Means kawan perempuan.
Tup tup hari Isnin minggu lepas muncul student perempuan PhD baru dari Saudi Arabia.
Dia pun sama supervisor denganku. Disebabkan sama supervisor mestilah satu ofis..So oklah sekarang ni, takdelah aku jadi bunga sorang-sorang dalam ofis...
Syukurrr..Syukur juga dia pun Muslim so senangla sikit.
Eh aku tak pernah kan tunjuk ofis aku lagi...Sebabnya tak pernah ada gambar pun selama ni dekat ofis..
Segan pula nak tangkap gambar selfie sendiri..Haha..
Masa mak dan adik adik ada bulan lepas..Aku cari tarikh paling baik punya ajak diorang ke ofis..
Tarikh 25 DECEMBER..hehe mestila time tu tak ramai orang kat ofis kan...Mostly tengah sambut Krismas.
So senang sikit aku nak bawa satu rombongan ke ofis..
Puas hati dan seronok tau dapat tunjuk kat mak kat mana tempat kita belajar...mana tempat kita duduk menghadap komputer hari-hari.
Pintu masuk ke School of Mathematics. Pintu ni baru je siap September 2014. |
Academic Staff..Seramai ramai staff tu ada 7 orang je lecturer perempuan.. Yang lain semua lelaki |
Dengan mak |
Ni tempat melepak students undergrad sementara menunggu kelas |
Dengan Princess Aufa duduk di bridge.. Selalu bridge ni tempat orang nak bercakap telefon |
Ada dua bridge..Gambar atas dengan Aufa tu bridge hujung sana.. Yang ni bridge lagi satu |
Yang ada sofa merah tu tempat makan and rehat lecturer and student postgrad. |
Walaupun Christmas Day, tapi tengokla ada je orang datang uni... refer to bilik yang berlampu |
My office kat level 2 |
Dari bangunan luar School of Maths |
Connected building..Kat atas bumbung tu panel solar. |
Bangunan ofis aku ni boleh juga dikatakan cantik, ada kitchen, ada shower..Agak baru juga bangunan ni
Aku tengok ada juga yang stay kat ofis tak balik rumah..Taktahula tak balik ataupun memang dia tak sewa rumah lain...Sebabnya kat ofis ni memang lengkap..Kalaulah aku bujang dan aku seorang lelaki, aku pun rasa nak tidur je kat school ni..
Masa first year aku dapat ofis lain. Ada 5 orang yang selalu datang ofis termasuk aku..3orang British and seorang Indian..Aku taktahula kenapa aku tercampak ke ofis ni sebab diorang semua buat bidang Pure Math..3orang lelaki dan 2 perempuan. Tapi diorang ni semua pendiam je..Tak sibuk hal orang sangat. Masing -masing buat hal sendiri kecuali Indian tu..Dia jela selalu bercerita dengan aku..
Dia ni hebat sangat..Bayangkan dia habis analysis kerja PhD dia dalam tempoh dua tahun..Masa aku masuk tu dia baru habis second year..patutla aku tengok dia ni rileks je..Asyik mengajar, marking paper, conduct conference, conduct games la...Rupanya kerja PhD dia dah habis..Then, the rest dia buat writing then dia passed viva without correction dalam masa 2 tahun 11 bulan camtu.
Lagi seorang British tu pun dah viva before Krismas lepas...Then sekarang ni lagi kawan perempuan tu tak lama lagi nak submit dah..Tinggalla seorang lagi lelaki British yang quite weird tu..Serius takut tau kalau tinggal dua orang ngan dia je..Sebab pelik sangat..
Tak sempat aku nak submit first year report lagi dah dapat emel arahan untuk pindah ofis pula..Ni sv yang suruh sebab dia nak all his students be in the same office..Aku ni malas nak pindah pindah sebab lagipun dah biasa dengan tempat lama. Ofis lama sangat bersih. Sekali kene pindah jugak..
Ofis baru ni semua lelaki...Tapi yang selalu datang dua orang je..Lagi dua orang kaddang kaddang...Ada 3 Indian and seorang European..Aku Malaysian..Haa ni tambah seorang lagi Saudi..Semua bukan British. Mostly dalam ni semua ambil applied math so kalau nak tanya term term ke senangla sikit..
Kadang bila 3 orang ofismate tu cakap Hindi rasa kelakar la pula...Best pulak dengar orang cakap Hindi dalam ofis ni...
Ada pro and cons juga ofis lama dan juga baru..
Ofis lama bersih...Pintu sentiasa terbuka...tapi sejuk sikit(sebab buka pintu), menghadap tengah bangunan so di kala otak tepu bolehla jenguk luar bilik tengok orang lain tgh buat apa..haha
Disebabkan pintu sentiasa terbuka jadi aku boleh makan lunch pack aku dalam bilik je..Lagipun dua orang lagi tu pun makan dalam bilik..So takdela segan sangat..Cuma diorang ni pendiam sangat, kalau cakap pun British slang kuat jugak so susah sikit aku nak tangkap apa diorang ckp..
Ofis baru ni agakkk bersepah sikit..Huhu..Pintu bilik always ditutup. So susah sikitla aku nak makan kat bilik je..Sebab bila buka bekal je semerbak bau terperuk dalam bilik..Jadi aku makan roti, biskut, kerepek kentang je bila lunch.. Aku ni ada perangai malas nak turun area pantry bila lunch sebab aku malas nak ajak ajak kawan g makan...lagipun aku pun taknak makan sensorang kat bawah tu..huhu
Tapi sebab ofismate dalam bilik baru ni semua buat applied math so macam ok lah juga..Kalau diorang discuss ke at least ada la mende yang boleh difahami. Dan diorang selalu buat revision soklan soklan calculus time undergrad. Aku selalu buat buat tak tahu je tapi dalam diam pandang pandang juga. Sebabnya diorang ni hebat sangat aku selalu rasa aku ni tak pandai n rasa macam tak tahu papa :-(
Suka tengok gambar kat bawah ni...Mak melawat ofis cek ;-)
My new office. Nilah meja aku tempat aku belajar.. Mak dah tahu dah kat mana aku belajar skang ni.. Seronok sangat.. |
Subhanallah. Your school looks super duper gojes....
ReplyDeleteAlhamdulillah,dapat building baru kurang dari 10tahun beroperasi kak lyn..sebab tu senibina agak moden..
DeleteBaru jer cakap nak kawan, Allah dah makbulkan :)
ReplyDeleteKalau kat lab saya ramai pak arab.... kadang2 syok duk dengar mereka cakap arab...
Ada la belajar sepatah dua bahasa arab... hehehehe
Tulakan kak nur..Allah dah makbulkan alhamdulillahh..
DeleteKat sini pun saya selalu kawan dgn budak arab juga..mmg betul ada bljr juga bahasa arab..
Kadang saja release tension..