Friday, January 16, 2015

Pasal nama lagi untuk sambungan kisah PhD (1)

Hah sambung lagi pasal nama ni....

Kira camnila senang mana mana kisah PhD ni tak semestinya aku akan cerita pasal research je ye..Aku akan cerita pasal kawan kawan aku kat school ni, pasal SV aku yang baik hati, pasal school aku ni, pasal exam and the list goes on and on and on...
Senang cite study life aku lah.

Ok berbalik pasal nama tadi.

Ni situasi dalam kelas ye..

Contohnye if lecturer nak pulangkan kertas assignment ataupun test pelajar Melayu. Mesti susah dia nak nyebutnya.pastu dia akan cakap 

"Wow! you've got very long name".

Yerla dah la nama panjang tambah pulak Bin dan Binti...

Korang bayangkanlah ye, ini nama zaman-zaman yang lahir lebih kurang aku..paling panjang pun dua patah nama sendiri + dua patah nama bapa + bin/binti = 5 patah perkataan.

Aku tengok zaman millenium ni bukan main panjanggggggggggggggg nama nya..
Tiga empat patah nama.
Tambah pulak nama bapa pun panjang.
Kalau belajar kat oversea sumpah tak cukup petak form nak isi okay..sebab nama orang kat sini pendek je..satu nama je..

Bila aku perhatikan kat sini, nama panjang panjang ni orang Melayu dengan orang Latin.
Hah tu memang panjang.. Tapi orang Melayu lagik win kot.

Orang Arab sendiri, diorang tak dibenarkan letak dua patah nama. If nak dua nama juga
lagi satu dijadikan nama panggilan je.not official name..sebabnya hanya satu nama je boleh masuk surat beranak.
Kawan kawan Arab aku siap tanya aku lagi. 

Why do you need two names??

Aku jawab : That is the tradition in Malaysia..
<Grrr..Kelu taktau nak jawab apa..Itu je yg boleh aku bagitahu>

Tapi orang Arab diorang nasabkan nama diorang kepada keturunan bukan nama bapa sendiri. Diorang macam ada surname juga = nama keluarga.

Masa mula-mula masuk ofis. Kawan seofis from India nak type namaku untuk diletakkan depan pintu ofis.

Agaknya dia tengok nama aku panjang je..Dia tanya



Sorry, which one is your first name?

Heeee <senyum kambing>, you can write Nisa.

Tak muat nak type nama lagi satu okkay! Aku cakap letak jela nama aku satu je Nisa.
Pasrah walau nama dua patah je pon..Pastu diorang pun tanya kenapa nama aku ada dua nama??

Aigooo lotih mak nak menjawab..

Dalam hati ni syukur gila aku letak nama anak aku sepatah je...Seriously, memang senang nak uruskan form form Aufa nak sekolah ke..Hospital ke...

Tetiba ada emergency korang nak daftar nama anak kat receptionist hospital..Nama panjang gila empat lima perkataan...Fedup aku rasa receptionist tu nak menaip..
Dahla diorang tak biasa dengan nama nama kita ni..

Hehe itu je nak cerita pasal nama..

Saja nak share perbezaan budaya pasal nama ni..

p/s: Korang yang ada nama panjang, atau nama anak panjang ke, please do not feel offended ye..Sebab nama aku pon panjang juga. Cheers!

Wassalam...

Thursday, January 15, 2015

Kisah PhD (1)

Assalamualaikum wbt.

Nak tergelak rasanya tengok tajuk post ni..
Haila Nisa oii dah setahun lebih sambung PhD, baru nak cerita ye..Ada pulak numbering (1) gitu.
Macam ada (2), (3) ......
Harapnya rajinla aku nak menulis tentang PhD ni ye..
Kadang kadang fikir macam tak perlu je nak share story PhD ni.
Tapi fikirkan mungkin sedikit sebanyak boleh jadikan panduan kepada orang lain, maybe yang belum sambung PhD, takpun story ni jadi aku boleh baca nanti bila aku dah pencen nanti Tentu aku tergelak sorang - sorang nanti -.-

Aku ingat lagi October 2013, first time aku jumpa SV. I mean first time jumpa face to face.
Sebelum tu pernah jumpa sekali di Skype.. Masa sembang di Skype tu rasa syukur sangat..
Nak tahu syukur sebab apa tak??
Syukur sebab my SV punya accent tu ok. Ok means he used to speak standard English.
That is enough for me.

