Wednesday, July 10, 2013

Happy Birthday Happy Birthday To You...Aufa turns 2!

Assalamualaikum wbt,

2 hari lepas Aufa genap 2 tahunn..Wah tahniah baby dah dua tahun dah hidup kat dunia ni. You're such a strong babeyh! 

Dari menelentang-meniarap-mengengsot-duduk-merangkak-bertatih-berjalan-berlari-melompat. Semua dah boleh buat..

Setakat jatuh ke belakang time duduk, terhantuk, tergolek semua dah pernah alami..jatuh terlentang dengan jatuh katil alhamdulillah belum lagi (minta dijauhkan). 

Dari gigi sebatang sampaila skang almost lagi satu dua gigi je belum tumbuh..

Dari rambut botak skang dah panjang, lebat dan kerentoss giteww...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG YANG KE-2!

Semoga Aufa membesar menjadi anak yang solehah, rajin baca Al-Quran, rajin solat, anak yang memahami agamanya,  suka bersedekah, sopan santun, baik hati, rajin, berbudi bahasa, cerdik, dan lain lain sifat yang baiklah...kalau senarai kat sini 3,4 post pun tak cukup..hehe

And so sorry, this year takde sambut pun birthday Aufa sebab papa pun baru balik kursus BTN dan ibu demam pulok di hari jadimu sayang..hukhuk...Kek pun takdok beli..sobsob..

Cuma tok kat pahang ada buat pavvlovaa marvelesss untuk Aufa..Tapi mampu tengok jerla kan gambar tok hantar kat LINE..sob sob lagi..yang sob sob ni ibu yang lebih sebabnya alahai meleleh ayaq liuq tau dak..nak buat ada je halangan + selebihnya malas..haha.

marveless tak? aiyoo dahla tengah puasa..so sorry sape tengah tengok ni siang siang.kalau dah berbuka xpe :-)

pavlova ni versi salut habis dengan whipping cream tu nampak macam kek giteww..
hoii sedapnyelah..


Sebelum hari jadi anak dara tu kan kengkonon sesaja nak buat photoshoot..Tapi MasyaAllah mak tak dapek handle anak mak ni...tak mau dodok diam okeyh..sesaat pun tak..abeh buang peluh mak siap siap kenkonon nak nampak cantik..hasil gambar nan hado pun yang cantik..ada lah sikit niha buat kenangan..Papa Aufa masih di BTN ketika ini..nasib baik Mak De Aufa boleh tolong..

1+1 = 2



Tunjuk gigi

oitt tgh capture, ko dah larikkk

ok finee..taknak gambor takpe..biar ibu jela posing..kikiki..

nampak gambar kat atas ni ok jerkan..macam behave jer anak mak..cer tengok yang bawah ni..


k lah bye bye..

Happy birthday happy birthday to youuuuuuuuuuuuuu...................








Sunday, June 30, 2013

June 2013 : all in one post!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ehem..ehem..salam..mahapla yer..dah berhabuk betul blog ni..lamanya nya tak update bulan May sekali je update..bulan Jun langsung tak update..sekali tengok hari ni dah 30 June..Takleh jadi ni kene update jugak..satu entri di bulan jun pun takpela asalkan ado satu (huh tak mengalah iolls)

I bukan apa..macam macam nak cerita tau sebenornye dalam blog ni tapi hampun malas nya nak mencoret di sini..herm iols ni bukan orang sastera so mati idea nak mengarang uoll. Kadang kadang dah tulis sebaris dua sekali baca eh ape aku mencarut mengarut ni..Talk nonsense!So tak jadi nak sambung menulis ala ala give up..Haih tulis blog pun boleh give up keww?

Oklah kita simpulkan semua cerita dalam satu entri di bulan Jun ni occay..



1) Opkos pasal Aufa my kenting kesayangan tu..

Right now tengah tido..Aman mak nak moncerat sat..hehe..Bukan boleh bukak laptop sikit, habis keyboard tercabut cabut di buatnya..

8 June yang lepas, Aufa was 1Y & 23M old. Means that ada sebulan je lagi nak dua tahun.
kalau ikut hari ni ada seminggu je lagi nak dua tahun!

Cakap masih gitew gitew la...memang bising tapi ada yang perkataan yang okay ada yang macam bahasa german. Suka menyanyi..suka berlakon upin ipin nye character..Kalau shape dia dah boleh kenal..Contoh mainan kat bawah ni..before ni Aufa main memang dia try and error masukkan shape tu tapi sekarang dia dah tahu mana satu lobang nak masuk..Syabas bete! I loikee..


2) My mom and mom-in-law birthday

My MIL birthday 5 Jun selang 3 ari birthday my mom pulak 8 Jun..I hadiahkan tudung raya jer..Haha my mom tak sompek rayo dah pakai dah satu..kiki..

