Friday, December 30, 2011

Disebalik nama Aufa

Puteri saya yang pertama diberi nama AUFA. Hanya empat huruf sahaja. Awal awal dulu ramai orang tanya apa nama penuh Aufa. Saya jawab Aufa bt Mohamad Hazrul.

Aufa je?

Pergi pejabat pendaftaran pegawai tu tunjuk form balik kat husband takut salah. Memang betul namanya Aufa sahaja.

Siapa yang pilih nama Aufa tu?
Her papa

Siapa nak nama dia pendek jer?
Her ibu

Kenapa ibu nak nama pendek pendek jer?
Sebab ibu Aufa nak orang panggil Aufa dengan nama penuh. Biar seiring dengan nama dia sendiri. Ada makna. Yang setia

Ibu taknak nama panjang panjang sebab....
- lastly nama panggilan takda makna langsung, sedangkan panggilan harian kita tu lah doa.
- nanti ibu nak tulis nama kat buku sekolah anak ibu lambat.
- nanti anak ibu nak tulis nama dalam form petak petak tu kan tak cukup petak pulak.haha.
- susah orang nak ingat. senang nama pendek cikgu nak ingat.
- susah cikgu nak tulis nama dalam kehadiran. kire ibu baikkan taknak susahkan cikgu.hehe.

Bila besar nanti, ibu yakin Aufa pertikaikan kenapa papa n ibu letakkan nama dia satu perkataan sahaja. Sebabnya ibu tengok anak anak sebaya Aufa semuanya nama canggih canggih, 2,3 patah perkataan. Ibu akan jawab
- Biarla semua orang nama panjang syg. Nama sayang pendek nampak unikkan. Semua orang akan ingat. Nanti dah besar mesti Aufa berterima kasih kat papa n ibu.

Sebenarnya, sebelum Aufa lahir saya nak namakan puteri saya N*****. Saya pulak memang ada satu nama jer. Nama lelaki memang tak cari nama. Tapi once Aufa lahir je tak jadi letak nama tu atas sebab sebab tertentu. Malam pertama Aufa lahir, saya gelisah sebabnya tak tahu nak letak nama anak apa?

Esoknya mak long Aufa bawa buku nama, then time tu jugak carik nama baru untuk anak ibu yang tak da nama lagi ni. Nama pertama papa tunjuk Aufa. Ibu tengok makna then rujuk balik dalam kamus bahasa Arab terus ibu setuju.

Mungkin, sudah tertulis itu nama yang terbaik untuk anak ibu.

AUFA maksudnya Yang Setia,

Semoga Aufa menjadi seorang,
Yang setia pada Allah dan Rasul
Yang setia pada ibu dan bapa
Yang setia pada suami
Yang setia pada kawan kawan
Yang setia pada janjinya

This entry was posted in

Bye 2011, Welcome 2012

Lagi sehari saja lagi kita bakal menjengah ke tahun 2012, cepat kan masa berlalu.

Umur saya pun dah meningkat ke angka 26. MasyaAllah makin banyak angka nya tu. Macam tak percaya.

Alhamdulillah, saya dah ada suami tahun 2010.

Tahun ni dapat rezeki paling besar, saya dah ada anak sorang, Aufa.

Semua tu rezeki yang Allah dah tetapkan untuk saya. Syukur yang tak terhingga saya kepada Pencipta saya kerana sentiasa memurahkan rezeki walaupun tak banyak yang saya beri untuk Dia. Sentiasa alpa dan leka. Selalu buat salah. Iman pun kadang kadang naik turun.

Saya nak cuba perbaiki diri saya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Saya nak jadi anak yang sentiasa berbakti kepada orang tua saya.

Saya nak jadi isteri yang solehah.

Saya nak jadi ibu yang mithali.

Saya berharap tahun 2012 nanti Allah mempermudahkan urusan pembelajaran saya dan suami sampai ke peringkat phD.

Saya berharap agar suami saya dapat menjadi tenaga pengajar di UPSI.

Saya berharap semua orang yang saya sayang diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Kalau nak tulis harapan dan doa tu banyak. Cukupla rasanya saya coretkan yang ni saja.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


5months 3weeks

Minggu ni kira kiranya Aufa lagi seminggu nak masuk 6 bulan.