Ok malam nak jumpa SV tu. Masya Allah. Macam nak jumpa boyfriend ok..
Ala contohnya macam ada org match maker kan kita..then ada blind date..ha gitula takutnya perasaan..
Walaupun aku tak pernah lalui blind date..tapi macam tulah agaknya perasaan tu kot...kot..eh?

Aku ingat lagi...aku ketuk pintu..Then aku ckp


Hye. Good Morning Prof D! ( D is his first name).

< 6 bulan kemudian>
[SV]  I am happy you called me Prof D for the first time we met..Looks like you knew me for a long time.
[ME] Sorr...sorry...Why?  (dalam hati dia perli ke apa ni??)
[SV] Usually people called me Prof S [ S is his surname]. You are different. You are the first one who called me Prof D.
[ME] What?? ^,^

Pastu my SV cerita la about surname dengan first name ni...
LOL..Baru paham...hish kalau di ingat memang lawak gila.

Nampak tak kekampungan aku kat situ...
Grrrr...
Yerla kat Malaysia biasa je kan panggil first name means nama kita sendiri.
Aku ingat lagi kalau time sekolah dulu kalaulah ada orang panggil kita dengan nama bapak kita itu namanya
kurang ajar! Betul tak...

Tapi kat sini panggilan surname tu sesuatu yang sopan..Contoh Mr Smith (Smith is surname), Mrs Smith ( wife kepada Mr Smith)...Kalau panggil camni sejukla hati diorang..It is such an honour for them.

Panggilan surname ni mostly untuk official..Tapi kalau dah hari hari jumpa semua panggilan dah tukar kepada firstname.. Contoh kawan-kawan satu ofis dan SV juga.

Lagi satu aku selalu buat registration apa apa ke mesti letak Mrs Kamaruddin..sebab aku kan dah kawin..
Tapi kalau surat tu dari sekolah Aufa they put my name Miss Kamaruddin.

'' Eh sekolah ni ingat aku tak kawen lagi ke apa '', fikirku.

Aku syak sebab surname aku tak sama dengan dengan husband. Kalau salah betulkan ye..

Contohnya
My husband is Mr Abd Jalil.
So oleh sebab selepas berkahwin aku tak tukar surname ( not applicable for Muslim) so they cannot write my name as Mrs Kamaruddin.
Sebab ko nak sandarkan nama 'Kamaruddin' tu dekat keturunan mana kan..So dia letak Miss Kamaruddin
Kalaula nama aku Sxxxxxxx Nxxx Abd Jalil barulah boleh panggil Mrs Abd Jalil.

Eh korang paham ke idak ni???
Mesti tak paham kan?

Isk susah betul nak buat ayat. Ni yang malas nak tulis blog tau. Jangankan BI, BM pun aku tak dapat mengarang ayat dengan baik..Stressed!! Sebab tula aku ambil Mathemetics agaknya.

Oklah panjang nau cerita pasal nama. Nama je pun..
Later aku cerita pasal nama lagi ye...

Eh..tajuk PhD awat akhirnya pasal nama??

Grrr, nampak sangat takde bakat menulis..Kalau ambil peperiksaan penulisan mesti fail sebab LARI TAJUK.


Friday, December 19, 2014

My family is here, in the UK!

Assalamualaikum. wbt...

Esok dah mula cuti Christmas and New year specifically cuti sekolah Aufa..Sangat menunggu masa ni..sebab di UK tak banyak cuti panjang..setakat cuti sehari adalah,  namanya Bank Holiday.

