Friday, May 22, 2015

Aufa got a compliment card from her class teacher.

This week Aufa dapat satu kad dari guru kelas dia.
Sebelum ni, masa parents meeting cikgu dia cakap Aufa ni kurang bercakap takpun macam certain words dia tak berapa faham. Jadi cikgu dia suruh kitaorang cakap Bahasa Melayu je dengan Aufa. Bagi Aufa kuasai betul-betul bahasa ibunda dia.

Sebab cikgu dia kata ada kajian ni menunjukkan budak budak akan lebih senang belajar dan menguasai bahasa kedua jika dia telah cekap dan menguasai bahasa ibunda..

Aufa ni dia tak pandai cakap Bahasa Melayu. Boleh la setakat nak sebut

nak susu..
sakit...
apa tu..
sini..

Nak buat ayat complete memang tak pandai..huhu..kesian Cik Pa.

Pening juga kami dibuatnya, dalam kes Aufa ni masa dia sampai di UK Aufa masih belum bercakap.
Yang dia boleh cakap pun Ibu, papa, nak, susu, itu, ini.

Sampai je kat UK dia terus masuk nursery di UK. Jadinya dia start belajar English. Disebabkan takut Aufa confuse kitaorang pun cakapla English dengan dia.

Bila cikgu dah tegur macam tu baru kita orang perasan yang sebenarnya masalah tu datang dari kitaorang. Bukannya sebab Aufa tak pandai bahasa melayu ke apa.

First
Kita orang tidak banyak encourage aufa bercakap pun..Hari hari  akan bercakap benda yang sama so jadinya Aufa tak develop speaking skill dia dan tak develop vocabulary dia. Lagi satu,kitaorang both husband and wife jenis tak banyak cakap so menjadi masalah juga tu.

Second
The big problem is Aufa suka tengok video dekat youtube. Dia sangat fokus menonton video jadi dia kurang bercakap. Bila kita sembang dengan dia, dia tak pedulikan sangat pun..Dok haa haaa je. Salah kitaorg -.- sebab yelah bila sibuk tu memang ipad lah jadi jalan penyelesaiannya.

So lepas dah tahu masalah tu, kitaorang cari jalan penyelesaian.

1. Kitaorang pastikan Aufa fokus  bila kitaorang ajar aufa complete sentences. Dia bukannya tak boleh cakap. Boleh...Cuma ayat dia tak complete and simple.  Kalau boleh dalam umur dia dah nak masuk 4 tahun ni boleh cakap dengan sentence yang penuh. So bila kitaorang make sentence untuk dia Aufa kena sebut berulang kali sampai perfect10! Ha ha kesian Aufa.

2. Other than that, ada new rule. Sebelum ni kitaorang agak sambil lewa sikit. Tak tegas.

'Please stop watching the video while ibu and papa are talking to you! '

Paling win kalau papa dia kata

'I'll throw your ipad into the dustbin if you are still looking at the ipad'.


So minggu ni Aufa dapat kad dari teacher dia..Dia bagitahu 'Ibu, only me got the card'. Dari raut wajahnya dia nampak bangga sangat.



Bila aku baca kad ni..terus rasa sebak..usaha kitaorang telah membuahkan hasil..Alhamdulillah..

But this project is never ending project. Kena teruskan sampai bila-bila.

Aufa pun dah boleh cakap Bahasa Melayu tapi ayat Allahurabbi berterabur sangat...

Contoh nya : Saya letakkan pensel warna dia sebelah televisyen.

Aufa nak bagitahu la kat saya : Ibu tengok! colour situ ni.

p/s : Bukan senang nak mendidik anak bila dah makin membesar lain cabarannya. Gajet dan applikasi yang mucul bak cendawan tumbuh juga adalah salah satu cabaran dalam mendewasakan anak-anak. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita take for granted dalam banyak hal.

Nilah cabaran bila suami isteri buat PhD . Sigh    -.-

Sunday, May 10, 2015

Gardening Part 1

Assalamualaikum wbt..

