Monday, December 10, 2012

Aufa is already 17months!

Hai semua and assalamualaikum!

8/12/2012 kan princess Aufa dah 1 tahun 5 bulan..Alhamdulillah....dah makin besar dia. Makin sihat dan makin berratt! Dah 11kg dah beratnye.

Sempena umurnya berganjak bulan papa dah hadiahkan Aufa dengan...........

Yellow Car wit plat number QX-7411-3

Ni kete dari negara mano la ni?
Brand kete yang tak dapat dikenalpasti
Ok meh kita test kete ni dulu eh. 
Woah siap berdiri dalam kete anak omak ni!

Kereta ni sebenarnya adalah remote control car tapi jenis besar and boleh naik. Passenger takleh limit 50kg. Omaknya niha pun ado gak try naik. Bukan omak yang nak ye tapi bapak nyo ha yang suruh omak naik nak test tengok leh gerak ko tak kete ni. Berat omak ni 50kg jadi kete memang boleh gerak tapi selowwwwwwwwwww yang amat!

Kunci kete pun ada kalo nak start kete ni kene masukkan kunci dulu. Alaaaa macam kita start kereta tula..Tapi si Aufa ni suka sgt main kunci nya sekali tercampak. Tula gagah dia mencari. Sebenarnya ibunya dah sorok siap siap sebelum dia nampak. Kang asyik nak mainnn kunci je kang.

Mano la kunci kete ni ha...Sampai dah termasuk kepala bawah kete

Seronok bukan main dapat kereta. Nak tengok katun Upin Ipin kat TV nak dok dalam kete. Pastu siap nak baring pulak dia dalam itu. So papa g masuk bantal and alas dengan toto car seat tu bagi empokk sikit.

Sempena umur 17 bulan ni, omak nak citela sikit perihal si Aufa ni.

Sekarang asyik nak menyanyi jer. Kalo lagu Pada Zaman Dahulu tu dah boleh ikut rentak dah. Lagu AIEOU pun dah boleh dah. Kalo tengok Upin Ipin or Pada Zaman Dahulu mana mana scene yang dia minat tu dia boleh ikut ikut buat gaya n mengomel. Lagi haru OST Adam dan Hawa pun dia layan jugak.. Bile Part Demiiii Cintaaa tu lagi dia sukee..Pastu bila dah habis kan lirik dia Cintaaaaaaaaaaa.....then siap buat gaya tangan lagi menunjukkan dah habis. Gaya tangan tu susah aku nak describe camne. Tapi mmg kelakar.

Asyik bercakap jeeee.. Tapi satu ape pun aku tak paham. Tapi layankan jer dia ckp asalkan dia happy.

Kat TV kami boleh record Upin Ipin so bila cerita Upin Ipin dah habis and dia nak tukar episod baru she will say AMMMAKKKK sambil pegang remote TV. Aku pun tak paham nape kuar perkataan AMMMMAAKKKK tu.

Sangat kuat merajuk lately. Kalo dia g panjat kabinet TV aku tunjuk isyarat No ( jari telunjuk gerak -gerak), then dia dah masam muka terus sujud. Sujud tu maknanya dia merajukla tu...Pastu nak kene pergi dekat dia sambil pujuk pujuk barula ok balik.

If we say no no no je pun dah majuk jugak...Sume benda nak majukkk.. Kadang kadang saja je nyakat dia.


Suka ambil baju kotor dalam bakul and pakaikan kat kaki. Kengkonon pandaila nak pakai baju senirik. If berjaya masukkan dia akan tepuk tangan sambil ckp Yeayyyyyy. Kami pun yeayyykan la jugak.. T kecik hati pulak kann.
Tu nak masukkan baju kat kaki la tu.


Ada interest nak solat alhamdulillah...
Kalo nak solat kene bentangkan sejadah dua. Satu untuk dia. Nanti dia mesti happy.
Tapi last last sujud kat sejadah kita jugakkk.

Tula perihal anak omak sorang ni haaa...Bulan depan dah setahun setengah..pastu 2 tahun..pastu and pastu lagi skejap je nak masuk darjah satu pulak..Omak doakan Aufa jadi anak yang solehah yer..

0 comments:

Post a Comment