Wednesday, August 1, 2012

Perkembangan Aufa di kala umur 1tahun 3minggu

Salam semua...

Aufa kini dah hampir nak cecah 13 bulan dah..lagi seminggu jer..

Bila dah setahun ni kan macam macam perangai dia..Sekali tengok macam dah besar sgt dah perangainya...

Dah boleh sebut cakkk, jommm, mi, bu, eh dan banyaklah...

Main peak a boo tu mmg teror ahhh...

Suka duduk atas perut kita then dihenjutnya sambil sebut AAAAaaaaaaaAAAAAaaaAaAa ( ni kira buli papa)

Kalo geram dia cubit cubit kita..pipi, hidung, mata

Makin galak nak memanjat..Dulu tak berani nak panjat kerusi dapur. sekarang pakej trus naik atas meja..

Sebut Allahuakbar mesti terus angkat tangan nak takbir tu..Sebut Allah pun pandai tau tapi jarang la nak dengar.

Kalo kita cakap " Sape nama Aufa angkat tangan". Then terus dia angkat tangan sambil jerit ihhhhhhhhhh ( knon konon saye lettew!!!!!!!)

Sayang dengan teddy bear acik laili beri..Namanye OMEI..pandai lak tu sebut MEI.

Suka makan..Alhamdulillah tak memilih..Badan Aufa pon sodap je..

Suka dengan budak-budak..Aufa sangat peramah ok dengan budak budak..Tapi kalo ada org dewasa tepi budak tu terus dia cold.

TAPIII

Ada satu perangai tak berubah

Nobody can hold her except ibu, papa n umi..sesekali atok is ok.

Menangis dan jerit kuat kuat bila jumpa Dr. Haiyaa...selalu time kuar bilik Dr jer mesti org tanye kene inject ker? ^_^


Kalo ada lagi nanti ibu tambah kemudian k.

Last two weeks Aufa demam panas lagi..Panas betol la badan dia..start petang isnin sampai malam jumaat. Then pagi jumaat tu trus ok..

Hari Sabtu tengok satu badan ada bintik merah tapi takde mata...MIL kata campak. Jmpa Dr dia not sure..tapi maybe campak..

Hari Isnin dah ok dah badan dia takde apa apa dah..

DEMAM CAMPAK ke eh???


Tuesday, July 10, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA BUAT ANAK IBU AUFA BT MOHAMAD HAZRUL

Hari Ahad lepas 8 Julai 2012 adalah ulang tahun kelahiran Aufa yang pertama.

Actually takda plan pon nak celebrate birthday Aufa sebab ingat nak buat bila Aufa dah 2 years old sebab dah besar sikit kan baru happening.

Tapi pagi tu ibu adalah masak masak sikit then papa Aufa g jemput sedara mara n his friends. Ajak juga ummi and kakak kakak Aufa. Just small event tak rancang pun. Kalau ada cacat cela maaflah yer..

Ni jer gambar sempat ambil. Yang lain ada video jer. Kan dah kata memang unplanned event so mmg takde gambar nye sebab biasala birthday girl memang akan buat hal sikit on that day. Terpaksa melayan kerenah dia jer..




Monday, July 2, 2012

Berhujung Minggu di Wet World Shah Alam

Hari Sabtu lepas papa Aufa bawa Aufa ke Wet World Shah Alam

Tapi Aufa tu shocked tengok orang ramai ramai..

Papa tu excited dah beli macam macam pelampung aufa, pelampung bulat ada, pelampung kat lengan ada, pelampung yang bentuk baju safety jacket pun ada..Tapi semuaaaa Aufa taknak..

Dia nak dukung ibu je even dalam air..Bukan pentakut air tapi pentakut orang..

Tapi bila letakkan dalam Cabana yang disewa dengan harga RM50 tu sukeeeee je dia...Sebab tak de orang dalam cabana tu melainkan papa n ibu...

Susahnya bila Aufa ni takot dengan orang...fobia orang ambil dia...

Bila dah petang sikit baru okla nak main main..