Aku beruntung masih punya emak dan mak mertua di dunia..Selagi mereka masih hidup selagi itu hargailah mereka..Walaupun aku bukannya jenis pandai nak buat lovely wish sangat face to face tapi aku sgt sygkan mereka..Dont know what happen to my life kalau mereka takde..Haish ni pun dah sebak..Lagi satu doa mereka sangat mujarab..Aku pegang perkara ni and aku percaya sangat..Tiada doa yang paling mujarab melainkan doa ibu bapa..Selalu sangat mereka doakan aku sefamily..Tanpa doa mereka tak mungkin aku hidup selesa (baca: hati senang walau tak banyak duit) sekarang ni.

3) BTN di Akademi Kenegaraan KL

Aku telah menempah tempat untuk menghadiri kursus Biro Tatanegara uollz. Dan ni first time aku tidur berjauhan dengan Aufa..Nasib baik papa Aufa boleh jaga..Dahla 5 hari 4 malam..Lama tu..Tapi kat sana aku tak fikir sangat pasal Aufa..bukan taknak fikir..kang takut aku sedih and homesick pulak..So aku selalu bagitahu kat diri aku..Aufa will be fine..Nothing to worry..Alhamdulillah sepanjang takda aku Aufa ok jer..Tapi masa aku balik turun daripada van dia dah nampak aku dari dalam kereta..Cepat cepat dia ambil kasut suruh papa pakaikan and dia nak keluar..Aku cecepat masuk kete sebab dia nangis uollzz..haha rindu jugak dia kat aku..ingatkan dia tak peduli jer..

Banyak yang aku belajar lah kat sini and jumpa orang orang yang hebat..Rasa kerdil sangat diri ni..Nanti aku buat entry untuk BTN ni k..

at the back: me second from d right of course 
pic credit to kak ainun one of my group members.


4) Offer Ph.D dari Uni of Manchester

Haha ni husband i yang dapat offer not me..My application still in process..Jeng jeng jeng berdebar tau, memang berharap sangat dapat uni ni..Sebab i memang takde buat backup uni lain..Memang berharap ke Manchester...Maybe mid July dapat result sama ada succes/ not success..

5) MARA

One more thing my husband juga dah dapat offer from MARA untuk sambung pelajaran..So dia dah 80% orang kata sebelah kaki dah kat sana..But me :-(
Tula sapo soh lambat benau buat keje..
IELTS done, BTN done tapi SLAB interview kat UPSI 23 July ni..SLAB untuk bahagian pengajian tinggi masih tak tahu lagi bila..offer letter pon tak dak lagi haiii..hai la hai..
Ya Allah bantulah aku dan permudahkan urusan ku untuk menyambung pelajaran..Aminn..


Oklah itu jer yang dapek den coretkan untuk bulan Jun ni..Hope lepas ni den laie rajin nulih blog ni..

And mana tahu hujung bulan July pula den update so den mengucapkan Selamat Berpuasa uolls..Sama-sama kita tingkatkan ibadah yer di bulan yang mulia ini..

Wassalam

Monday, May 13, 2013

Aufa sudah 1 tahun 10 bulan 5 hari

Assalamualaikum semua,

Blog ni memang dah terabai kan. Bila Aufa beralih umur baru ada posting baru..Mungkin niat adakan blog ni pun sebab Aufa..Itu pun sebenarnya saya nak post pasal Aufa tepat umur dia 1 tahun 10 bulan pada 8 Mei lepas. Tapi asal nak update blog rasa bersalah pulak sebab lebih baik saya buat kerja lain contohnya study untuk IELTS.

Alhamdulillah kemarin saya dah ambil test IELTS tu so hari ni tak perlu study.Yeay! Result tak tahu lagi tapi rasa macam tak dapat nak achieve band yang saya nak tu :-(. Tula siapa suruh tak fokus. Pinjam buku dari library bukan main banyak tapi tak sempat nak study semua. Masa banyak tapi banyak buang masa. Hah apekah ayat ni. Hope fahamla yer.

Ok lah ni lari tajuk sudah...

Aufa tak lama lagi dah nak dua tahun..cepatnye masa berlalu.

Sekarang ni kehendak nak main tu bukan boleh dihalang lagi. Kalau di bawa ke playground tak kan nak balik selagi tak puas dan penat. Kalau balik tapi tak puas main, Aufa menangis bagai nak rak..pastu protes baring dalam kereta. Masalahnya bukan baring kat atas seat, tapi kat bawah seat. Eeee kotor..Kalau ditarik dia ke atas..dia beratkan badan dia taknak bangun.

Eh dah pukul 6 lebih dah..Saya patut balik rumah sekarang..oKlah Bye!



Monday, April 8, 2013

1 tahun 9 bulan

Assalamualaikum wbt.