Pelajar PhD ni manala ada cuti spesifik. Kerja kerja kerja even holiday.. Tapi pandai pandailah curi masa nak berholiday.. .Takkan nak buat kerja PhD je kan? Kena la bercuti juga nanti sampai satu tahap otak dah tepu dan tak boleh nak berfikir dengan cemerlang..

By the way, nak bagitahu ni! Half of my family members ada kat UK! Maca mimpi rasanya... Sekarang ni mak, nasuha (adik after me) and hayani (my adik bongsu) ada kat rumah.. Mereka sampai UK 8 Disember lepas..

Kesian diorang, so far tak bawa diorang jalan jauh lagi..Paling jauh pun Liverpool.. So esok nak pusing pusing selatan UK..Harap harap everything going smoothly..

Yeay dah nak start holiday..gembiranyaaaa....walaupun kerja PhD tak siap lagi and coming master exam on 13th January.. Tapi boleh tak nak lupakan semua itu dulu...Nak kosongkan minda...Nanti 10 days later kita jumpa lagi ye, komputer and buku kesayangan....Aci tak?Bagi can la sikit....

Bye...today dah la last day...rasa nak balik awal...hehe...nanti kalau rajin update blog lagi...


Sunday, September 21, 2014

Sudah setahun di Manchester

Assalamualikum wbt.
Alhamdulillah sudah setahun dah aku dan family berhijrah ke Manchester.
Epic sangat tau last post sudah SEBULAN di Manchester lepas tu terus hilang dari radar..Dah setahun baru muncul!! Dahsyat betul sampai lupa camne cara nak buat new post.

Awal pagi lagi mak dah send mesej dekat LINE siap dengan mesej yang aku hantar sebaik sahaja sampai kat Manchester..Mak siap gabung pic lagi..Pandai sungguh mak aku skang main edit gambar tau!


Allah, syukur di beri nikmat yang amat banyakkk kepada aku dengan family sepanjang setahun berada di sini. Alhamdulillah aku summary kan sajelah ye.. Bukannya apa takut lupa apa yang dah terjadi..Pengalaman setahun di sini sangat mahal tak dapat di jual beli..Ini pun rasa dah rugi sangat sebab tak 'rekod' each story di sini. Sebab utama ialah aku ni not 'in' sangat dalam bidang penulisan so nak menulis ni pun rasa macam berat juga..jadi di sebabkan beban belajor ni banyak sangat, aku hilang kata nak menulis..yang kedua sebab setiap kali rasa teringin sangat nak mencoret kat sini tetiba teringatkan kerja sekolah daku..so aku lupakan hasrat tu..maka terkubur 11 bulan blog aku ni...

Oklah, nak cerita ni..Last week kan aku baru je habis oral exam for first year progression. Alhamdulillah aku lepas..Allah syukur tak terkata berkat doa mustajab ibu bapa, ibu bapa mertua, keluarga, kawan kawan dan suami tak lupa juga doa Aufa..sebab setiap kali lepas solat aku panggil dia suruh tadah tangan doa sama sama aku..Mungkin bagi orang lain, alaa first year ni nothinglah..takde apa apa. Janganlah takut sangat.. Tapi banyak kejadian yang menimpa kawan kawan terdekat di school aku menyebabkan aku sentiasa berada dalam ketakutan dan kebimbangan..

Eh tadi kata nak summary terpanjang pulak cerita nya...

1. Semasa winter last year, salji ilekkk..Pernah sekali je turun itupun lima minit je kot salji turun..Lepas tu takde langsung.

2. Almost sepanjang winter Aufa selsema dan batuk. Asal baik seminggu lepas tu dapat balik..So dengan aku sekali tak baik-baik batuk..Jadinya winter lepas asyik tak sihat je.