Sekali Aufa terjatuh dalam air..Mujur sekejap..Merasala agknya dia tertelan air..Takpe belajar belajar. Si Cik B anak Datuk Sheikh Muzaffar ok je masuk air, Aufa takkan tak boleh..ye dak?

Best jugak kat Wetworld ni sebab ada 2 rides yang best..Hehe..Papa tu dah berpuluh kali kot mengulang main tu..

Apapun thanks to Papa bawa kami dua jalan jalan..

Penat giler 6jam lepak main air jer sampai tutupla Wet World tu kami kat situ...

Friday, June 29, 2012

Gigi3

Bismillahirahmaniraahim...

Salam Jumaat semua...Perasan tak setiap kali saya buat post mesti hari Jumaat. Ni bukannya dah tetapkan hari Jumaat mesti postkan something ke apa. Tak tak..sebenarnya kebetulan je ni. Memang dah setiap kali ada menda nak tulis tu jatuh hari Jumaat pulak.

Ok, berbalik pada tajuk Gigi3 tu kan..ni nak cerita pasal gigi Aufa la kan..sape lagi..

Before ni Aufa lambat sangat tumbuh gigi kan.. dah 10 bulan lebih baru tumbuh gigi..Tapi dalam minggu ni mencanak canak pulak gigi dia nak keluar..ada 3 batang tengah berlumba nak keluar sekarang ni..Taktahula Aufa sakit ke tak..Mesti sakit kan?? Tapi tengok dia OK jer..

Ni susunan gigi Aufa yang dah tumbuh




Lebih kurang dua bulan, banyak sekali gigi Aufa keluar.. Ya Allah jangan demam sudahlah anak ibu ni..Semoga selera makan Aufa tak kurang dan berselera seperti biasa.Aminn

One.week.to.go.to.one.year.old

Monday, June 18, 2012

Hari Papa Aufa

Aufa nak ucapkan celamat hari bapa to beloved papa 

MOHAMAD HAZRUL ABD JALIL

Papa bawakla Aufa jalan jalan selalu and beli buku banyak banyak yer

Tq papa sebab selalu beli hadiah untuk Aufa..Tapi Aufa takde duit nak beli hadiah tuk papa..

Takpe nanti Aufa mnta ibu belikan hadiah untuk papa yer...


Semalam kan celebrate hari bapa kat umah atok..

Ada tiga bapa : atok, pak long and papa..

Diorang bertiga potong kekkk...






Kitaorang makan KFC..tapi Aufa dapat makan roti jer..

Huhu..Ibu kata KFC is not good for baby like Aufa.


Admitted at DEMC Shah Alam

Kami sampai DEMC around 8pm mcmtu..Pergi ke kecemasan, ambil normbor giliran. Fuh tengok ramai jugak orang bawa baby demam..Maybe cuaca panas sangat kann....

Tak lama lepas tu dapatla jumpa Dr. berbangsa singh. Kami ceritakan masalah Aufa kat Dr. tu. He was so relax..and bagi decision pun senang jer..'Kalau dia taknak minum and makan ubat, so kita decide warded lah'. Kami memang prepare nak warded jer sebab itu jerlah cara yang paling berkesan kan nak bg ubat ke air ke..Semua drip je kat tangan..Tapi ibu n papa nervous jugak macamnala Aufa kena drip nanti, tambahan pula Aufa kan aktif. Yang Aufa pula sebab terlalu takut dengan Dr Singh yang berjambang and besar tu dia menangis jer dalam bilik Dr. Takut betul dia dengan Dr tu..

After that kitaorang g kaunter admission n pay the deposits. 15minutes after that dapat masuk bilik. Alhamdulillag selesa..

Aufa yang asyik nangis jer. Tangan kene balut dua dua. Tangan kiri di drip. 

