Bila dah tahun kedua duduk di sini (read: 4 seasons country), barulah daku tahu bahawa bunga yang akan keluar pada musim bunga adalah bunga bunga yang berbatang lembut (bukan kayu) dan benih dia dari keluarga bawang contohnya tulips.
Bunga bunga berbatang kayu seperti bunga ros akan keluar pada musim panas. Ni semua dari pemerhatian aku ye..kalau salah mohon betulkan.
Jadinya masa musim panas tempoh hari banyak sangat roses yang blooming..
Cantik nyeee..
Kebetulan backyard garden ni memang ada pokok bunga ros.
Bukan aku yang tanam tapi tuan rumah ni yang tanam dulu-dulu.
So kali ni kita layan bunga apa yang keluar masa summer
Tak tau bunga apa. |
Ni namanya bunga ros macam kelopak bunga raya. Haha sorry tak tau nama scientific |
|
So sweet pinky roses |
Rose merah gelap |
Selain roses, bunga hydrangea pun banyak juga semasa summer.
Lagi satu kat belakang umah aku ada apa? Ada pokok strawberry maa.. tapi kami tak makan sikit je strawberry tu sebab tak pandai nak jaga buah dia..kebanyakannya di makan ulat..
Tangan Aufa nak memetik strawberry. Photographer pulak tangkap gambar gegar..Grr |
Manis juga buah strawberrynya |
Next entry nanti aku tunjuk pokok apa ye..
Tapi janganla expect pokok
DURIAN,
MANGGIS &
RAMBUTAN.
So far durian pernahla rasa kat sini..Itu pun ihsan kawan-kawan.. Diorang beli and buat bubur durian..Rambutan dan manggis aku mampu telan air liur je sebab mahal bangat..Maklumla cheapskate sangat I nih!
0 comments:
Post a Comment