3. Pak Usu Aufa dari Mesir datang dua minggu masa bulan December.

4. Hari Pak Usu nak balik ke Mesir, Aufa dapat demam campak yang ada air tu. Selamat dua minggu tak pergi nursery.

5. Sepanjang Pak Usu ada jer barulah kami berjalan-jalan sikit. Bawa Pak Usu jalan London, Llandudno dan Liverpool. 3L gitu. Lepas tu terus tak pergi mana-mana

On the way to Llandudno, Dec 2013

6. Kawan matrikulasi Papa Aufa, uncle Saddiq and boss dia ziarah kami..Sebenarnya nak tengok game bola di Old Trafford.

7. Oh ya! Old Trafford lebih kurang 10 minit dari rumah..Nice, dekat sangat! Tapi aku tak pernah tengok satu pun lagi game..Maklumlah Manchester United kalah season lepas.

8. Aku sangat sibuk dengan belajar aku ni..Research masih bukan di tahap Phd (tahap Master mungkin) sebab kena ambil coursework..Isk subjek math di sini susah sangat. Nangis tak berlagu..Nanti aku cerita pasal PhD Maths kat Uni of Manchester ok.

9. Kami kat sini jarang sangat pergi carboot..tak sampai sepuluh kali kot pergi..Syabas jimat duit dan takde lah banyak barang sangat kat rumah. Tapi rasa lepas ni aku nak cuba aktif ber-carboot lah.

10. Cikgu Zaitun dari SKTM (SK Tg Malim) aka cikgu aku masa darjah 1 = kawan mak dtg UK. Jadi dia satu family datang ziarah kat rumah. Seronok!




11. Alhamdulillah dikelilingi dengan kawan kawan yang baikkkkk sangat. Banyak perkara yang aku susah nak dapat di Malaysia tapi alhamdulillah niat aku dimakbulkan Allah. Bertemu dengan orang yang betul gitu..Orang putih kata you meet the right person.

12. Abang sepupu husband datang Manchester sebab nak tengok game bola..Orang laki kalau datang Manchester ni memang tak sah tak tengok bola..Tambah tambah lagi kalau peminat fanatik MU.
GGMU.

13. Selain London, kami bercuti ke Scarborough. Percutian di caravan.  Ni jerla dua tempat yang kami berjalan jauh sikit. Ntah apala kami buat bz sangat tu setahun ni.

Scarborough, June 2014
14. Raya Aidil Fitri kat sini meriah...banyaknya open house..sejarah dlm hidup aku open house banyak macam ni sekali..Tapi tak dpt nak enjoy sangat sebab memang tengah bz writing report.

15. Dah selamat pindah rumah baru 30 Ogos lepas. Allah dalam banyak banyak nila rasa dugaan paling hebat. Di kala aku dan suami sangat sibuk (kami jumpa dalam 4 jam je sehari) dengan submission kena pula pindah. Nanti aku akan ceritakan kenapa ya?
Rumah lama kami

 16. Aufa dah mula bersekolah di state school..Jadi 11 bulan juga Aufa duduk di Nursery Echoes. Selama 11 bulan di sana, yurannya adalah 5,159 pound bersamaan RM 27-28K . Jumlah ni aku rekodkan supaya senang buat rujukan aku nanti..Sama jumlahnya duit PTPTN aku dapat masa buat degree. Dengar tu ye Aufa..jadi anak yang solehah nanti ye.

17. Officially dah seminggu jadi 2nd year student. Habis je viva, kunci ofis hilang, dugaan lagi.  Boleh aku lupa ingatan langsung pasal kunci. Totally otak aku takleh fikir mana kali terakhir aku letak kunci. But now dah jumpa, dalam poket seluar jeans.What?? Cari 4 hari. sekali laa dlm poket seluar boleh tak cari.

18. Bukan setakat kena pindah rumah. Kena pindah ofis juga..Ni SV punya arahan sebab nak semua supervisees
dia dok dalam ofis yang sama. Tapi kan...aku sangat suka ofis lama ku. Tak nak pindah ofiss :-(

19. Pastu supervisor suruh ambil Master class next semester which is starts tomorrow. Huwa...nangis lagi..I DON'T WANT. tapi cakap dalam hati jela...Bukan apa..allocation masa nanti banyak habis ke kelas, assignment, final exam. Dahla wajib lulus. Dan nak lulus bukan senang tau.

