Puteri saya yang pertama diberi nama AUFA. Hanya empat huruf sahaja. Awal awal dulu ramai orang tanya apa nama penuh Aufa. Saya jawab Aufa bt Mohamad Hazrul.
Aufa je?
Pergi pejabat pendaftaran pegawai tu tunjuk form balik kat husband takut salah. Memang betul namanya Aufa sahaja.
Siapa yang pilih nama Aufa tu?
Her papa
Siapa nak nama dia pendek jer?
Her ibu
Kenapa ibu nak nama pendek pendek jer?
Sebab ibu Aufa nak orang panggil Aufa dengan nama penuh. Biar seiring dengan nama dia sendiri. Ada makna. Yang setia
Ibu taknak nama panjang panjang sebab....
- lastly nama panggilan takda makna langsung, sedangkan panggilan harian kita tu lah doa.
- nanti ibu nak tulis nama kat buku sekolah anak ibu lambat.
- nanti anak ibu nak tulis nama dalam form petak petak tu kan tak cukup petak pulak.haha.
- susah orang nak ingat. senang nama pendek cikgu nak ingat.
- susah cikgu nak tulis nama dalam kehadiran. kire ibu baikkan taknak susahkan cikgu.hehe.
Bila besar nanti, ibu yakin Aufa pertikaikan kenapa papa n ibu letakkan nama dia satu perkataan sahaja. Sebabnya ibu tengok anak anak sebaya Aufa semuanya nama canggih canggih, 2,3 patah perkataan. Ibu akan jawab
- Biarla semua orang nama panjang syg. Nama sayang pendek nampak unikkan. Semua orang akan ingat. Nanti dah besar mesti Aufa berterima kasih kat papa n ibu.
Sebenarnya, sebelum Aufa lahir saya nak namakan puteri saya N*****. Saya pulak memang ada satu nama jer. Nama lelaki memang tak cari nama. Tapi once Aufa lahir je tak jadi letak nama tu atas sebab sebab tertentu. Malam pertama Aufa lahir, saya gelisah sebabnya tak tahu nak letak nama anak apa?
Esoknya mak long Aufa bawa buku nama, then time tu jugak carik nama baru untuk anak ibu yang tak da nama lagi ni. Nama pertama papa tunjuk Aufa. Ibu tengok makna then rujuk balik dalam kamus bahasa Arab terus ibu setuju.
Mungkin, sudah tertulis itu nama yang terbaik untuk anak ibu.
AUFA maksudnya Yang Setia,
Semoga Aufa menjadi seorang,
Yang setia pada Allah dan Rasul
Yang setia pada ibu dan bapa
Yang setia pada suami
Yang setia pada kawan kawan
Yang setia pada janjinya