Saya ni orangnya takdala hardcore gardening. Mak ngn ayah saya iya. Mereka memang orangnya.
Dari kecil lagi mak selalu suruh saya cabut rumput dalam pasu..Bersihkan lumut lumut yang hinggap di batu bata. Gemburkan tanah..Trim pokok bunga kertas..Siram bunga..dan etc

Tapi saya suka..

Masa kecil kecil dulu memang banyak masa sangat masa sampai taktahu nak buat apa dah. Zaman tu ayah memang tak pernah belikan game ke apa..komputer pun tiada. Kartoon kat televisyen pun hujung minggu je ada..Itupun takdela setiap masa. 

Rumah sewa saya sekarang ni backyard dia sangat luas. Pastu owner dia suka gardening agaknya so dia banyak meninggalkan tools for gardening dan pasu pasu beraneka jenis..

Masa mak saya datang ke Manchester haritu kitaorg ada pergi ke Christmas market.. Ada satu gerai tu dia jual pelbagai jenis bulb bunga. Saya ingatkan mahal. Sekali dia bagi satu palstic bag dan isi la banyak mana pun sampai penuh harga only 5 pounds!!

Mak saya sangat teruja ok! Dia ambil banyak sangat jenis (dia lupa agaknya bunga ni susah nak tanam di Malaysia, huihuihui). Sampai penuh sangat beg plastik tu. 

Kalau beli di pasaraya satu paket je dah 1 pound


Ni separuh yang masih tinggal..Lagi separuh mak bawa balik Malaysia. Kalaulah luggage mak muat agaknya semua dia bawa balik!


Ni lah bulb bunga. Macam bawangkan.

Saya memang niat dah lama sangat nak tanam bunga bunga ni. Rumah sewa lama dulu tak da kelengkapan. Pasu pun takda. Tak berbaloi pula saya nak beli pasu baru sebab saya bukannya tinggal di sini selamanya.

Jadi saya ajak anak dara saya ni gardening...

Most of the work memang Aufa yang buat. Saya sebagai emak jadi mandor sahaja. Sampai penatla Aufa haritu sekerat jalan buat kerja masuk rumah minta nak susu botol.. Habis susu sambung balik gardening...Kesian kecik lagi dah kena buat kerja buruh :-p

FIRST STEP
Put the soil into half of the pot








SECOND STEP
Arrange the bulbs on the soil
(Yang ni saya kene pantau sebab dia main susun sesuka hati dia)




















THIRD STEP
Sprinkle the soil back to cover the bulbs




LAST STEP
Water the soil and bulbs lightly







-THE END-

p/s : Nanti saya tunjukkan kat next post apa dah jadi dengan hasil tanaman Aufa ni..Stay tune!!

Friday, May 8, 2015

Spring has come to the end :-(

Assalamualaikum wbt.
Selalunya orang selalu update 

SPRING HAS SPRUNG!!

Teruja kan bila datangnya musim bunga..Bagi orang perempuan ni tiada yang tidak teruja rasanya. Semua akan teruja melihat bunga bunga kembang mekar. Cantik sangat ciptaan Allah yang mana bila tiba masanya semua akan keluar berbunga tidak kira putik bunga yg keluar dari dalam tanah..pokok pokok yang selama ni beranting kayu je sapanjang musim sejuk semuanya mengeluarkan bunga yang lebat. 

Minggu ini cuaca mendung, angin kuat, hujan..Maknanya hampir tamatlah riwayat bunga-bunga tersebut dibawa oleh angin. Pokok-pokok pun dah mula mengeluarkan dedaunan.

Maknanya musim bunga dah hampir tamat, mungkin bertahan dalam seminggu lagi..Paling lama pun dua minggu..Lepas ni musim panas pula menerjah. 

Bila duduk termenung takpun tengah berjalan kaki balik dari school, selalu terfikirkan putaran alam ni..Sungguh Allah Maha Berkuasa..Elok cantik je aturan dia menjadikan 4 musim ni silih berganti.
Terutama melihat pokok-pokok ni dia tahu bila dia nak berbunga, bila dia nak luruh, bila dia nak berdaun. 

