency KL.

And please cakap kat receptionist nak bilik yang di depan..Kalo dapat bilik belakang harapannya menghadap bangunan sajelah.

Telefon ada sampai dua!

Sesuai untuk bussines traveller sebab nya ada meja nak buat kerja and ada lampu meja lagi.

Lantai timber floor. Saya kurang gemar lantai macam ni sebabnya satu sejuk sikit and mudah terasa habuk. I prefer carpet.

Iron board, iron, pengilap kasut, shoes extender, bathrobe, peti simpanan, tea maker semua lengkaplah. Sama macam 4 star hotel lain cumanya shoes extender dan pengilap kasut tu baru jumpa.

Tengah skodeng ape tu cik abang?

View from window
Ini budak kecik ada bussiness manyak besarr wooo.. Takdela kerja lain asyik main telefon saje.
Ada pillow service. Satu kelainan juga. Macam macam pillow ada. Saya tak guna pun service ni takut kang tukar pillow lain tak sedap pulak. Pillow yang dia sedia bagi memang dah empuk betul.













Bathroom


Bathroom pun lebih kurang ker dengan 4 star hotel lain. Ada bathtub. Tu yang penting. Cuma nya toilettries macam shampoo, lotion, shower cream dia bau macam ubat. Tak wangi.

Cafe

Kat sini main cafe dia adala Tonka Bean Cafe. Makanan variety. Macam macam tapi tak larat pun nak makan semua. Harga breakfast pun tak mahal sangat dalam rm30 ++ ( ini kalau kes breakfast tak disertakan dengan bilik) .

Untuk dinner pada hari Ahad harga nya akan lebih murah RM 48++. If Friday and Saturday RM88++.

Cafe ni besar dan luas juga.

Waiter and waitress dia peramah sangat.

View of Tonka Bean Coffe House
image from Impiana website

suapkan si comel berhud merah

 Another facilities

Pool ada di tingkat 4. Even pool nye kecil jer tapi its infinity pool dan nampak view KLCC. Best sangat.

Spa pun ada di tingkat 4.

Gym pun sama

infinity pool oyeah

janganla serius sangat nak oii..perut bun bun


ibu dan aufa reflection on mirror

klcc separuh view from pool

with papa
Depan impiana ni ada hotel baru bukak. 5 stars kot. Pool dia cantik gilers.


Before balik kene capture gambar dalam mirror.
Aufa geram la ngn papa ni. Tarik tinge sketttt.


Anak dara sungguh sunggu berlari kat lobi mentang mentang luas.

Overall, saya nak komen, best hotel ni sebab dekat dengan Pavi, KLCC. So tak perlu nak sewa taxi atau nak drive kereta. Kira dah jimat di situ kan.

But bilik ni sejuk sangat. Even waktu malam kami dah tutup aircond still sejuk sampai ke tulang coz ada ruang bawah pintu maka air-cond dari luar masuk. Lagipun floor dia bukan carpet so mungkin tu salah satu sebabnya.

Interior dia cantik..Semua bunga are fresh flowers. Lobby pun luas and cantik!

0 comments:

Post a Comment