 20. Husband di saat ini masih menulis progress report untuk di hantar esok..Semoga beliau lepaslah first year ni..Ameen...

21. Future plan : Cuti sekolah autumn term nak g jenjalan...Tak larat rasanya bertapa di Manchester ni. Kena tunggu cuti sekolah sebabnya anak den nak masuk sekolah..Kalau ponteng kang tak pasal pasal kena fine 120 pound.

Ok nak tidur dah ni..Esok den tempek gambar ye..

Bye..Assalam

Tuesday, October 22, 2013

Sudah sebulan di Manchester

Assalamualaikum wbt..

Hehe post yang kelulusan cuti belajar tu nanti nantila sambung ye..ni nak cite benda lain dulu..
Sorry bila dah sambung belajar ni rasa bersalah kalau nak update blog..sekadar jeling jeling bolehla..So harini baru lepas jumpa sv dan baru habis kelas dan faham pulak tu so dengan gembiranya nak update jugak blog..heheh.

Semalam genaplah sebulan kami sekeluarga bermukim di Manchester ni..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah SWT..Syukur tak terhingga..

Rumah Sewa

Alhamdulillah rumah yang kami duduk sekarang sangat selesa..Walaupun tak besar mana tapi selesa sudah memadai..Walau harganya agak mahal tapi Alhamdulillah dekat dengan school aku dekat juga dengan school husband and dekat juga dengan nursery Aufa..Dekat juga nak ke kedai.Sebab rumah di kawasan city..Jalan kaki ke sekolah ku dalam 7 minit lebih kurang 500 meter camtu..




Aufa


Tentang Aufa pula, ni yang paling membimbangkan sebelum dtg ke sini..Tapi Aufa anak yang baik..dia taknak susahkan hati makpak dia..She's doing fine at nursery..Kami sampai di Manchester hari Sabtu..Next Monday until Wednesday tu Aufa kena trial hantar di nursery..First day dia nangis dalam 5minit gitu pastu senyap...hari kedua ok..ketiga ok..Dan started 1 October dia full time..First day tu kami takut juga..sekali sampai je terus berlari masuk sambil say Hellloooooooooo...Wah terkejut mak kau nak...Dalam hati Alhamdulillah Ya Allah..Kau permudahkan urusan aku..She's happy at the nursery..Banyak mainan..Banyak kawan..Banyak aktiviti..







Food


Makanan kat sini pun senang nak dapat...Pendapat aku lagi senang dari Tanjong Malim...Nak dapatkan daging halal tu ada satu kedai Worldwide macam macam daging ada..ko nak rusuk,nak kaki,nak peha..semua ada...banyak lagi kedai yang ada daging halal..Tapi stok di rumah ku memang dari Worldwide.

Kalau nak barangan dari Asia..contoh serai, lengkuas, ubi, kelapa, daun pisang, pandan, beras pulut, kicap kipas udang ke banyak di kedai Cina..Tapi harga memang mahal lah sikit..

Makanan di restoran pun macam macam..Kedai piza halal banyak..kalau di tgmalim tu pizza hut je selalu try..sini dah 3 kedai pizza aku try..bukan pizza hut tapi piza jenama lain lah..KFC halal ada dua cawangan di sini..

Makanan Arab fuhh jgn cakaplah banyak sgt..Ada di Curry Mile,Rusholme..Makanan Malaysia pun ada Restoran Ning by Chef Norman(alaa yang pernah jadi chef jemputan masterchef)..Tapi ala ala dining kat hotel..setakat ni tak pernah pergi lagi..Tapi ada kawan kerja part time di situ pernah takeaway char kuetiow bagi kat kami..alhamdulillah dapatla rasa..