Semasa di Malaysia saya tak pernah terfikir pun pasal keadaan cuaca dan persekitaran ni. Sebab iyela mana ada 4 musim..Selalu panas terik,mendung,hujan..

Tapi bila berada di sini, saya appreciate semua tu. Sebab setiap musim ada keunikan dia sendiri, ada kebaikan dan ada kekurangan,  Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmati kebesaran Allah SWT ni once in a lifetime.

Keukenhoff, Netherland - Apr, 2015

Friday, February 6, 2015

TOMOWO

Assalamualaikum semua..

Hehe susahnya nak buat post ni kadang kadang beria nak menulis, tapi malas..time ada cerita nak tulis time tula takde laptop depan mata. Aku tak berapa pandai nak update blog guna phone..Leceh rasanya..

Baru lepas jumpa SV...Mmg everytime after jumpa SV mmg rasa happy sebab rasa beban untuk minggu tu dah lepas sebab apa yg tak paham semua terjawab lepas jumpa SV..SV sangat sangat membantu..Kadang kadang rasa sedih juga tak dapat happykan sv dengan result result yang menarik dan bagus. Tapi he still baik.

Haa ni nak cerita pasal Aufa ni..last week and last two weeks kerap betul dia sebut perkataan ni

T.O.M.O.W.O

Aku ni jenuh la fikirkan apalah dia tomowo tu...Bunyi macam bahasa Jepun..Ni mesti dia ada tengok kartun bahasa Jepun ke apa ni..

Aufa : Ibu, I want an ice-cream and Oreo.
Ibu : Ok, I will buy them for you.
Aufa: Thank you, ibu. Ok. Tomowo!
Ibu : Tomowo?????
Aufa : What is tomowo??
Aufa : ^_^ (buat muka sengeh je, dia manala tahu nak explain)

Ibu : Papa, ni Aufa ni asyik sebut tomowo tomowo tomowo je..Ada bagi dia tgk kartun Jepun ke?? 
Papa : Mana ada. Aufaaaa, come heree please..What is tomowo? 
Aufa : Tomowo papa.
Papa : Tomowo??? ( Pening kepala sekejap fikir)

Lastly, Papa win sebab Papa dapat detect TOMOWO tu apa..KrikrikKRIK

**********************************************************
Nampak ejaan TOMOWO tu mmg senang nak agak juga sebenarnya..tapi Aufa sebut

TOMOWO = TO (macam sebutan TOlak) MO WO

Yang sebetulnya dia nak cakap ni haaa

TOMORROW = TO (macam sebut TWO) MOR ROW
Bila kitaorang dapat detect je perkataan tu hah seminggu gelak tak habis siap sakat si Aufa .
Aufa TOMOWO Aufa TOMOWO...

Comel pulak word TOMOWO tu.

p/s : Jarang sebenarnya budak-budak ni cakap English pelat. Tula kitaorg tak bajet tomowo tu bahasa inggeris. Memang bajet bahasa jepun je =p

Aufa Tomowo baru balik membeli belah di carboot.


This entry was posted in

Thursday, January 29, 2015

Kawan baru dah sampai!! Sama ofis dan sama supervisor..Hoorey!

Alhamdulillah baru lagi aku dok membebel takde kawan kat ofis kan..

Means kawan perempuan.


Tup tup hari Isnin minggu lepas muncul student perempuan PhD baru dari Saudi Arabia.


Dia pun sama supervisor denganku. Disebabkan sama supervisor mestilah satu ofis..So oklah sekarang ni, takdelah aku jadi bunga sorang-sorang dalam ofis...

Syukurrr..Syukur juga dia pun Muslim so senangla sikit.

Eh aku tak pernah kan tunjuk ofis aku lagi...Sebabnya tak pernah ada gambar pun selama ni dekat ofis..


Segan pula nak tangkap gambar selfie sendiri..Haha..


Masa mak dan adik adik ada bulan lepas..Aku cari tarikh paling baik punya ajak diorang ke ofis..


Tarikh 25 DECEMBER..hehe mestila time tu tak ramai orang kat ofis kan...Mostly tengah sambut Krismas.


So senang sikit aku nak bawa satu rombongan ke ofis..


