Monday, February 8, 2016

Kisah roket

Assalamualaikum wbt.

Dah lama menyepi tetiba keluar post kisah roket pulak pagi-pagi ini.

Hari ini ada berlaku kisah sayu sikit dengan Aufa dekat sekolah.

Sedihnya tengok bila dia sedih sangat.

Semalam check homework dia...adalah satu homework ni suruh bawa ke sekolah apa apa barang dekat rumah yang ada bentuk cuboid ke, cube ke, cylinder ke, cone ke..sebab diorang belajar pasal 3D shapes.

Saya pun bagi Aufa bekas tepung kastard sebab bentuknya cylinder.

Dia sukala dapat bawa something dari rumah ke sekolah nak tunjuk kat cikgu.

Sekali tengok masa sampai sekolah pagi tadi, ramai kawan kawan ni bawa DIY roket.

Cantik cantik tu..

Muka dia dah berubah dah.. Mak dia pun cuak jugaklah.

Aiseyyyyyy macam mana mak tak tahu ni.. Aku salah baca ke homework dia ni..Ada ke suruh buat roket..Mak pun gelabah jugakla..

Aufa dah start nak nangis dah dia cakap I want a rocket. I want a rocket..

Pastu terus bagitahu Mrs Ellison boleh tak bawa esok roket tu.

Dia terus cakap.

''Aufa don't worry, you can bring it tomorrow or all this week.''

''Kayshean will bring it tomorrow, Zara will bring it tomorrow as well. Don't cry''

Pastu dia ambil tisu bagi Aufa lap air mata.

Alahai nasib baik lah boleh bawa sepanjang minggu ni..Budak-budak ni pun kalau nampak kawan kawan bawa dan dan tu juga nak..

Oklah pengajarannya, mak kene sentiasa kena alert aktiviti anak-anak..Kadang-kadang cikgu tak bagitahu verbally so kene alert pada weekly newsletter tu..

Aktiviti diorang banyak sangat kat sekolah ni. Ada ketika tak dapat nak catch up semua..

So balik ni mak ada aktiviti sikit nak buat roket kebabommmm dengan mek Aufa tu..

Ingat nak design macam ni..Tantekk kan? Lap peluh dulu..Pfttt

[Update]
Roket Aufa dah siappp..Haha tak sama langsung dengan design yang atas..Ni papa dia punya design!


0 comments:

Post a Comment