Hari ini genaplah Aufa berumur setahun sembilan bulan takpun dalam kiraan bulannya 21 bulan.

Yeap sudah 21 bulan Aufa hadir dalam kehidupan kami. So blessed! Alhamdulillah.

Masih bercakap dalam bahasa baby.Eh! yeke bahasa baby?Bukan kot boleh dikatakan bahasa yang dia je sorang paham apa bendenya. Takleh lagi nak bercakap dalam 3 patah perkataan. Satu patah bolehla...
Nak..susu..jom..acihhh..dap(sedap)..abu(ibu)..papa..opah(tiru upin ipin)..akak(ni pun tiru upin ipin jugak)..duduk..atuk..sebut nama sendiri pun dah pandai..Auuuufa!

Kebanyakan perkataan bermula huruf A lebih mudah untuk dia sebut.

Hobi tumpahkan air susu dalam botol(susu baki dia minum tak habis) atas meja tv dan paling haru buat ibu rasa nak ngamuk suka tumpahkan atas carpet...

Bayangkanlah atas carpet tu! sebab rumah ku kat ruang tamu fully carpet..so bila dia tumpahkan satu kerja la pulak ibu terpaksa spray air kat mana dia tumpahkan dan lap guna kain.

Habis bertompok tompok putih carpet ku even dah basuh basuh sikit guna air..

Kadang kadang penat kat dapur, tengok tengok kat depan penuh susu sana sini.

Speechless sungguh rasanya..tapi terjerit jugak Ya Allah Aufa!( insert nada jerit dengan kuat di sini) dia terus lari lintang pukang (ha part ni kelakar).

Oklah meh tengok sini gambar Aufa yang latest

riadah waktu petang @rumah atok kg baru A.
yang boboy gambar last tu sepupu sebaya Aufa.
tua 4 bulan dari Aufa. his name is Afiq

ni gambar semalam tengah asyik tengok tv
gambar atas no 3 tu ibu suruh dia berdiri sekejap posing
then duduk balik..mula cangkung pastu duduk pastu terus dua dua tangan naik
hoi dekat nye ko ye anak tengok tv..

ha ni pagi tadi memang betul betul dia baru bangun terus snap.nampak gigi taring baru nak keluar tu.
pastu terus berdiri ambil mainan nak main..
macam tula anakku..tidur je senyap..lepas tu terus fikir nak main..

hehe. si kenteng ibu ni sangat baik..tak banyak masalah. jarang nak meragam.
cuma aktif sangat.. almost macam nak hiper dah..hikhik...
but nevermind biar aktif dari sakit.
biar penat jaga orang sihat dari penat memikir dan menjaga orang sakit kan..

Semoga Aufa terus membesar dengan sihat
Semoga Allah lindungi Aufa dari sebarang kecelakaan dan kemalangan ketika ibu terlepas pandang Aufa..

Almaklumlah anak ibu kan aktif!


Friday, April 5, 2013

PTPTN : Bagaimana nak dapatkan bayaran ansuran yang dibayar sebelum ni bila pinjaman dah waive?

Bismilahirrahmaniraahim...
Salam semua!

Ok kita cerita pasal PTPTN lagi kali ni but this is the last one..Lepas ni I dah takde deal dengan PTPTN lagi..InsyaAllah..

Sebelum ni kan aku tak dapat penukaran pinjaman kepada biasiswa kan sebab polisi pihak atasan dah kata begitu..Cerita ada di sini.

So jadinya aku dah bayar la hutangku setiap bulan once dah dapat kerja..

Tapi alhamdulillah akhirnya ada rezeki aku dapat pelepesan pinjaman pada October 2012.

..So bila dapat pelepasan ni aku nak tuntut balik duit ku walaupun nak banyak tapi cecah 4 angka juga.

Ingatkan bila dapat surat pelepasan tu PTPTN akan automatikla bagi duit tapi nan hadoo...

Jenuh tunggu 2,3 bulan sebab aku kan sabar sangat tak contact PTPTN. Bukan apa bila call je memang tak akan dapatla bercakap sebab queue nak bercakap tu lameeeeeeee...habis credit handset ku.Kadang kadang kene tunggu 20 orang lagi dalam talian. Kene queue tau!

Sebelum ni ada ANJUNG FORUM PTPTN boleh tulis mesej di situ. Tapi sekarang sudah tiada kene guna button Maklumbalas kot..Lupa dah. So aku tanyala kat situ, alhamdulillah PTPTN bagi jawapan yang sangat bernas!

Rupanya daku kene juga menghantar surat ke PTPTN mohon pulangkan bayaran yang dah bayar tu..Sertakan juga

1) Salinan surat penukaran pinjaman kepada biasiswa
2) Salinan buku bank (pilihla mana mana bank yang korang prefer)

Aku hantar surat dalam 1 Mac 2013.