Puas hati dan seronok tau dapat tunjuk kat mak kat mana tempat kita belajar...mana tempat kita duduk menghadap komputer hari-hari.



Pintu masuk ke School of Mathematics.
Pintu ni baru je siap September 2014.


Academic Staff..Seramai ramai staff tu ada 7 orang je lecturer
perempuan.. Yang lain semua lelaki


Dengan mak


Ni tempat melepak students undergrad sementara menunggu kelas



Dengan Princess Aufa duduk di bridge..
Selalu bridge ni tempat orang nak bercakap telefon




Ada dua bridge..Gambar atas dengan Aufa tu bridge hujung sana..
Yang ni bridge lagi satu


Yang ada sofa merah tu tempat makan and rehat lecturer
and student postgrad.


Walaupun Christmas Day, tapi tengokla ada je orang datang uni...
refer to bilik yang berlampu


My office kat level 2


Dari bangunan luar School of Maths


Connected building..Kat atas bumbung tu panel solar.


Bangunan ofis aku ni boleh juga dikatakan cantik, ada kitchen, ada shower..Agak baru juga bangunan ni


Aku tengok ada juga yang stay kat ofis tak balik rumah..Taktahula tak balik ataupun memang dia tak sewa rumah lain...Sebabnya kat ofis ni memang lengkap..Kalaulah aku bujang dan aku seorang lelaki, aku pun rasa nak tidur je kat school ni..


Masa first year aku dapat ofis lain. Ada 5 orang yang selalu datang ofis termasuk aku..3orang British and seorang Indian..Aku taktahula kenapa aku tercampak ke ofis ni sebab diorang semua buat bidang Pure Math..3orang lelaki dan 2 perempuan. Tapi diorang ni semua pendiam je..Tak sibuk hal orang sangat. Masing -masing buat hal sendiri kecuali Indian tu..Dia jela selalu bercerita dengan aku..


Dia ni hebat sangat..Bayangkan dia habis analysis kerja PhD dia dalam tempoh dua tahun..Masa aku masuk tu dia baru habis second year..patutla aku tengok dia ni rileks je..Asyik mengajar, marking paper, conduct conference, conduct games la...Rupanya kerja PhD dia dah habis..Then, the rest dia buat writing then dia passed viva without correction dalam masa 2 tahun 11 bulan camtu.


Lagi seorang British tu pun dah viva before Krismas lepas...Then sekarang ni lagi kawan perempuan tu tak lama lagi nak submit dah..Tinggalla seorang lagi lelaki British yang quite weird tu..Serius takut tau kalau tinggal dua orang ngan dia je..Sebab pelik sangat..


Tak sempat aku nak submit first year report lagi dah dapat emel arahan untuk pindah ofis pula..Ni sv yang suruh sebab dia nak all his students be in the same office..Aku ni malas nak pindah pindah sebab lagipun dah biasa dengan tempat lama. Ofis lama sangat bersih. Sekali kene pindah jugak..


Ofis baru ni semua lelaki...Tapi yang selalu datang dua orang je..Lagi dua orang kaddang kaddang...Ada 3 Indian and seorang European..Aku Malaysian..Haa ni tambah seorang lagi Saudi..Semua bukan British. Mostly dalam ni semua ambil applied math so kalau nak tanya term term ke senangla sikit..


Kadang bila 3 orang ofismate tu cakap Hindi rasa kelakar la pula...Best pulak dengar orang cakap Hindi dalam ofis ni...


Ada pro and cons juga ofis lama dan juga baru..

Ofis lama bersih...Pintu sentiasa terbuka...tapi sejuk sikit(sebab buka pintu), menghadap tengah bangunan so di kala otak tepu bolehla jenguk luar bilik tengok orang lain tgh buat apa..haha
Disebabkan pintu sentiasa terbuka jadi aku boleh makan lunch pack aku dalam bilik je..Lagipun dua orang lagi tu pun makan dalam bilik..So takdela segan sangat..Cuma diorang ni pendiam sangat, kalau cakap pun British slang kuat jugak so susah sikit aku nak tangkap apa diorang ckp..