Kereta

Haha kami dah ada kereta tau..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami nak dptkan kereta..Bukan apa bila ada anak kereta sangat diperlukan untuk berjalan jalan membeli barang dan sebagainya. Masa mula-mula sampai di Manchester kami ada dapatkan khidmat Malaysia untuk pickup kami di airport. Dia memang buat part time khidmat ni sambil sambil takda kerja nak tunggu konvo..So kereta yang kami beli tu adalah kereta yang dia ambil nak pickup kami dan sekaligus kereta pertama yang kami naik bila sampai di bumi Manchester ni..Panjang ceritanya, tapi dia dah banyak sangat tolong husband beli kereta tu..Dia tolong bawa pergi MOT, g workshop tukar yang rosak rosak, tolong buat road tax, ajar buat insurans..

Cuaca

Kat sini dah masuk autumn..Minggu pertama dan kedua sampai cuaca masih boleh bertahan lagi..minguu ketiga tetiba sejuk semacam..minggu lepas cuaca ok tapi asyik hujan je..Ni dah masuk autumn..Daun dah start tukar warna dan gugur...



Sakit
Banyak sangat Allah permudahkan urusan kami, tetiba Allah duga sedikit dengan kesakitan yang datang..Aufa muntah-muntah tak boleh minum ataupun makan..start pukul 8pagi sampai 6petang..then alhamdulillah pulih seperti biasa..Selang dua hari kemudian, aku pula berjangkit dengan Aufa. Malam raya ada orang dtg ke rumah bertakbir raya. Mula pukul 12tgh malam(malam raya) sampaila keesokan hari aku pula muntah-muntah..Raya Haji kami tak sambut apa-apa pun..Masak rendang pun tak sebab aku tak laratt..Tapi heret juga badan pergi school sebab kena jumpa sv dan ada kelas.. Sob sob..Tapi aku masak rendang hujung minggu baru ni sebagai ganti.Hehe.

Oklah tu jerla secara general aku boleh cerita..Banyak lagi nak cerita ni tapi kita sambung di lain entry yer..
Wassalam..

Sunday, September 29, 2013

Kelulusan Cuti Belajar SLAI/SLAB KPM (Part1)

Assalamualaikum...

Hari ni genap 9 hari dah kat manchester..Hehe terkejut ye..Last post pasal sibuk sibuk gundah gulana tak dapat kelulusan cuti belajar dari KPM lani dah 9 hari kat manchester...Iye everything in express mode sebelum pergi aritu..

3/9/2013
Last post di blog bgtahu sedang menanti meeting KPM kan...The day onwards hari hari call Unit Biasiswa tapi jawapan dari hotline seolah olah tak tahu ada meeting secara edaran ni..Oh ye...sebab meeting besar dengan KSU bulan Ogos tangguh ke tarikh yang tak tahu bila...jadi sesiapa yang memohon utk ke luar negara akan masuk meeting secara edaran...katanya minggu pertama Sept...

5/9/2013
Sedih sebab orang yang jawab hotline tu orang baru...banyak kali aku stress kan word meeting secara edaran tapi dia tak paham paham jugak..Dia still kata meeting SLAB/SLAI on 13th September 2013. Ya Allah, kalau 13hb baru nak meeting, surat tawaran lagi seminggu baru dapat...Last aku bleh register 7/10/2013...Nak nangis pun ada...

6/9/2013
Sebab aku takleh tunggu lagi(sebenarnya suami yang lebihnya), dia ajak g KPM pagi tu juga...Sesampai je kat KPM terus aku nak jumpa person-in-charge...

A : Assalamualaikum..En saya dari UPSI..saya nak jumpa Cik M..
E : Erm dia takda..Dia tak masuk ofis lagi..Sebab apa awak nak jumpa dia
A : Saya nak tanya pasal kelulusan saya untuk cuti belajar bla bla bla
E : Ok awak tunggu kejap..saya call
H : Eh ada pulak Cik M.tadi kata takda
E : Hehe dia baru sampai..
A : Grrrrrrrrrrrr

Ok lama juga tunggu Cik M sebab ada orang dtg lagi awal daripada aku nak tanya pasal attachment ke oversea. So bila turn aku sampai.......

