Friday, May 8, 2015

Spring has come to the end :-(

Assalamualaikum wbt.
Selalunya orang selalu update 

SPRING HAS SPRUNG!!

Teruja kan bila datangnya musim bunga..Bagi orang perempuan ni tiada yang tidak teruja rasanya. Semua akan teruja melihat bunga bunga kembang mekar. Cantik sangat ciptaan Allah yang mana bila tiba masanya semua akan keluar berbunga tidak kira putik bunga yg keluar dari dalam tanah..pokok pokok yang selama ni beranting kayu je sapanjang musim sejuk semuanya mengeluarkan bunga yang lebat. 

Minggu ini cuaca mendung, angin kuat, hujan..Maknanya hampir tamatlah riwayat bunga-bunga tersebut dibawa oleh angin. Pokok-pokok pun dah mula mengeluarkan dedaunan.

Maknanya musim bunga dah hampir tamat, mungkin bertahan dalam seminggu lagi..Paling lama pun dua minggu..Lepas ni musim panas pula menerjah. 

Bila duduk termenung takpun tengah berjalan kaki balik dari school, selalu terfikirkan putaran alam ni..Sungguh Allah Maha Berkuasa..Elok cantik je aturan dia menjadikan 4 musim ni silih berganti.
Terutama melihat pokok-pokok ni dia tahu bila dia nak berbunga, bila dia nak luruh, bila dia nak berdaun. 

Semasa di Malaysia saya tak pernah terfikir pun pasal keadaan cuaca dan persekitaran ni. Sebab iyela mana ada 4 musim..Selalu panas terik,mendung,hujan..

Tapi bila berada di sini, saya appreciate semua tu. Sebab setiap musim ada keunikan dia sendiri, ada kebaikan dan ada kekurangan,  Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmati kebesaran Allah SWT ni once in a lifetime.

Keukenhoff, Netherland - Apr, 2015

0 comments:

Post a Comment