Ofis baru ni agakkk bersepah sikit..Huhu..Pintu bilik a
lways ditutup. So susah sikitla aku nak makan kat bilik je..Sebab bila buka bekal je semerbak bau terperuk dalam bilik..Jadi aku makan roti, biskut, kerepek kentang je bila lunch.. Aku ni ada perangai malas nak turun area pantry bila lunch sebab aku malas nak ajak ajak kawan g makan...lagipun aku pun taknak makan sensorang kat bawah tu..huhu


Tapi sebab ofismate dalam bilik baru ni semua buat applied math so macam ok lah juga..Kalau diorang discuss ke at least ada la mende yang boleh difahami. Dan diorang selalu buat revision soklan soklan calculus time undergrad. Aku selalu buat buat tak tahu je tapi dalam diam pandang pandang juga. Sebabnya diorang ni hebat sangat aku selalu rasa aku ni tak pandai n rasa macam tak tahu papa :-(


Suka tengok gambar kat bawah ni...Mak melawat ofis cek ;-) 



My new office. Nilah meja aku tempat aku belajar..
Mak dah tahu dah kat mana aku belajar skang ni..
Seronok sangat..

Akhirnya impian terlaksana

Assalamualaikum.

Salah satu impian aku kan bila musim winter ni adalah bila buka pintu pagi pagi je tengok

snow sedang turun n pemandangan memutih je..

Pagi ni Allah dah makbulkan impian aku...


Sebelum hantar Aufa ke sekolah aku bukakan blinds kat tingkap..tak perasan langsung sebenarnya snow kat luar..yerla sebab nak cepat...


Elok turun tangga je...bunyi whatsapp..mesej masuk..


Kawan kawan semua dok update snow tengah lebat kat luar..


Aku apa lagi terus tengok tingkap...Iya memang betul kat luar snowing and putihhh je..


Terus aku jerit...Snowwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!


Terkejut si suami dan anak yang tengah bersarapan di dapur ketika itu...


Suami kata pergi tangkap gambar dulu nanti snow takda..


Aufa nak pergi school

Husband is scrapping the snow



Bukan apa kat Manchester ni susah bebenor nak salji melekat...

Selalu sampai ground je dia melt..


Tambah aku ni dok kat city mmg suhu tinggi sedikit dari luar city..


So tadi masa pergi hantar Aufa ke school, snow tengah turun dengan lebatnya..


Aku cakap kat suami...rasa nak nangis pulak.


Sebab impian dah tercapai..


Hahah selalu berangan tau nak hantar Aufa pagi pagi ke school snow turun..


Aku harap lebat le menjelang petang nanti..Boleh pergi park and buat Olaf.


Hikhik..berangan jerla keje mak kau ni Aufa.


Saturday, January 17, 2015

PhD kat UK pon kena ambil exam?

Assalamualaikum semua.

Hari pertama aku mendaftar di School of Math, The University of Manchester itulah kali pertama aku dapat tahu bahawasanya salah satu requirement untuk dapatkan PhD kene lengkapkan 100 jam credit kursus.

Sumpah diorang tak tulis dalam mana mana surat tawaran ke apa...Sv pun tak mention...

Nak menangis aku rasa time tu. Bukan sahaja kene ambil subjek. kena ambil exam pulak tu...dah tu kene lulus pulak...rasa nak balik Malaysia time tu juga..hah ni tipu!

Even kawan-kawan satu uni tapi lain school pon tiada requirement ni. Husband pon takde kene amik exam bagai..Sume pelik kenapa kau ada exam ya?

Hanya school math ni je spesial sangattt..eii nyampah mak..

Nak cerita ni aku baru je habis exam tiga hari lepas..syahdu nye la sebelum exam tu...boleh pula homesick nak blk mesia...padahal mak baru je balik tak sampai dua minggu..ada satu malam tu siap mimpi lagi yg mak masih ada kat UK.. mak tengah vacuum carpet kat tingkat bawah (mak memang suka vaccuum carpet).

Lagi satu requirement dia..untuk first year at least kena completekan 60 jam credit..the rest nak ambil bila bila pon boleh sebelum viva Phd.