Single bedroom

 Nangis lagi.Ibu takleh berenggang langsung

Tag nama Aufa ( pakai kat kaki, sebab nnti dia tarik)

Monday, 11.06.2012
Mula beransur pulih..Dah boleh makan dan minum

Dah siap mandi, muka blur giler

Aufa dan ibu

Main dekat playgorund dalam ward

Petang dah takleh duduk diam

Bawa makan angin dekat lobi
Day 2, 12.06.2012
Demam dah takda, just ulcer di tekak

Set makan tengahari. Almost evryday, bfast, lunch and dinner just order congee (bubur)

Ada chicken congee
fish congee
plain congee + protein+ vege + soup
Plain congee wish fish masak tomato and sayur bayam + soup brocolli cream

Papa takde kerja pergi main main katil naik- turun- naik-turun 

Day 3, 13.06.2012 aka last day
Aufa fully recovered, ulcer pun dah kurang merahnya. 

muka dah sihat

main main dekat ward

lunchee


asyik berjalan jer

ibu ibu nape sangkut celipar aufa kat pintu...

Alhamdulillah
Kami semua discharge dalam pukul 4pm.

Total bill
RM2777.85










Friday, June 15, 2012

Demam Panas + Ulcer

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Jumaat, semoga kita semua dilindungi Allah SWT di hari yang penuh keberkatan ni..

Baru hari Jumaat lepas Aufa genap sebelas bulan kan. Boleh baca di sini

Sabtu, 9hb Jun 2012

Awal pagi Sabtu tu badan Aufa panas, so Parmol 250 ( ala ubat demam warna pink tu) memang ada standby je dalam peti ais. So bagila Aufa makan ubat then surutla demam tu..Alhamdulillah dia pun tido balik around 11.30pagi camtu..Bangun tido dalam pukul 3 badan Aufa ok lagi. Then dalam pukul 5 badan dia makin lama makin panas pulak.

Tak boleh jadi ni.cek suhu badan dia around 38-38.5 degrees. After Asar bergegas juga kami ke Klinik Syifa berhadapan dengan UPSI. Dr masukkan ubat melalui bo*to* tu..Then dia berila ubat antibiotik dan ubat demam. Dr kata tekak Aufa merah ada ulser.

Jam dah pukul 8.30malam dah tapi malangnya suhu badan Aufa tak surut.Jenuh dah basah kan badan dia, lap guna kain la. Still tak turun juga. Ibu memang tak leh sabar dah ni risau kalau terlambat buat tindakan perkara tak baik terjadi. So papa decide pergi emergency Klinik Tg Malim. Sampai di emergency suhu Aufa dah 39 degrees. Masuk ubat  bo*to*  lagi sekali. Tak lama lepas tu Aufa ok. Riang gembira bermain dengan lasaknya di rumah..Kemudian dia tidur sampai ke pagi...

Malam tu papa and ibu bergilir gilir jaga Aufa risau tiba tiba suhu badan naik kan.. Dalam pukul 4pagi tu ibu masukkan ubat di bo*to* lagi. Aufa was being fine sampai la ke pagi. Alhamdulillah...

Ahad, 10hb Jun 2012

Bangun je pagi pagi, Aufa ok lagi. Tapi menjelang tengahari macam nak demam balik...Tryla bagi Parmol 250 tu dia mengamuk sakan taknak telan..Bagi susu taknak..Bagi air masak taknak.. Naseb baik makan nak..Ibu dapat bayangkan kesakitan yang Aufa alami sebab tekak dia ada ulcer. Kesian Aufa mesti perit dia nak menelan..Masalahnya, Aufa taknak makan ubat so bila nak baik kan..Dengan taknak minum nya, bile cek pampers kering jer means dia tak kencing..Ibu ngn papa takut sangat Aufa dehydrate.

So papa decide nak bawa Aufa g private hospital jer.. Kami pergi DEMC Shah Alam. After Asar packing packing barang. Then dalam pukul 6.45 petang macamtu kami gerak ker DEMC. Aufa lemah sangat time tu. Dia tidur sambil ibu dukung dia.kepala terlentok kat bahu ibu. Dia tidur sampai DEMC. Huh lenguh jugala tangan ibu dukung dia sambil duduk...Takpela asal Aufa selesa tido macamtu...

To be continue...