PTPTN pulangkan semula bayaran pada 1 April 2013. PTPTN tak bagi notice pun saja nak check duit tetiba ada rezeki Allah nak bagi.

p/s: Alhamdulillah duit tu dah guna buat pendaftaran IELTS.Hehehe
sesape nak contoh surat tu bolehla emel ku..nanti aku bagi softcopy terus k.

Till then,
Salam

Friday, March 8, 2013

20 months young!!

Assalamualaikum wbt..

Puhh..Puhhhhhhh...Puhhhhhhhhhhh..Heh tu tiup habuk tu bagi bersih sikit blog ni.Lame tak update sebab malash..Boleh gitu?Hewhew..

Today aufa dah 20months. lagi 4 bulan nak 2 tahun.

ni gambar semalam. latest version punya anak mak.

Buai biru dalam gambar tu bukannya pakai sangat pon..nak simpan je rasenya sebab nyemak rumah.Tambah pulak suka benor panjat besi buai. Takpun Aufa memang buat buai tu betol betol jadi buaian dia alaaa macam kat taman permainan tu..Siap nyanyi "Buai Ajuuu Ajuuuu".

Harapan mak niha semoga cakap biar clean and clear lagi sebab senang mak nak paham kehendak dia..Sekarang pun banyak juga perkataan dia boleh sebut. Kehendak makinla macam macam tapi sebab orang tak paham dia terus jerit jer.

Eh dia dah boleh cakap Su Su tau. Senang sikit kalau dia nak susu. Lagi satu suka mengira One Two Three sampai Ten. Yang perfect One sampai Four je. Yang lain tu terabor sekejap six pastu eight kang seven pulak tapi for sure Ten is the last one lah...


Ni weekend lepas. Pergi Putrajaya saje jalan jalan. Punyelah panas


Alhamdulillah selera makan terus bertambah..Dulu ada la jugak 3 bulan takde selera..Sebab gigi geraham nak tumbuh. But now, selera betul dia.Berat pun mak tak tahula berapa tapi masyaAllah sakit pinggang dukung lama lama. Nasibla anak mak tak suka berdukung. Dia suka berjalan..Tapi mak pulak sem sem pottt kejar dia.

Oklah. 
Aufa, Ibu doakan Aufa terus membesar sihat walafiat, jadi anak solehah, cerdas, dengar kata ibu dan papa k. Dan semoga Allah sentiasa melindungi Aufa dari sebarang kecelakaan. Jangan macam macam sangat k.hehe.

Till then,
Wassalam

Tuesday, February 5, 2013

Tamatlah Cerita Sarjana dalam rumah tangga daku

Assalamualaikum wbt and hai semuaaa!

Wahh rasa lamanya tak tulis blog. Hati meronta ronta nak coretkan sesuatu kat sini tapi apakan daya kadang kadang tu malas, bila ada semangat banyak kerja pulak. So hari ni takleh nak tangguh lagi dah.

Well, my husband almost menamatkan pengajian sarjana kejuruteraannya. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tinggal one step lagi yakni nak buat hard cover thesis dia. Then hantar ke pusat pengajian fakulti dan cerita sarjana  akan tammattt maybe hujung minggu ni. Insha Allah.

Disebabkan cerita sarjana dah hampir tammat dalam kehidupan rumah tangga kami..cewahhh..( yerlah khen dah bape tahun dah asyik cite pasal master jer..start daripada aku buat master then sambung ke suami pulak), maka selepas ini cerita PhD mula akan berkumandang dalam rumah tangga kami ni ha..

Bukan niat nak sambung PhD untuk menunjuk nunjuk jauh sekali nak riak sebab title Dr. tu tapi demi kerjaya dan masa depan keluarga kami, aku kena teruskan. Itu memang dah termaktub dalam perjanjian aku di UPSI ni.

So from now on, misi mencari tempat, contact supervisor, buat proposal, masuk meeting nak sambung belajar and the list goes on and on...Aku takleh nak tangguh lagi dah sebab kat jabatan aku ni tinggal aku sensorang jer tak pergi belajar lagi..sobs sobs..Kawan kawan yang lain lama dah tinggalkan aku..So by this year aku mesti kena tinggalkan Tanjung Malim tercinta ni untuk pergi menuntut ilmu Allah yang sangat luas itu. Ini salah satu wishlist aku tahun ni tau!

Banyak yang perlu aku fikirkan sebelum further PhD ni and the thing yang paling penting husband mesti sambung sekali. Biarlah orang kata dua dua belajar bz sangat..anak sapa nak jaga???Tapi ada jer orang yang berjaya kan..It is POSSIBLE ape. Orang lain boleh, aku pun boleh jugee. No?

Doakan saya dan suami berjaya yer, dipermudahkan segala urusan fid dunia wal akhirat..Amin

Till then,
Bye and salam!