Aufa sangat aktif, suka sangat bermain main.

Progress Aufa macam macam

- Aufa dah naik walker. Papa belikan bile Aufa masuk 5 bulan haritu. Kire adiah la kot. Sesetengah orang kata kene tunggu 7 bulan takut nanti baby lambat jalan. Tapi kesian tengok Aufa nak main. Aufa ni kuat dan keras kakinya. Masuk2 dalam walker je dia punyala senyum riang gembira. Dia boleh gerak kedepan kebelakang terus bile dapat walker. Syabas anak ibu. Anak ibu memang cemerlang!

- Aufa dan start makan time umur 5bulan seminggu. Ibu belikan Aufa beras cerelac tu. Bancuh cair cair je. First time makan tok yang suapkan Aufa. Ya Allah, beria ia Aufa makan. Sampai bowl tu pun Aufa nak geget. Comot anak ibu. Comel. Tapi takdala hari hari bagi Aufa. Cuma kadang2 jer. Saje nak biasakan Aufa. Ibu cadang masuk 6bulan nanti ibu masakkan bubur nasi untuk Aufa ye. ibu doakan Aufa suka masakan ibu.

- Aufa dah menjulur kehadapan dengan lajunye sekarang ni. Macam gaya orang berenang pun ada.

- Ha ada lagi ni. Aufa dah angkat badan dan tinggikan kaki. Ala macam position nak merangkat tu. Pastu bontot tergoyang sikit. Aufa nak merangkak dah ke sayang. Cepatnye....Tak terkejar ibu ngn papa nanti. Nanti Aufa dah pandai merangkak, saya beritahu ok.

- Aufa dah rosakkan henpon ibu. Aufa isap henpon ibu sampai basah agaknye screen hp ibu. so screen hp ibu dah rosak.tak nampak apa dah..Ibu dah halang Aufa isap, tapi Aufa menjerit bagai nak gila. Dahla time tu malam dan kat genting dalam perjalanan pulang ke TM. Aufa terlampau penat dia nak tido tapi gusi gatal agaknya. Bagi kain taknak pulak dia nak hisap. Nak hp jugak.

- Aufa dah boleh main main dengan orang. Dah kenal atuk ngn nenek. Tak nanges dah macam dulu. Kire Aufa dah pandai bersosial sikitla. Dulu dulu Aufa tu kenal ibu, papa ngn ummi bee jer. Sebabnya kami jarang bawa Aufa bersosial. Sekarang Aufa dah ok skit.

- Aufa dah asyik nak berbual jer..Sampai masa mood nak bercakap tu kuat suaranya keluar. Dah ada bait bait bunyi perkataan yang keluar.

Tu jerla dulu pasal Aufa sekarang ni.

Papa n ibu sayang Aufa sangat sangat sangat.

Alhamdulillah, syukur sangat sangat atas kehadiran Aufa.
Sungguh ada anak tu memang memeriahkan rumah tangga.


Friday, December 9, 2011

AUFA 5 months old

Yeay Yeay Yeay

Selamat Hari Jadi yang kelima bulan, wahai Aufa anak kesayangan ibu dan papa!

Tok buatkan apam sempena Aufa 5 bulan.Tapi Aufa taleh mamam..ehhe

Aufa dah pandai mengengsot,
..............Aufa dah tak reti duduk diam bila ibu nak pakaikan pampers.
.........Aufa dah mula melasak..

Tengok tu sekejap jer dah dapat amik apam

Dan yang paling best.....

Dah seminggu Aufa tak tidur malam!! Aufa tidur siang lameee sampai pukul 4 petang!

Itulah cabaran buat ibu sayang. Dah macam zombie ibu pergi kerja. Tapi Ummi Bee kata jangan sesekali merungut sebab ibu kita dulu pun macam tu. Bukan senang nak besarkan kita.

Ibu sayang Aufa. Aufa hadir dalam hidup ibu dan papa pun rasa bersyukur sangat. Biarla Aufa tak tidur malam asalkan Aufa sihat, riang gembira bermain main.



Papa bagitahu ibu nak hadiahkan Aufa walker. Kita tunggu malam ni yer ada tak papa beli.Hehe. Aufa suka naik walker tau!