Nak tergelak rasanya tengok tajuk post ni..
Haila Nisa oii dah setahun lebih sambung PhD, baru nak cerita ye..Ada pulak numbering (1) gitu.
Macam ada (2), (3) ......
Harapnya rajinla aku nak menulis tentang PhD ni ye..
Kadang kadang fikir macam tak perlu je nak share story PhD ni.
Tapi fikirkan mungkin sedikit sebanyak boleh jadikan panduan kepada orang lain, maybe yang belum sambung PhD, takpun story ni jadi aku boleh baca nanti bila aku dah pencen nanti Tentu aku tergelak sorang - sorang nanti -.-
Aku ingat lagi October 2013, first time aku jumpa SV. I mean first time jumpa face to face.
Sebelum tu pernah jumpa sekali di Skype.. Masa sembang di Skype tu rasa syukur sangat..
Nak tahu syukur sebab apa tak??
Syukur sebab my SV punya accent tu ok. Ok means he used to speak standard English.
That is enough for me.
Ok malam nak jumpa SV tu. Masya Allah. Macam nak jumpa boyfriend ok..
Ala contohnya macam ada org match maker kan kita..then ada blind date..ha gitula takutnya perasaan..
Walaupun aku tak pernah lalui blind date..tapi macam tulah agaknya perasaan tu kot...kot..eh?
Aku ingat lagi...aku ketuk pintu..Then aku ckp
Hye. Good Morning Prof D! ( D is his first name).
< 6 bulan kemudian>
[SV] I am happy you called me Prof D for the first time we met..Looks like you knew me for a long time.
[ME] Sorr...sorry...Why? (dalam hati dia perli ke apa ni??)
[SV] Usually people called me Prof S [ S is his surname]. You are different. You are the first one who called me Prof D.
[ME] What?? ^,^
Pastu my SV cerita la about surname dengan first name ni...
LOL..Baru paham...hish kalau di ingat memang lawak gila.
Nampak tak kekampungan aku kat situ...
Grrrr...
Yerla kat Malaysia biasa je kan panggil first name means nama kita sendiri.
Aku ingat lagi kalau time sekolah dulu kalaulah ada orang panggil kita dengan nama bapak kita itu namanya
kurang ajar! Betul tak...
Tapi kat sini panggilan surname tu sesuatu yang sopan..Contoh Mr Smith (Smith is surname), Mrs Smith ( wife kepada Mr Smith)...Kalau panggil camni sejukla hati diorang..It is such an honour for them.
Panggilan surname ni mostly untuk official..Tapi kalau dah hari hari jumpa semua panggilan dah tukar kepada firstname.. Contoh kawan-kawan satu ofis dan SV juga.
Lagi satu aku selalu buat registration apa apa ke mesti letak Mrs Kamaruddin..sebab aku kan dah kawin..
Tapi kalau surat tu dari sekolah Aufa they put my name Miss Kamaruddin.
'' Eh sekolah ni ingat aku tak kawen lagi ke apa '', fikirku.
Aku syak sebab surname aku tak sama dengan dengan husband. Kalau salah betulkan ye..
Contohnya
My husband is Mr Abd Jalil.
So oleh sebab selepas berkahwin aku tak tukar surname ( not applicable for Muslim) so they cannot write my name as Mrs Kamaruddin.
Sebab ko nak sandarkan nama 'Kamaruddin' tu dekat keturunan mana kan..So dia letak Miss Kamaruddin
Kalaula nama aku Sxxxxxxx Nxxx Abd Jalil barulah boleh panggil Mrs Abd Jalil.
Eh korang paham ke idak ni???
Mesti tak paham kan?
I
Oklah panjang nau cerita pasal nama. Nama je pun..
Later aku cerita pasal nama lagi ye...
Eh..tajuk PhD awat akhirnya pasal nama??
Grrr, nampak sangat takde bakat menulis..Kalau ambil peperiksaan penulisan mesti fail sebab LARI TAJUK.
0 comments:
Post a Comment