So far first year aku dah lengkap 70+ credit..so paper yang exam 3 hari lepas lagi 30 credit..it should be the last paperrrr...kalauuu aku lulus...the problem is ...erm malas nak mention kang masin mulut...

Study math kat sini sangat susah...lain sangat cara pembelajaran math kat malaysia...kat sini banyak belajar teori..
kat malaysia banyak kira kira..kalau takpun 50-50...Sini teori lagi bnyk dari application...Asyik nak proof proof proof je...Maths is abstract. Kadang kadang aku tak nampak apa la yang dok proof proof ni..pening kepala...Ni orang math yang pening..kalau bukan buat Math lagila tak paham...Kalaula aku sebijak Einstein....arghhh..

Oh ya yang kene ambil course and exam ni bukan yang ambil math di manchester shj..ada 20 school of math di universiti serata Uk ni yang tetapkan peraturan macam ni.

Yes it is good actually. Sebab math ni tak macam bidang sains sosial...boleh baca n application dia libat manusia so kita nampak n boleh bayangkan..

Math is abstract so memang kena ambil class untuk mentapkan teori teori supaya boleh buat research. Tapi aku tak nafikan sedikit sebanyak kelas yang kita ambil membantu juga research..cuma masa tula kurang sikit..

Kalau kat uni ni kita boleh pilih modul apa yang kita nak ambil:

1)MAGIC

It is abbreviation for Math Access Grid Instruction and Collaboration.

Kelas magic ni ada 10 credit dan ada 20 credit. kelas  2 kali seminggu bagi 20 credit and 1 kali seminggu untuk 10 credit.

Kelas ni memang kelas dalam talian jarak jauh.dia ada system yang connecting dgn uni lain. Lecturer on air dalam video conferencing. Boleh nampak video uni lain juga..so memang ada satu bilik khas untuk kelas ni.

Exam best..take home exam. Boleh jawab dalam masa dua minggu..nanti scan jawapan n submit through system.

Ni aku bagi link dia..
maths-magic.ac.uk

Nota,nama student yang join,lecturer,universiti semua ada. Boleh je korang nak download nota dia.

2) Master class
Haa master class ni bnyk sikit creditnya 30 credit. Tapi kalau ko register untuk kelas ni memang ko jadi student masterla...kene g class..kene ada assignment...kene g final exam..

Kalau tgk memangla MAGIC lagi senangkan...tapi subjek yang ditawarkan MAGIC ada yang tidak bersesuaian dengan bidang kita..so kene ambil subjek Master...Ni macam kes aku la ni..Sengsara oiii ambil kelas master ni...

Dahla subjek last ni aku ambil dgn seorg Prof ni..asal aku g ladies je mesti dia ada...dahle asyik tanya aku ok ke subjek tu..apa aku rasa..everytime jumpa dia tanya ko tau...mak stress...seari sebelum exam pon jumpa..dia tanya dah prepare ke for tomorrow..lepas exam ni aku takut takut nak masuk toilet sebab aku jawab exam macam pehapa jeee. kang terserempak aku nak jawab apa...takdir aku memang selalu jumpa dengan dia di ladies.

Aku sebenarnya nak promot kawan kawan yang berminat nak buat research dalam bidang math mehle datang ke sini...best sangat tau kat sini...tak best tu part nak exam je...yang lain best...

Mehle meramaikan PhD Melayu kat school aku ni..Aku sorang je Melayu perempuan yang tinggal kat sini...Sian aku takdak kawan nak sembang puas puas luahkan perasaan ke.. tak syokle kalau nak luahkan perasaan ckp english..tak de feel gitu orang kata..

Kalau ada apa apa nak tanya feel free email je aku k..By the way bidang aku adalah applied math specifically numerical analysis..konon kena pro computing programme tapi aku tak pro lagik niha...bila nak pro pun taktahula..

doakan la aku jadi seorang yang mudah memahami ilmu ilmu Allah ni ye..ilmu Allah ni luas sangat.semoga apa yang aku belajar ni dapat dikongsikan dan dimanfaatkan sebaiknya sebagai bekalan buat aku nanti...

Wassalam