A : Assalamualikum..Saya SN dari UPSI..
(tak sempat bagitahu hajat lagi ni)
CM : Ohhh SN? Awak SN? Eh tak dapat surat lagi ke?
A : Tak dapat.........
CM : Sekejap ye.(masuk ofis balik)

A: (Mata dah kenyit-kenyit kat suami)..Abang rasa meeting dah buat ke eh?
H : Abang rasa dahla...kalau tak camne bila cakap je nama SN dia terus cakap pasal surat
A : (Dalam hati terus berdoa, semoga dah dapat kelulusan)..Eh abang pun doala sekali!
H : Iye...Abang tengah doala ni...

3 minit kemudian

CM : Cuti belajar awak dah diluluskan...cumanya pegwai yang buat surat ni maybe tak dapat siapkan lagi sebab meeting ni baru semalam je..
A : Owh yeke...(alhamdulillah dalam hati...syukur..syukur)..Boleh dapatkan surat sekarang tak cik sebab saya rushing nak hantar perjanjian harini juga.
CM : Sekarang dah nak pukul 12 (ari jumaat)..InsyaAllah pukul 3 nanti dapatlah...
Awak Kontek Puan S yer..

Pukul 3.00pm
Cek emel tak dapat lagi..huhu terus call Pn S...Dia kata dia baru nak buat ni...Aku bgtahu dia aku perlukan dalam hari ni juga sebab kalau boleh aku nak matikan setem n hantar ke KPT by today..Dia baik..dia kata dia cuba buat secepat yang mungkin...Aku bajet paling lama pun 30 minit kan....

Pukul 3.30pm
Takde lagi emel...Aku gamble matikan setem dulu..Kalau lah tarikh surat tu lewat dari 6/9/2013 hangusla duit setem aku rm30...

Pukul 4.30pm
Still takde lagi makanya dengan ini kaunter dia KPM pun dah ditutup so takleh hantar borang...Dengan hampanya aku balik lah ke TM...On the way balik tu, aku asyik refresh je emel...

Pukul 5.30pm 
Baru dapat emel...Dalam hatiku Ya Allah susah gamaknya nak buat surat ni...lama betulll...Tapi apa pun syukur dapat juga suratnya...

Ok settle Part 1....nanti sambung Part 2 pula...
penat hoiii kronologi panjang ngatt aih.

Tuesday, September 3, 2013

Penantian Itu Satu Penyeksaan

Assalamualaikum wbt,

Wah tajuk post dah jadi macam tajuk lagu..It is not soo me lah bermadah madah ni kan..

Sebenarnya masih tengah menunggu kelulusan biasiswa SLAB ni ha..Sektor pengajian tinggi sokmo lah bagi tarikh yang asyik ditunda-tunda...

Mula-mula kata 20 Ogos kemudian tunda ke 27 Ogos kemudian 30 ogos kemudian paling latest 13 September...Rasa tertekan tu memang ada tambahan kawan kawan sekeliling hari hari bertanya bila nak fly..Hari-hari ok..Rasa dah tak terjawab dah..

Register date 16 September sebenarnya...Ate 13 hb baru nak meeting..Ape ke halnye Yobb?

So semalam, KPT kata mana-mana nak g obersea boleh dapat masuk meeting secara edaran minggu ni..

Sangat berharap sekarang ni..I am a positive person sebenarnya..Setiap kali ingatkan diri sendiri..Semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya..Siapalah kita yang hendak melawan takdir Allah sebab Dia Maha Mengetahui....Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

En Suami dah settle everything dah..Agreement dah hantar..Visa dah siap..Tinggal nak dapatkan allowance dari MARA je..Syabas en suamiku!




This entry was posted in