Friday, December 30, 2011

Disebalik nama Aufa

Puteri saya yang pertama diberi nama AUFA. Hanya empat huruf sahaja. Awal awal dulu ramai orang tanya apa nama penuh Aufa. Saya jawab Aufa bt Mohamad Hazrul.

Aufa je?

Pergi pejabat pendaftaran pegawai tu tunjuk form balik kat husband takut salah. Memang betul namanya Aufa sahaja.

Siapa yang pilih nama Aufa tu?
Her papa

Siapa nak nama dia pendek jer?
Her ibu

Kenapa ibu nak nama pendek pendek jer?
Sebab ibu Aufa nak orang panggil Aufa dengan nama penuh. Biar seiring dengan nama dia sendiri. Ada makna. Yang setia

Ibu taknak nama panjang panjang sebab....
- lastly nama panggilan takda makna langsung, sedangkan panggilan harian kita tu lah doa.
- nanti ibu nak tulis nama kat buku sekolah anak ibu lambat.
- nanti anak ibu nak tulis nama dalam form petak petak tu kan tak cukup petak pulak.haha.
- susah orang nak ingat. senang nama pendek cikgu nak ingat.
- susah cikgu nak tulis nama dalam kehadiran. kire ibu baikkan taknak susahkan cikgu.hehe.

Bila besar nanti, ibu yakin Aufa pertikaikan kenapa papa n ibu letakkan nama dia satu perkataan sahaja. Sebabnya ibu tengok anak anak sebaya Aufa semuanya nama canggih canggih, 2,3 patah perkataan. Ibu akan jawab
- Biarla semua orang nama panjang syg. Nama sayang pendek nampak unikkan. Semua orang akan ingat. Nanti dah besar mesti Aufa berterima kasih kat papa n ibu.

Sebenarnya, sebelum Aufa lahir saya nak namakan puteri saya N*****. Saya pulak memang ada satu nama jer. Nama lelaki memang tak cari nama. Tapi once Aufa lahir je tak jadi letak nama tu atas sebab sebab tertentu. Malam pertama Aufa lahir, saya gelisah sebabnya tak tahu nak letak nama anak apa?

Esoknya mak long Aufa bawa buku nama, then time tu jugak carik nama baru untuk anak ibu yang tak da nama lagi ni. Nama pertama papa tunjuk Aufa. Ibu tengok makna then rujuk balik dalam kamus bahasa Arab terus ibu setuju.

Mungkin, sudah tertulis itu nama yang terbaik untuk anak ibu.

AUFA maksudnya Yang Setia,

Semoga Aufa menjadi seorang,
Yang setia pada Allah dan Rasul
Yang setia pada ibu dan bapa
Yang setia pada suami
Yang setia pada kawan kawan
Yang setia pada janjinya

This entry was posted in

4 comments:

  1. hikss. saya pun berkenan dengan nama aufa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke najihah..nanti baby lahir bolehla letak nama Aufa.hihi

      Delete
  2. Alhamdulillah..pendapat kita sama..hehe..
    Fida pun nak namakan puteri yg bakal lahir ni dgn nama "Aufa" sahaja.
    Memang setuju dgn pendapat awak berkenaan nama-nama panjang sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nnti nama anak kita sama..yeay..betul fida sekarang ni pun saya rasa bnyk hikmah guna nama aufa ni..bnyk mudahkan sy nak isi borang ke apa..n plg best umur 2tahun setengah dah aufa dah boleh eja nama sendiri.maklumlah 4huruf je..
      Saya ada kawan yg dia nak pergi tukar nama anak dia..sebab even dah besar pun masih tak tahu nama penuh sendiri..
      Tak kisah nama tak pjg pun tp hari hari kita pgl nama penuh dia...sebab panggilan tu lah doa...

      Delete