Friday, December 9, 2011

AUFA 5 months old

Yeay Yeay Yeay

Selamat Hari Jadi yang kelima bulan, wahai Aufa anak kesayangan ibu dan papa!

Tok buatkan apam sempena Aufa 5 bulan.Tapi Aufa taleh mamam..ehhe

Aufa dah pandai mengengsot,
..............Aufa dah tak reti duduk diam bila ibu nak pakaikan pampers.
.........Aufa dah mula melasak..

Tengok tu sekejap jer dah dapat amik apam

Dan yang paling best.....

Dah seminggu Aufa tak tidur malam!! Aufa tidur siang lameee sampai pukul 4 petang!

Itulah cabaran buat ibu sayang. Dah macam zombie ibu pergi kerja. Tapi Ummi Bee kata jangan sesekali merungut sebab ibu kita dulu pun macam tu. Bukan senang nak besarkan kita.

Ibu sayang Aufa. Aufa hadir dalam hidup ibu dan papa pun rasa bersyukur sangat. Biarla Aufa tak tidur malam asalkan Aufa sihat, riang gembira bermain main.



Papa bagitahu ibu nak hadiahkan Aufa walker. Kita tunggu malam ni yer ada tak papa beli.Hehe. Aufa suka naik walker tau!


0 comments:

Post a Comment