Friday, December 30, 2011

Bye 2011, Welcome 2012

Lagi sehari saja lagi kita bakal menjengah ke tahun 2012, cepat kan masa berlalu.

Umur saya pun dah meningkat ke angka 26. MasyaAllah makin banyak angka nya tu. Macam tak percaya.

Alhamdulillah, saya dah ada suami tahun 2010.

Tahun ni dapat rezeki paling besar, saya dah ada anak sorang, Aufa.

Semua tu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk saya. Syukur yang tak terhingga saya kepada Pencipta saya kerana sentiasa memurahkan rezeki walaupun tak banyak yang saya beri untuk Dia. Sentiasa alpa dan leka. Selalu buat salah. Iman pun kadang kadang naik turun.

Saya nak cuba perbaiki diri saya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Saya nak jadi anak yang sentiasa berbakti kepada orang tua saya.

Saya nak jadi isteri yang solehah.

Saya nak jadi ibu yang mithali.

Saya berharap tahun 2012 nanti Allah mempermudahkan urusan pembelajaran saya dan suami sampai ke peringkat phD.

Saya berharap agar suami saya dapat menjadi tenaga pengajar di UPSI.

Saya berharap semua orang yang saya sayang diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Kalau nak tulis harapan dan doa tu banyak. Cukupla rasanya saya coretkan yang ni saja.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


0 comments:

Post a Comment